CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2461|Reply: 0

Tip Fesyen Untuk Lelaki Rendah

[Copy link]
Post time 3-7-2015 09:59 PM | Show all posts |Read mode


Bagi lelaki yang mempunyai fizikal yang rendah, mungkin agak susah untuk mereka memilih pakaian yang sesuai dengan tubuh badan. Memilih pakaian tanpa meneliti terlebih dahulu boleh menyebabkan anda kelihatan lebih pendek dari saiz yang sedia ada. Risau untuk berfesyen? Tak perlu bimbang sekiranya anda mengamalkan 10 Tip Fesyen Untuk Lelaki Pendek di bawah ini.



1. Pilih pakaian yang bercorak menegak dan saiz corak menegaknya kecil. Jangan pilih pakaian bercorak melintang.

2. Pilih saiz baju yang sesuai dengan saiz badan. Tidak terlalu ketat, hanya 'ngam-ngam' dengan bentuk badan. Elakkan dari membeli pakaian yang bersaiz besar dan longgar kerana anda akan kelihatan seperti kanak-kanak.

3. Jika anda memakai tali leher, pilih tali leher jenis skinny tie. Untuk aksesori lain seperti jam dan tali pinggang, anda digalakkan memilih yang bersaiz kecil dan ringkas.

4. Saterika seluar anda untuk mengelak daripada nampak tak kemas. Bila tak kemas, anda akan nampak lebih rendah dan tak terurus.

5. Pilih baju t-shirt yang berleher V berbanding baju t-shirt yang berleher bulat.

6. Elakkan dari memakai kasut yang mempunyai tapak yang tinggi.

7. Jangan simpan rambut terlalu panjang. Gaya rambut spike lebih sesuai.

8. Elakkan membeli atau memakai pakaian yang warnanya terlalu terang kerana ianya akan menampakkan bentuk tubuh anda yang rendah.

9. Pakai jaket yang ada satu atau dua butang sahaja. Elakkan dari memakai dua lapis jaket.

10. Jangan pakai tali pinggang yang mempunyai warna yang berbeza dengan pakaian. Contoh, memakai baju dan seluar berwarna putih, dipadankan dengan tali pinggang hitam.
http://nicknashram.blogspot.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.738479 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list