View: 135|Reply: 0
|
Kor 1Malaysia mirip program sukarelawan AS
[Copy link]
|
|
KUANTAN: Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) memiliki pasukan sukarelawan nasional seperti Kor 1Malaysia yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\rThe Peace Corps yang ditubuhkan pada 1 Mac 1961 adalah program sukarelawan kerajaan AS yang misinya menyediakan bantuan teknikal, membantu penduduk luar negeri memahami budaya negara berkenaan dan membantu rakyatnya mengenai budaya dan bangsa negara lain.\r\n\n\n\n\rMereka memberi tumpuan kepada pembangunan sosial dan ekonomi serta setakat ini lebih 200,000 rakyat negara itu menyertai organisasi berkenaan. Kumpulan itu sudah memberi sumbangan kepada 139 negara di seluruh dunia.\r\r\n\n\n\n\nPeserta sukarelawan itu rakyat AS dengan majoritinya berijazah dan akan dihantar ke luar negara bagi tempoh dua tahun selepas menerima latihan selama tiga bulan.\rMereka ditempatkan di jabatan dan agensi kerajaan, sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat dalam bidang pendidikan, teknologi maklumat, pertanian dan alam sekitar.\rThe Peace Corps diwujudkan menerusi Executive Order 10924, yang dikeluarkan Presiden John F Kennedy dan disahkan Kongres Amerika Syarikat pada 22 September 1961.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|