|
Bagi pengikut setia pelakon drama popular, Noorkhiriah pasti akan perasan perubahan ketara yang berlaku pada dirinya.
Kalau dulu dia pernah dikutuk peminat gara-gara berkulit kusam dan gelap, kini ramai yang mula memberi perhatian terhadapnya.
Foto: IG Noorkhiriah
Menginjak usia 41 tahun, rata-rata pengikut di Instagram dan Facebook memuji penampilannya yang semakin hari semakin cantik.
Tidak mahu berahsia, Noorkhiriah mendedahkan yang dia rupanya mengamalkan jus Bidan Dara, produk dari kombinasi ramuan buah-buahan yang diusahakannya hampir setahun lalu.
Foto: IG Noorkhiriah
"Alhamdulillah, dengan penggunaan konsisten, InsyaAllah ada hasilnya. Ramai juga yang menyedari perubahan ini.
"Tapi tidaklah cantik manapun saya. Ditambah dengan faktor pencahayaan dan teknologi kamera telefon bimbit, nampak makin cantiklah kalau dirakam gambar," katanya kepada BH Online.
Foto: IG Noorkhiriah
Dalam perkembangan seninya pula, ibu dua anak ini telah mengejutkan ramai pihak apabila menarik semula keputusan untuk bersara dari dunia seni.
Apa pun, didoakan agar Noorkhiriah sentiasa maju jaya dalam apa jua perkara yang dilakukannya. -CARI |
|