CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2811|Reply: 20

Jangan berani memiliki kereta kalau tak tahu 31 perkara penting ini terutamanya

[Copy link]
Post time 8-5-2017 04:01 PM | Show all posts |Read mode



Berapa ramai di antara kita yang hanya tahu membeli kereta namun tidak mahir memahami atau menguasai ilmu asas mengenai kereta sendiri? Seringkali kita lihat, bila berlakunya insiden seperti tayar pecah atau pancit, mangsa tidak tahu menukar tayar kereta sendiri. Malah ada juga golongan lelaki yang tidak pandai menukar tayar kereta sendiri.

Bagaimanapun jika berlaku beberapa masalah yang lain? Langkah-langkah menjaga kenderaan dengan baik, tahukah kita semua? Baca 31 tips dari lelaki ini, moga memberi manfaat kepada anda semua.


Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.


1- Minyak hitam – Mengikut paras had dan jenis minyak
2- Oil filter – Tukar semasa menukar minyak hitam
3- Spark plug – Tukar setiap 30,000 kilometer
4- Bateri – Tambah air setiap kali servis
5- Belting – Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah
6- Clutch plate – Mengikut keadaan
7- Fuel filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
8- Air filter – Tukar setiap 30,000 kilometer
9- Gear oil – Tukar setiap 20,000 kilometer
10- Brake fluid – Mengikut keadaan
11- Brake pad – Mengikut keadaan
12- Power steering fluid
13- Radiotr coolant – Tukar setiap 40,000 kilometer
14- Wiper – Tukar setiap 30,000 kilometer
15- Air conditioner – Servis filter dan suis dibuka 1/2
16- Tyre – Pam pada setiap bulan
17- Radio – Memastikan ditutup pada setiap enjin dimatikan
18- Radiator – Pastikan dibersih menggunakan air paip
19- Fan radiator + aircond – Pastikan kipas hidup bila temp 1/2
20- Lamp bulb – Periksa lampu setiap hujung minggu
21- Steering alignment – servis setiap 20,000 kilometer
22- Power window – Check setiap suis power window
23- Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal

24- Angin spare tyre dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada
25- Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas
26- Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu
27- Sentiasa rajin check fan belt dan pastikannya berada dalam keadaan baik
28- Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak

29- Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam
30- Untuk enjin jenis yang guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama. Enjin yang susah hiduplah punca starter cepat rosak
31- Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-abang pomen periksa kereta anda dari A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yang timbul atau perlu ditukar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tima kasih for info
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for the info. Kereta i dan guna 6 tahun ni bnyk pening pening atur setiap hujung bulan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 05:18 PM | Show all posts
info berguna..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 05:35 PM | Show all posts
Dah lama bawak kereta tapi sekarang baru tau info nie
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:44 PM | Show all posts
Tt kau ambil mana List ni?  

Jgn rambang sebab nak tunjuk pandai. Susah orang ramai je.

Tukar spark plug dan air filter setiap 30k tu kau sure ke?

Dan pressure tayar tu buka setiap bulan kena isi. Sepatutnya kena cek dan pastikan kapasiti angin mengikut jadual yg ditentukan utk setiap kereta/kenderaan.  Biasanya jadual ni ditampal  dekat lock pintu pemandu atau di penutup tangki minyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
28 tu ajaran karut syiah
Mengikut amalan ahli sunah yg betul, cukup sekadar memandu perlahan bwh 40 sehingga 5min baru enjin betul2 lancar..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 11:12 PM | Show all posts
Okeyh dah click sumber. Dari FB rupanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2017 10:39 AM | Show all posts
ooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:36 AM | Show all posts
saya tahu dan praktik no.23 sahaja

yg lain2 tu errr.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:21 PM | Show all posts
Hantar je la service regularly, I memang tak kan ingat la bila nak tukar etc. I tengok kalau mileage dah due, I hantar je service.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:29 PM | Show all posts
Mesti nak tahu serba sikit pasal enjin kereta ni dan apa2 tanda dan punca yang boleh menyebabkan kerosakannya.  Kalau main hantar service tampa apa2 pengetahuan mengenainya silap haribulan kena tipu dengan tokey bengkel.  Benda yang tak rosak dia boleh kata rosak untuk mengenakan pengguna.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:36 PM | Show all posts
Kalo nk ingat semua benda tu lebih baik ko sendiri jd pomen
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 01:02 PM | Show all posts
Nak tambah sikit,

Mana yg bawak alza/exora dan jenis yg seangkatatn dgnnya. Ingat anda bawak tu bukan sports car so sabar dan jgn potong double line. (included owner2 kereta segmen A&B),

Common sense, tak kira samada anda org penting atau urusan anda, pada anda paling penting dalam dunia jgn susahkan pemandu2 lain. (kes2 double/triple park/blocking kereta org lain/tunggu anak& wife tepi jalan).
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu pakai maibi tak perlu cek suma tu.
Yg ptg top speed 240km
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2017 12:36 AM | Show all posts
cocorex replied at 9-5-2017 12:36 PM
Kalo nk ingat semua benda tu lebih baik ko sendiri jd pomen

Kan..
ingat pomen ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2017 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
wnwa05 replied at 8-5-2017 04:01 PM
Berapa ramai di antara kita yang hanya tahu membeli kereta namun tidak mahir memahami atau men ...

Wahhh bagus info ni....tq tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 08:35 AM | Show all posts
Hahaha. Sendiri jahil ada hati nak ngajar orang
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Persent utk percaya
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kereta injection tu amendr?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053038 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list