CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3387|Reply: 1

Keutamaan Bangun Subuh - Antara Kesihatan dan Agama (Menarik)

[Copy link]
Post time 21-7-2015 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Pukulberapakah kita biasanya bangun daripada tidur?Jika hari bekerja atau sekolah,mungkin kita mampu untuk bangun lebih awal namun jika hari cuti umum, adakahkita mampu untuk bangun seperti hari-hari lain ? Amat rugi jika kitamenghabiskan waktu yang sangat bermanfaat untuk tidur. Sabda Rasulullah SAW,"Ya Allah berikan keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." riwayatal-Tarmizi


Sebenarnya,sewaktu kita tidur ada yang sedang menantikan kita. Dia tidak pernah tidur dansentiasa hendak mengganggu kita bahkan waktu tidur. Siapa? syaitan lah yangselalu hendak menggoda kita. Ketika kita tidur, dia datang membawa 3 rantaiuntuk merantai seluruh badan kita. Pertama kita dirantai pada kepala, keduabadan dan ketiga pada kaki. Syaitan mengikat pada seluruh badan kita supayakita malas untuk bangun pada waktu subuh. Tapi walaupun ikatan rantai inibegitu kuat, ada caranya untuk kita melepaskannya. Nabi kita mengajarkan tigaperkara untuk meleraikan ikatan semua rantai ini.


Pertama,ketika bangun bacalah Bismillah dan doa bangun tidur. Maka terlepaslah ikatanrantai yang pertama. Kedua lepas bangun, kita terus ke bilik air dan ambilwudhuk. Maka terlepaslah ikatan yang kedua. Terakhir kita dirikanlah solat,maka terlepaslah ikatan yang ketiga. Kita tafakur sejenak, imbas semula kebelakang. Adakah semua rantai tersebut sudah terlepas dari badan kita? Mungkinkita sehari-hari merasa tidak bermaya, tidak tenang dan berserabut disebabkanmasih ada rantai yang belum putus di badan kita. Kalau ada, cepat-cepatlahmencari kunci untuk meleraikannya..., rajin-rajinlah berzikir, berselawat danbertasbih kerana syaitan kan terseksa bila bibir tidak henti-henti melakukannya


Tiduryang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur denganbaik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhitahap kesihatan serta emosi kita. Punca utama kerosakan hati adalah:

·       Tidur terlalulewat dan bangunlambat adalah penyebab utama
·       Tidak buang airkecil di pagi hari.
·       Terlalu banyakmakan.
·       Tidak mengambilsarapan.
·       Mengambilterlalu banyak ubat-ubatan.
·       Mengambilterlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
·       Mengambilterlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makananberminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik sepertiminyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika kita dalam keadaanletih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
·       Mengambilterlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati.Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja.Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.


Kitaharus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakananyang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap danmenyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Fahami bagaimanatubuh kita berfungsi:


Malam(9pm – 11pm): Adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalamwaktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks sepertimendengar berzikir. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankanaktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuatkerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya. Sebolehnya cubahindari, jangan amalkan hingga melewatkan masa berehat


Malamdi (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harusdilakukan dalam keadaan tidurnyenyak.


Tengahmalam (1am – 3am): Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya jugadilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.


Tengahmalam (3am – 5am): Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh keranaitulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini kita akanmengalami batuk yang sangat kuat. Memkitangkan proses de-toxification telahsampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika inikerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awalpagi (5am – 7am): Proses de-toxification di bahagian usus besar, kita harusmengosongkan usus.


Pagi(7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini.Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang inginkekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaanmereka. Namun jika kita terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10amsekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. lewatdan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yangtidak diperlukan dalam tubuh.


Tengahmalam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Olehkerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Ramaidi kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikansolat Subuh di awal waktu. Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranyaia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas. Berikut adalahbeberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini:

1.Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur kita mencukupi.
2.Ambil wuduk sebelum tidur.
3.Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4.Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5.Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’
6.Maafkan semua orang sebelum tidur.
7.Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8.Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9.Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu kita. Pastikania berkualiti.
10.Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan kita. Mungkinminta mereka simbahkan air atau urut ibu jari kita sekiranya masih sukar untukbangun!


Sebagaiorang islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah untuk menunaikan solatsubuh. Paling baik, jika kita dapat menunaikan secara berjemaah di masjid, namunmanfaat bangun awal bukan sahaja memberikan pahala yang besar kerana solat dimasjid, bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudutkesihatan.Maka sebab itulah islam amat menggalakkan kita untuk bangun di awalpagi dan mengelakkan kita tidur selepas waktu subuh. Berikut adalah merupakanmanfaat yang kita perolehi dengan bangun di awal pagi:


1.FIKIRANMENJADI LEBIH SEGAR.
Bangunseawal pagi sebelum matahari terbit dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebihsegar dan ia mampu mengurangkan tekanan dan strees dalam diri kita.Fikirkanyang segar akan membuatkan kerja-kerja yang di lakukan pada hari tersebutmenjadi lebih efisien dan efektif. Hormon-hormon koristol mula meningkat dalambadan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.


2.DAPATMENGAMBIL SARAPAN.
Bangundi awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum kepejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkantenaga kepada otak dan juga seluruh badan kita untuk aktiviti seharian. Bahkankajian menunjukkan pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbangkepada kegemukan kerana makanan yang dimakan akan cepat dihadam dan digunakanoleh badan kita yang mengalami kadar metabolisme yang tinggi pada waktu itu. Sebaliknyajika tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak keranakekurangan glukosa dan sumber tenaga.


3.DAPATMELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN.
Senamanpada waktu pagi merupakan satu aktiviti yang sangat baik kepada badan kita. Bahkansenaman pada waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yang sangat bersih dannyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lainkerana akan dicemari oleh habuk-habuk dan juga asap-asap kenderaan. Kita jugaakan dapat menikamati pancaran cahaya matahari pada waktu pagi yang sangatbermanfaat untuk kita. Rasulullah SAW bersabda: "Ya Allah berilahkeberkatan kepada umatku pada waktu pagi" terutama sekali bagi menjanavitamin D demi kebaikan tulang dalam badan kita.


4.TIDAKTERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU.
Jikakita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dalam mempersiapkansegala sesuatu dalam satu masa. Keja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akanmembuahkan hasil yang tidak menarik. Bahkan,kita akan tertinggal banyak barangyang penting seperti dompet, buku dan sebagainya kerana kita tidak memfokuskankepada sesuatu yang kita lakukan pada waktu itu. Jadi, bangun awal pagimembolehkan kita merancang aktiviti dengan sempurna dan terancang.



Kitatengok kebaikan bangun awal pagi dari sudut agama
Allahmenjadikan dan memberi serta mentakdirkan rezeki kita. Namun Allah telahmenyuruh kita berusaha untuk mendapatkan atau mencari rezeki itu. Bermulanyaterbit fajar hingga terbenam matahari, rezeki yang kita ushakan itu hendaklahdari usaha kita sendiri serta punca sumber yang halal. Sebagaimana Rasulullah SAWyang tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umatini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”. Untuk itu, para fuqaha’memakruhkan tidur selepas solat subuh.


Telahthabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkatiumatnya yang berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunanyang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.hayang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda: “Wahai anakku,bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalanganorang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antaraterbit fajar hingga terbit matahari”(Diriwayatkan al-Baihaqi)


BerkataNabi di dalam hadith yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath: “Berpagi-pagilah(subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dankejayaan”. Oleh itu para fuqaha’ menetapkan kemakruhan tidur selepas solatSubuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepassolat Subuh dan Asar: “‘Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas solat Subuh,kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) disisi orang yang beraqal.”. Dan dalam hadith: “Ya Tuhanku, berkatilah umatkuyang berpagi-pagi” Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya. Disebutkanulama’ bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan darikemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam untuk qiyam dan uzur.


Rezekiialah harta atau apa-apa yang dikurniakan oleh Allah SWT dan dapat dimanfaatkanmanusia secara baik. Pengertian rezeki sebenarnya bukan sahaja berupa harta. Apa-apasahaja yang disedekahkan kepada makhluk Allah adalah rezeki. Orang yangmendapat rezeki yang banyak dan mudah disebut murah rezeki. Murah rezeki yanghalal itulah harapan dan hasrat setiap orang yang mengharap keredhaan Allah.


Kitatengok pula kebaikan bangun awal pagi dari sudut kesihatan
Fakta6 kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh. Menurut kajian sains, kandungangas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Oleh itu, gas ozon inijuga amat penting untuk tubuh badan kita. jika kita mandi sebelum waktu subuh,ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuhbadan kita. Antara kelebihan dan kebaikan mandi sebelum subuh adalah sepertiberikut:

1.Kulit lebih lembut dan halus - Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang“water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan.selepas ini, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakanair sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengankuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pulamenjadi lebih lembut dan halus.


2.Melancarkan peredaran darah - Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badankita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukanaktiviti seharian tanpa rasa letih.


3.Meningkatkan kesuburan - Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksiyang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormontestosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.


4.Mengurangkan risiko darah tinggi - Untuk kita yang memiliki penyakit darahtinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita.Insyaallah, dengan izin Allah, jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akanpulih.


5.Mengurangkan tekanan serta tenang - Air yang sejuk akan melancarkan kembaliperedaran darah setelah lama berbaring. Buat kita yang mengalami depresi,inilah cara yang terbaik untuk kita menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiatkepada mandi pagi sebelum subuh.


6.Meningkatkan sel darah putih - Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan seldarah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka dayatahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudahuntuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


Kebaikanbangun awal pagi mengikut kata pakar / usahawan yang berjaya dan terkenal


Apabilamenjalankan perniagaan, ia mungkin kelihatan seperti waktu sehari tidak pernahmencukupi. Waktu pagi jarang digunakan untuk aktiviti, dan mungkin ini bolehmenjadi kunci bagi meningkatkan produktiviti kita.  Selama 15 tahun,Presiden Starbucks Michelle Gaas telah menetapkan jam loceng beliau pada pukul4.30 pagi untuk aktiviti berjogging. Gretchen Ruben, penulis popular “TheHappiness Project” (Harper Perennial, 2011) akan bangun pada pukul 6 pagi danbekerja selama satu jam sebelum keluarganya bangun dari tidur. Pakar pengurusanmasa, Laura Vanderkam telah menekankan kelebihan bangun awal pagi dan bagaimanamenggunakan masa pagi ini dengan lebih cekap lagi di dalam buku penulisanbeliau “What The Most Successful People Do Before Breakfast” (Portfolio Trade,2013). Berikut adalah beberapa kelebihan bangun di awal pagi.


Kemungkinanbesar kita tidak akan menghadapi gangguan di waktu awal pagi


Seorangusahawan memenuhi masanya dengan cepat. Jika kita menunggu sehingga waktupetang atau malam bagi melakukan sesuatu yang manfaat diri sendiri sepertibersenam atau membaca, kita mungkin tidak akan dapat lakukannya. “Terdapatbanyak halangan peribadi yang akan dihadapi dalam lingkungan pukul 4 petang.Waktu yang berkemungkinan kurang gangguan adalah di awal pagi pada pukul 6 pagi.”kata Vanderkam.


Kitamempunyai tekad yang lebih tinggi di awal pagi


Walaupunkita bukan seorang yang suka bangun pagi, kita mungkin akan merasa tekad yanglebih tinggi jika bangun di awal pagi berbanding waktu di sebelah petang.“Tekad kita umpama seperti otot manusia yang akan menjadi letih apabiladigunakan secara berlebihan,” kata Vanderkam.


Bangundi awal pagi memberi peluang kepada kita untuk menetapkan tenaga positif bagihari tersebut. Pernahkah kita menghadapi situasi di mana kita lupa untuk menetapkanwaktu pada jam loceng atau terlupa menyediakan sarapan pagi buat anak-anak? Kitaakan dapat rasakan bahawa dengan memulakan aktiviti awal pagi dalam keadaannegatif, ia boleh menjejaskan emosi serta produktiviti kerja sepanjang haritersebut. Vanderkam memberitahu, dengan bangun di awal pagi, kita berpeluangmemulakannya dengan mempunyai perasaan seperti orang berjaya (tenaga positif)dan mempengaruhi aktiviti harian dengan lebih produktif lagi.


Kita sudah tahukebaikan bangun awal pagi, sekarang kita boleh buat pilihan untuk berubah atauterus bangun lewat.

perjalanantanpahenti.blogspot.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2015 09:08 PM | Show all posts
wahhh..jenuh betul nak membaca artikel nie..apapun good info tt..huhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.929767 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list