CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2076|Reply: 0

Tips Menggunakan Beg dengan Betul

[Copy link]
Post time 29-7-2015 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Pernah tak korang selalu rasa sakit2 badan, bahu, tangan lenguhlah disebabkan usung beg ke sana ke sini dari pagi ke petang? Haaa kalau pernah rasa macam tu, itu tandanya korang sebenarnya tersilap langkah bila bawa beg. huhu Murni pun pernah rasa sakitnya tuh di sini...eh! macam pelik je bunyinya..haha kesannya sampai behari2 kut baru hilang sepenuhnya selepas buh minyak gamat. Kali ni Murni nak kongsi tips menggunakan beg dengan betul dengan korang hasil daripada pembacaan dari Majalah dara.com. majalah feveret, ok!



Tips Menggunakan Beg dengan Betul
1. Tukar SilangKalau korang nak tahu dengan hanya meletakkan beg di bahu yang sama setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan kecederaan otot bahu. Oh I see! So untuk elakkan kecederaan tu, korang kena praktikkan selalu dengan menentukan bahu mana yang perlu diletakkan beban. Katalah kalau hari ni korang bawa beg di bahu kanan, so keesokan harinya gunalah bahu kiri pula, tu yang dinamakan tukar silang.

2. Dua Lebih BaikKatalah korang ni dalam keadaan terpaksa kena bawa banyak barang dalam satu masa, gunakanlah dua beg ya. Kalau boleh elakkan dari guna satu beg, nanti terlebih beban pulak tangan tu nak menanggung sakit. Sediakan satu beg silang untuk masukkan barangan berharga & peribadi, then letakkan di bahu kanan & silangkan ke kiri. Beg yang satu lagi tu dipegang oleh tangan kanan anda. Make sure tak terlalu berat...haaa boleh imagine tak?

3. Letak BelakangKes yang letak belakang ni, kebiasaanya si pemakai beg tu menggunakan beg sandang belakang, alah beg yang famous diguna pakai oleh student. Beg dua tali ni sebenarnya boleh membuatkan beban sama rata pada kedua2 bahu. Sebab tu Murni suka pakai beg cenggini time duk universiti dulu, almaklumlah senang je nak usung dari pagi ke petang bila ada kelas & bahu pun takdelah sakit sangat.  

4. Letak MenyerongBeg silang yang berat boleh buatkan badan korang membongkok & ini secara tak langsung beri tekanan pada tulang belakang. Untuk mengatasinya korang bolehlah silangkan beg di tengah badan & sesuaikan keadaan talinya. Rasa penat mengusung beg pun mungkin boleh dikurangkan.

5. Paling MudahApa yang paling mudah? Sudah semestinya penggunaan beg troli sebabnya dah sah2 beg tu yang paling senang nak diusung just tarik je kan bila muatan dalam beg tu berat, tambah2 bila nak naik bas atau flight nak balik ke kampung halaman ke, bercuti ke, & yang seumpamanya. Point penting korang kenalah bijak untuk menukar tangan bila nak tarik beg.

Semoga perkongsian Tips Menggunakan Beg dengan Betul bermanfaat untuk korang
murnimohdyusof.blogspot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 1.110022 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list