CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 128|Reply: 0

12 peratus rakyat sakit mental

[Copy link]
Post time 4-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
SUNGAI PETANI: Sebanyak 12 peratus rakyat di negara ini yang berusia antara 18 dan 60 tahun, dikesan menghidap pelbagai penyakit mental dengan bilangan wanita dua kali ganda berbanding lelaki.\rPresiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Abdul Kadir Abu Bakar, berkata statistik hasil dapatan Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011  berikutan seorang daripada enam rakyat dikesan menghidap penyakit mental.\r\n\n\n\n\r  “Pesakit mental itu termasuk mereka yang kemurungan dua peratus, sakit risau (1.8 peratus) dan psikosis (satu peratus). \r\r\n\n\n\n\n  “Penyakit mental serius ialah psikosis dan kemurungan, manakala keresahan dikategorikan sebagai kronik dan beberapa penyakit mental lain kategori ringan,” katanya selepas pelancaran Hari Psikiatri Malaysia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, semalam.\rDr Abdul Kadir berkata, antara punca utama wanita menghidap penyakit mental dua kali ganda berbanding lelaki akibat tekanan dengan pasangan dan anak,  manakala lelaki menghidap penyakit mental pula meliputi mereka yang pernah terbabit kemalangan jalan raya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.033267 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list