CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Lelaki maut dilanggar komuter

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Penganggur dipercayai mahu lintas landasan, tak endah hon amaran\rSEREMBAN: Seorang lelaki maut dilanggar komuter selepas melintas landasan itu walaupun pemandu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah memberi amaran, di Stesen Komuter Senawang di sini, semalam.\r\n\n\n\n\r  Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Redzuan Yusof, 37, yang parah di kepala dan beberapa anggota badan maut selepas tercampak.\r\r\n\n\n\n\n  Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata mangsa dipercayai mahu melintas di landasan itu untuk ke seberang jalan dan tidak perasan sebuah komuter menuju ke arahnya. \rKatanya, walaupun pemandu berkenaan sudah membunyikan hon beberapa kali apabila ternampak mangsa yang juga seorang penganggur cuba melintas, namun amaran itu tidak diendahkan. \r“Mangsa dipercayai menggunakan jalan pintas melalui landasan itu untuk pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran kawasan landasan. \r“Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak sejauh beberapa meter hingga kedua-dua kakinya parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, di sini, semalam.\r\n\n\n\rSaiful Azly berkata, pemandu komuter sudah  membuat laporan sejurus selepas kejadian dan pihaknya kini sedang mengesan punca lelaki itu menceroboh landasan berkenaan.\rMayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja\'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.227079 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list