CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Dua kereta mewah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor terbakar

[Copy link]
Post time 4-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Dua kereta mewah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkifly Ahmad, rosak teruk selepas garaj rumahnya terbakar dipercayai angkara khianat dalam kejadian dekat Taman Universiti di sini, awal pagi semalam.\rDalam kejadian kira-kira jam 3.40 pagi itu, kebakaran dipercayai bermula di garaj yang menempatkan sebuah BMW dan sebuah Toyota Camry di luar pagar rumahnya, merebak sehingga memusnahkan ruang tamu rumah dua tingkat itu.\r\n\n\n\n\r  Dzulkifly, 46, bersama isterinya dan empat anak mereka berusia sembilan tahun hingga 19 tahun serta kakak iparnya berusia 54 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU), sempat menyelamatkan diri ketika rumah itu diselubungi asap tebal dengan dua letupan berlaku akibat kebakaran berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, beliau menyedari kebakaran itu sejurus mendengar letupan kuat sehingga rumahnya bergegar, sebelum bergegas ke tingkat bawah serta melihat pintu rumah terbuka dan BMW miliknya sedang terbakar, diikuti satu lagi letupan kecil sehingga menyebabkan api mula marak ke ruang tamu.\r“Api mula marak dan asap tebal menyebabkan saya tidak berani naik ke tingkat atas rumah, sebaliknya menjerit memanggil isteri dan semua keluarga saya turun sebelum kami keluar melalui pintu belakang.\r“Kebakaran itu menyebabkan kerugian dianggarkan RM300,000 berikutan BMW rosak sama sekali, selain mengakibatkan kerosakan di hadapan rumah dan perabot di ruang tamu serta sebuah lagi kereta yang diletakkan di luar pagar rumah,” katanya.\rDzulkifly mendakwa selepas keluar dari rumah, beliau menemui botol minyak masak berisi petrol ditinggalkan dekat tiang elektrik hadapan rumahnya.\r\n\n\n\rBeliau yang bekerja sebagai perunding hartanah mendakwa kejadian itu bukan berpunca daripada urusan perniagaannya, sebaliknya dipercayai berkaitan beberapa isu yang sedang diperjuangkannya selaku ahli politik.\rSementara itu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes itu dan belum dapat mengenal pasti motif atau punca sebenar kebakaran berkenaan.\r“Unit Forensik Polis dan pasukan bomba sedang giat menjalankan siasatan lanjut di lokasi kebakaran itu bagi mengenal pasti punca dan pada masa sama, polis juga menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan kes berkenaan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045372 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list