
Gaya santai memperlihatkan kepelbagaian trend menarik yang digayakan mengikut cita rasa individu. Kali ini kami ingin tunjukkan kepada anda gaya jalanan yang menampilkan motif Gingham. Gingham merupakan kain kapas tenunan ringan, biasanya mempunyai motif petak-petak dengan kombinasi warna putih dan warna yang terang. Walaupun ia mungkin membawa kita terfikirkan corak alas meja, namun dengan padanan dan aksesori yang betul, kain jenis ini mampu memberikan imej yang berbeza. Jom lihat beberapa gaya yang menampilkan motif Gingham sebagai rujukan. wanista
|