CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Ekonomi kembang 5.1 peratus

[Copy link]
Post time 16-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pertumbuhan tahun lalu disokong   permintaan kukuh dalam negaraEKONOMI Malaysia berkembang 5.2 peratus dalam tempoh suku keempat tahun lalu di sebalik persekitaran ekonomi dunia yang mencabar, disokong oleh permintaan dalam negara yang kukuh.\n\n\n\n  Ini menjadikan pertumbuhan keseluruhan ekonomi negara bagi seluruh 2011 pada kadar 5.1 peratus, selepas berkembang 5.2 peratus pada suku pertama, 4.3 pada peratus suku kedua dan 5.8 peratus pada suku ketiga.\n\n\n\n\n\n  Kadar pertumbuhan bagi tahun lalu itu adalah sejajar dengan unjuran kerajaan sebelum ini, antara lima hingga 5.5 peratus.Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya semalam berkata, walaupun persekitaran luaran adalah sangat mencabar pada suku keempat tahun lalu, antaranya berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang di Eropah serta kelemahan pertumbuhan ekonomi negara maju, ekonomi Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan kukuh disokong oleh permintaan dalam negara yang disokong oleh perbelanjaan sektor swasta dan awam.Katanya, dalam tempoh dikaji, permintaan dalam negara berkembang 10.5 peratus didorong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah dan perniagaan serta perbelanjaan sektor awam.Penggunaan swasta, katanya meningkat 7.1 peratus disokong pertumbuhan pendapatan menggalakkan, manakala penggunaan awam berkembang 23.6 peratus berikutan perbelanjaan emolumen serta bekalan dan perkhidmatan lebih tinggi.\n\n\nPembentukan modal tetap kasar meningkat 8.5 peratus disokong oleh perbelanjaan modal sektor swasta dan perbadanan awam bukan kewangan yang terus berkembang.Bank pusat itu berkata, dari segi penawaran, pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam tempoh dikaji menjadi sederhana, manakala perkilangan berkembang pada kadar sama seperti pada suku sebelumnya.Arah aliran itu, katanya mencerminkan persekitaran luaran yang lebih lemah dalam keadaan aktiviti dalam negara yang mampan.Sektor pertanian pula, katanya terus berkembang disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih tinggi, manakala pengeluaran perlombongan mencatat penguncupan lebih kecil.Sementara itu, sektor pembinaan mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi disokong oleh pelaksanaan projek infrastruktur utama.Bank Negara berkata, kadar inflasi, seperti yang diukur oleh perubahan tahunan Indeks Harga Pengguna (IHP) menurun kepada 3.2 peratus pada suku keempat itu.Inflasi dalam kategori pengangkutan adalah lebih rendah pada kadar 3.2 peratus disebabkan ketiadaan pelarasan selanjutnya terhadap harga petrol RON95, diesel dan LPG.Inflasi dalam kategori makanan dan minuman tanpa alkohol bagaimanapun meningkat kepada 5.3 peratus disebabkan terutamanya oleh kenaikan harga sub kategori ikan dan makanan laut.Bank pusat itu berkata, dalam sektor luaran, lebihan akaun semasa adalah lebih rendah pada suku keempat 2011 itu, namun masih dalam jumlah yang besar iaitu RM22 bilion, bersamaan 10.1 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK).Lebihan yang lebih rendah itu mencerminkan lebihan barangan lebih kecil, defisit perdagangan lebih tinggi dan aliran keluar pendapatan yang lebih besar.Lebihan dalam akaun barangan juga rendah sedikit pada RM36.9 bilion memandangkan eksport kasar berkembang pada kadar lebih sederhana, tetapi pertumbuhan import kekal mampan.Bagaimanapun, katanya akaun kewangan kembali pulih daripada kedudukan aliran keluar bersih untuk mencatatkan aliran masuk bersih yang kecil sebanyak RM200 juta disebabkan oleh aliran keluar bersih dana portfolio yang jauh lebih kecil dan aliran masuk bersih pelaburan lain yang lebih tinggi.Bank Negara berkata, pada suku keempat 2011 itu, pelaburan langsung asing mencatatkan aliran masuk bersih yang lebih tinggi sebanyak RM6.5 bilion hasil peningkatan dalam perolehan tertahan syarikat multinasional (MNC) di Malaysia dan aliran masuk modal ekuiti yang lebih tinggi.Menuju ke hadapan, bank pusat itu menegaskan, persekitaran luaran yang semakin mencabar boleh mengakibatkan risiko lebih tinggi kepada prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.Namun, katanya permintaan dalam negara dijangka terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong terutama oleh kegiatan sektor swasta yang berterusan serta perbelanjaan sektor awam.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.048474 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list