CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3257|Reply: 0

11 Trend Fesyen Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

[Copy link]
Post time 24-7-2015 05:51 PM | Show all posts |Read mode

Ada yang berpendapat bahawa fesyen pakaian bagi seseorang dianggap perlu disesuaikan dengan usia dan citarasanya. Tetapi berdasarkan ivillage.ca terdapat 11 item yang sesuai untuk semua peringkat umur!
1. Top it Off

Material parka daripada Uniqlo ini mempunyai material yang ringan sesuai untuk aktiviti sukan, berjalan-jalan atau melancong. UV protection dan material water-repellant ini pilihan semua orang pada setiap peringkat umur. Parka ini juga mudah untuk dibawa di mana sahaja dalam beg kecil yang disediakan.
2. Well Heeled



Ingin pakai kasut tinggi dan pada yang sama masih lagi mencari keselesaan? Rekaan tumit tinggi rendah dengan ankle strap daripada Something Borrowed ini sesuai untuk orang remaja dan dewasa.
3. Slip and Slide



Siapa kata mutiara tidak sesuai dipakai oleh remaja?
Rantai mutiara dengan pendant bunga dari Vivacious ini mampu membuktikan bahawa semua boleh bergaya dengan mutiara. Panjang rantai ini boleh disesuaikan mengikut keselesaan anda.
4. Loosen Up
Tiada seluar selain daripada skinny jeans?
Anda  perlu menambah koleksi Drawsting Harem Pants daripada Club Zen! Rekaan yang sesuai untuk ‘day to night‘ look ini sangat selesa ditambah lagi dengan ‘waistband‘ dan poket di dua-dua belah seluar.
5. Laser Tag


Inginkan gaya ‘simple’ dengan sedikit tarikan? Laser Cut Top dari Zalora membuatkan pakaian anda tampak ranggi dan sesuai digayakan blazer atau cardigan untuk pelbagaia occasion.
6. Gold Standard


Wanita perlukan bag yang boleh memuatkan semua barang daripada barang make-up, gajet-gajet dan purse. Dengan itu, Primavera warna keemasan ini boleh dibawa kemana-mana sahaja!
7.  Sun Worship
Apa salahnya, jika cuba sesuatu yang lain daripada lain untuk membuatkan anda rasa lebih muda?
Rekaan cermin mata gelap dari Sunnies Studios sangat klasik dan memberikan sentuhan ala-ala ‘Hollywood Glamour’ untuk dipakai setiap hari!
8. Fresh Crop

Cropped tops dan sweaters tidak pernah ditelan dek zaman!
Pakaian ini mudah digayakan mengikut kreativiti anda. Letakkan aksesori, skinny jeans ataupun skirt untuk meranggikan crewneck sweater dari Zalora ini.
9. Dream Weaver


Trend bag woven kembali! Beg crossbody daripada Coach ini bakal memberikan warna kepada pakaian anda yang simple itu.
10. Skirt The Issue

Midi Skirt yang ‘fit’ di bahagian pinggang anda ini memberikan gaya yang feminin dan sesuai pada setiap peringkat umur.
11. Cool Kicks


Hanya sarung sneakers platform dan voila! Tampak bergaya dengan selesa bersama warna yang lembut dan sedikit sentuhan ‘bling’ di kasut itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 1.238472 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list