Berita baik! Kini, anda tidak perlu lagi untuk memilih antara memakai dress ataupun seluar. Kami bawakan kepada anda beberapa contoh padanan dress dan seluar yang dipakai oleh mereka yang berani dalam bergaya, seluruh dunia. Lupakan dilema penggayaan dress ataupun seluar! Dari tiub oversized, kemeja besar, dress labuh hinggalah peplum mini, semuanya boleh dipadankan dengan seluar ketat mahupun seluar longgar. Dapatkan inspirasi dan menjimatkan masa apabila anda berasa ragu-ragu untuk memilih pakaian dengan melihat foto-foto di bawah. Kredit foto: The Cut wanista.com
|