|
Fokus kepada golongan berpendapatan RM1,500 hingga RM3,000 sebulan\rKUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) sedang mengkaji Rumah Mesra Rakyat (RMR) bentuk baru, yang akan memberi fokus kepada keperluan rumah bagi golongan berpendapatan RM1,500 hingga RM3,000 sebulan.\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh, berkata RMR itu mungkin diberi nama Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) seperti diumumkan Pengerusinya, Datuk Idris Haron.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, setakat ini, SPNB masih dalam rundingan dengan tiga kerajaan negeri untuk memulakan RMR1M, yang akan dilancarkan suku kedua tahun ini jika tiada halangan.\rKatanya, SPNB akan memperluas skim itu ke seluruh negara jika fasa pertama di tiga negeri itu mendapat sambutan. \r“Kita bercadang membangunkan program RMR1M ini dengan kerjasama kerajaan negeri seperti diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.\r“SPNB tidak lagi mengendalikan projek membangunkan Rumah Mampu Milik (RMM) kerana kebanyakannya disepadukan menerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).\r\n\n\n\r“Jadi, SPNB tidak lagi memberi tumpuan terhadap penyediaan RMM tetapi RMR1M masih mengekalkan syarat sama seperti RMM iaitu bagi golongan berpendapatan RM1,500 hingga RM3,000 sebulan,” katanya.\rMengulas perubahan fokus SPNB menyediakan RMM, Kamarul berkata, pihaknya mempunyai tanggungjawab sosial besar dan tidak melihat keuntungan sebagai indeks petunjuk prestasinya (KPI) sebaliknya bilangan rumah yang mampu disediakan pada satu masa.\rSehingga akhir 2011, SPNB berjaya menyiapkan 2,500 unit RMR di seluruh negara dan 3,333 unit RMM berjaya memperoleh sijil layak menduduki.\rSementara itu, beliau berkata, SPNB tidak bertanggungjawab memulihkan projek perumahan terbengkalai sejak 2010 kerana ia diurus sepenuhnya Persuruhjaya Bangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).\rBagaimanapun, katanya, SPNB akan meneruskan pembangunan projek terbengkalai di Taman Tangkak Emas dan Taman Jasa Amir di Johor mulai Mac ini, selepas terbengkalai sejak 2005.\r“Isu projek terbengkalai berlaku di seluruh negara dengan terbanyak berlaku di kawasan pantai barat iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.\r“Tahun lalu, SPNB memulihkan 1,004 unit rumah terbengkalai, masing-masing di Taman Bukit Riah, Pengkalan Hulu, Perak; Taman Jalan Intan Pertama, Grik, Perak; Taman Desa Bakti, Machang Kelantan; Taman Desa Guru, Kuching, Sarawak; Taman Desarina, Kuala Lumpur dan Taman Mawar, Kulai Johor,” katanya. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|