CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3708|Reply: 1

MISTERI ILMU

[Copy link]
Post time 14-12-2012 07:52 AM | Show all posts |Read mode
aku pun x faham dengan ilmu pelik ni.............Adakah ia benar,rekaan?

Amat misteri.....................




PERKENALAN DAN ASAL USUL TAPEDIRI DI WUJUDKAN


          Tapediri 65 diasaskan pada 1 Rejab 1430H oleh Tuan Haji Rahmat bin Haji Abd Razak di Seremban, Negeri Sembilan. Rasa tanggungjawab dan desakan untuk membawa perubahan bersandarkan kehendak agama adalah antara faktor utama membawa kepada lahirnya Tapediri. Tuan Haji Rahmat merasa terpanggil untuk mencari wadah penyelesaian dan jalan keluar terhadap pelbagai kecelaruan dalan jemaah yang dipimpin beliau sebelum ini. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bergelar Ayahanda (Khalifah) di dalam satu pertubuhan yang bergiat aktif dalam Malaysia. Belia juga merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Ayahanda Negeri Sembilan. Setelah mendapati matlamat pertubuhan tersebut sudah mula tersasar. 'Amar Makruf Nahi Mungkar' yang dilaungkan sekadar tinggal slogan sebaliknya persepsi ramai terhadap pertubuhan ini adalah keganasan, gangterisme dan tindak tanduk yang tidak mencerminkan matlamat pertubuhan itu sendiri. Tidak ada lagi kesungguhan dalam melaksanakan amanah Allah dan RasulNya. Justeru itu beliau merasakan perlu ada satu wadah dan kaedah yang sesuai untuk merawat kerasukan anak-anak muda khususnya yang ghairah untuk mencari 'ilmu kuat' dan menonjolkan kehebatan diri yang tersasar jauh dari syariat Islam. Pencarian beliau berkaitan ilmu pertahanan diri telah membawa beliau ke merata tempat di dalam negara malah sehingga ke Indonesia. Setiap ilmu yang dikutip dinilai terlebih dahulu agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dalam masa yang sama beliau juga telah meneroka luas alam perubatan Islam. Hasilnya kombinasi ilmu pertahanan diri dan rawatan Islam ini dinamakan TAPEDIRI 65.


MAKSUD TAPEDIRI 65


          'TA' merujuk kepada TAQWA, 'PEDI' bermaksud PERTAHANAN DIRI manakala 'RI' adalahRAWATAN ISLAM. Manakala no.6 melambangkan rukun Iman dan no.5 melambangkan rukun Islam yang menjadi pegangan orang mukmin. pelbagai bacaan dan amalan yang disusun mengikut tahap-tahap tertentu menjadikan TAPEDIRI sebagai pakej lengkap dari segi ibadah dan ketaatan, pertahanan dan rawatan.
          Setelah tertubuhnya Tapediri pada Jun 2009, usaha gigih Tuan Haji Rahmat yang bergelar Ayahanda Guru Panglima Utama menyeru 'golongan-golongan kuat' untuk mendekati Islam. Dengan pakej lengkap yang ditawarkan, usaha beliau mula mendapat perhatian dan sambutan. Hasil dari syariat yang ditetapkan dalam ilmu ini, secara beransur-ansur, semakin ramai 'golongan kuat' yang mula menundukkan diri pada perintah Ilahi. Walau dengan latar belakang yang selama ini menongkah perintah agama, menyongsong kehendak nafsu, perubahan yang terhasil amat mengkagumkan. Berkat kesungguhan dalam menjalankan tarbiyah dan talbiyah secara berterusan, akhlak, teladan dan kepimpinan Ayahanda Tuan Haji Rahmat, anak-anak pimpinannya berubah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada ahli keluarga dan lebih ramai lagi dari sahabat-sahabat.
          Junjugan besar Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar kita pelbagai metod dakwah yang sesuai dengan hidup sasar. Kita perhatikan dengan perjalanan dakwah dewasa ini, ada kelompok masyarakat yang didekati secara kuliah di masjid-masjid, ada juga yang bergerak melalui dakwah kepada individu, maka Tapediri 65 mengambil pendekatan yang mampu mendekati kelompok masyarakat yang terjebak dengan pelbagai kekusutan pemikiran, gaya hidup dan pegangan. Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan mendapat petunjuk dan rahmat Allah serta disandarkan segala harapan agar diberi kekuatan untuk menongkah arus ganas akhir zaman..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 03:54 PM | Show all posts
Islam itu mudah sahaja......

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.193115 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list