|
Pengeluar kenderaan lancar model menarik, kembangkan rangkaianINDUSTRI automotif tempatan dijangka terus rancak pada 2012 meskipun mengharungi pasaran sukar tahun ini.\rKedua-dua pengeluar kereta nasional dan bukan nasional mengumumkan pelancaran beberapa model menarik, pengembangan kemudahan dan rangkaian serta penaikan taraf program. \r\n\n\n\n\r Sebahagiannya menerima pertanyaan dan tempahan menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada 23 hingga 24 Januari ini.\r\r\n\n\n\n\n Proton Holdings Bhd (PROTON) akan melancarkan model baru kereta global, P3-21A, pada suku pertama 2012 dan dua varian baru kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora pada minggu kedua Januari ini.\rUMW Toyota Motor Sdn Bhd merancang memperkenalkan beberapa model bagi Toyota dan Lexus, manakala Naza Kia akan menerima tempahan bagi Optima K5 baru pada Januari.\rNaza Kia akan membuka pusat kedua 3S (jualan, servis dan alat-alat ganti) iaitu Kia Red Cube dan menaik taraf 27 pusat sedia ada bagi memasukkan identiti barunya. \rPerusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) pula memeterai kerjasama dengan PROTON bagi beberapa aspek tertentu awal tahun depan.\r\n\n\n\rPERODUA baru-baru ini mendedahkan kedua-dua pihak akan membuat pengumuman mengenai perjanjian itu sama ada pada tahun ini atau tahun depan. \rMengenai rancangan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangannya dalam PROTON kepada DRB–Hicom Bhd, sebahagian besar penganalisis enggan mengulas mengenai perkara itu sementara menunggu pengumuman rasmi d Khazanah.\rFaktor lain dijangka mendapat perhatian peserta industri termasuklah semakan semula Dasar Automotif Negara dan kadar pertukaran dolar AS dan yen. \rGolongan muda Malaysia sebahagian besar pembeli pertama pertama dijangka membantu industri kereta mencapai jumlah jualan keseluruhan industri (TIV). \rPenganalisis automotif berkata pelan perniagaan efektif untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan termasuk strategi menangani realiti ekonomi dengan mengambil kira krisis hutang Eropah dan kekangan kredit, adalah penting. \rPeserta industri dan penganalisis menjangka TIV tahun depan mencatatkan pertumbuhan positif. \rOSK Research Sdn Bhd berkata, TIV tahun depan dijangka berkembang 1.1 peratus di atas sokongan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada 5.2 peratus.\rRHB Research Institute mengunjurkan TIV kekal tidak berubah pada 607,000 tahun depan berbanding 2011, yang dianggarkan pada 604,000 unit. \rMIDF Amanah Investment Bank Bhd meramalkan TIV berkembang 0.5 peratus kepada 611,140 daripada 608,100 unit diunjurkan tahun ini.\rNaza Kia menjangka kuantiti jualan kekal dengan mengambil kira pilihan raya umum akan datang dan mengekalkan jualan pada paras semasa sudah cukup baik bagi tahun depan. \rPada 2010, TIV mencecah rekod 605,155 unit, peningkatan 12.7 peratus berbanding dengan 536,905 unit pada 2009. \rBagi tahun ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan jualan industri mencecah 608,000 unit.\rPasaran menyaksikan momentum dipacu kuasa beli kukuh dan permintaan tinggi tetapi berdepan cabaran seperti gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada Mac dan banjir di Ayutthaya, Thailand, pada suku ketiga tahun ini. \r– BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|