CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

Jangan cakap saja

[Copy link]
Post time 20-1-2012 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Siti tunggu tawaran berlakon secara rasmi dari Indonesia\rDATUK Siti Nurhaliza mahu mana-mana syarikat penerbitan filem dalam atau luar negara supaya membuat pertemuan secara rasmi terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan mahu menawarkan lakonan kepadanya. \r\n\n\n\n\rIni kerana tawaran berlakon termasuk daripada sebuah produksi filem Indonesia seperti yang digembar-gemburkan adalah di luar pengetahuannya. \r\r\n\n\n\n\n“Siti tahu berita itu pun secara online. Siti tak anggap itu sebagai tawaran. Mungkin pihak produksi itu baru saja berhasrat untuk melamar Siti berlakon dalam filem terbitannya. \r“Disebabkan itu juga, Siti tidak dapat mengesahkan status tawaran itu. Siti belum mendapat sebarang tawaran rasmi daripada syarikat produksi itu,” katanya pada sidang media Sinar Maulidur Rasul 1433 Hijrah Muhammad Al Ameen di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya, semalam. \rHadir sama Pengarah Urusan Rabbani Productions Sdn Bhd, Ustaz Mohd Asri Ubaidullah, Pengurus Besar Abdul Shaheed Yusoff dan Pengarah Komunikasi Korporat dan Acara Strategik  Rabani Production, Azadan Abdul Aziz.\rSiti berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai tawaran daripada syarikat penerbitan filem dari Indonesia, P.T Kent Films Productions untuk membintangi filem Kekuatan Cinta. \r\n\n\n\rPenyanyi ini menegaskan, beliau tetap memperhalusi setiap butir tawaran yang diajukan kepadanya sebelum memberi persetujuan untuk berlakon dalam filem itu.\rMenerusi filem itu, Siti dilaporkan akan digandingkan dengan beberapa pelakon ternama Indonesia seperti Nicholas Saputra, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo.\rBeberapa bintang filem Malaysia seperti Fasha Sandha, Melissa Saila dan Raja Ema juga dikatakan turut diundang berlakon dalam filem itu. \r“Siti pun kena lihat skripnya dulu sama ada sesuai ataupun tidak. Kena pula tengok tarikh  penggambarannya. Siti kena pastikan ia tidak bertembung dengan program yang lain kerana jadual Siti cukup padat tahun ini. \r“Selagi belum ada tawaran secara rasmi, Siti tidak boleh hendak berkata menerima tawaran itu atau sebaliknya,” katanya lagi. \rMengenai Konsert Sinar Maulidurrasul 1433 Hijrah Muhammad Al Ameen anjuran bersama Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP) dan Rabbani Productions (M) Sdn Bhd buat julung kalinya itu, penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini berkata, konsert itu juga bakal menjadi lokasi pertama yang memperdengarkan single hasil paduan suara bersama kumpulan nasyid popular itu.\rKonsert itu akan diadakan di Dataran Tamadun Islam Kuala Terengganu, Terengganu pada 4 Februari depan. \rLagu berjudul Muhammad Al Ameen itu adalah hasil ciptaan komposer yang banyak menghasilkan lagu nasyid sebelum ini iaitu Ustaz Sohibul Fadil Sabikin.\r“Idea menghasilkan single ini tercetus sewaktu perbincangan mengenai projek ini dilakukan. Disebabkan konsert ini bersempena Maulidur Rasul, jadi mengapa tidak kami menghasilkan single yang ada kaitan dengan kehidupan Nabi Muhamad SAW. Lagu itu sudah siap dan kami hanya menunggu masa untuk merakamkan lagu itu,” katanya.\rKonsert percuma itu juga akan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Amy Search, Najwa Latiff dan Sabri Yunus. Bukan saja menyanyi, Siti juga akan bertindak sebagai pencerita dan cerita yang bakal disampaikan dalam bentuk gurindam dan syair itu berkisar kepada kisah kehidupan dan akhlak terpuji Rasulullah.\rSejajar dengan penganjuran konsert itu, sebuah karnival juga akan diadakan di lokasi yang sama selama tiga hari mulai 3 Februari. Antara aktiviti termasuklah gerai jualan, pertandingan nasyid, forum, wacana ilmu, pertandingan Muslimah, cabutan bertuah dan pelbagai acara menarik.\rPada 5 Februari pula, Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dan pemenang Artis Nasyid Popular sebanyak sepuluh kali berturut-turut itu juga akan mengadakan sebuah majlis makan malam eksklusif kepada peminat mereka.\rHarga yang dikenakan untuk majlis yang bakal diadakan di Dewan Cindai, Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyong itu berharga RM175, RM275 dan RM500 untuk seorang dan tempahan tiket bolehlah dilakukan dengan menghubungi talian 09-6277888.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.041413 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list