CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12325|Reply: 72

Kertas Matematik UPSR Tak Cukup Masa, Netizen Bidas Pelajar

[Copy link]
Post time 1-10-2018 03:32 PM | Show all posts |Read mode





Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru sahaja berlalu. Namun begitu, pelbagai desas desus yang tidak sedap didengar dalam kalangan pendidik hinggakan ia berlegar di media sosial. Antara yang kuat diperkatakan ialah majoriti pelajar tidak sempat menjawab kesemua soalan kertas Matematik dalam masa yang diperuntukkan.



Isu ini dibangkitkan oleh seorang guru Matematik, Mohd Fadzil Salleh di Facebook dan dikongsi oleh netizen lain. Menurut Fadzil, masa yang diberi cuma sejam dengan perlu menjawab 40 soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), sebenarnya sangat menuntut kepakaran yang tidak sesuai untuk pelajar berusia 12 tahun.



Hal ini membuatkan pelbagai pendapat diutarakan netizen sama ada setuju atau tidak.




Kredit foto: Facebook dan Twitter




"Satu jam tidak mencukupi, satu jam sangat kejam. Satu jam mendera emosi anak-anak itu."



Menurut Fadzill, sudah bertahun-tahun guru Matematik tahun 6 memperjuangkan supaya masa kertas Matematik ditambah. Ini kerana pelajar perlu menjawab 40 soalan dalam tempoh sejam, bermakna setiap soalan perlu dijawab dalam masa 1 minit 30 saat sahaja. Soalan pula bukan 'straight forward' tetapi berbelit-belit membuatkan perlu lebih masa untuk memahami konteks soalan tersebut.



Hal yang sama juga berlaku terhadap Kertas 2 iaitu lebih 32 soalan perlu dijawab dalam masa sejam. Lebih teruk, kertas ini memerlukan pelajar menunjukkan jalan kira. UPSR adalah penanda aras setakat mana kefahaman mereka belajar sepanjang di sekolah renda. Sebenarnya pelajar boleh menjawab jika masa lebih diberikan.




Kredit foto: Twitter





Bagaimanapun, ramai netizen membangkang permintaan tersebut memandangkan masa yang diperuntukkan adalah formula sama sejak bertahun dahulu lagi. Jika soalan sekolah rendah pun tidak mampu dijawab, bagaimana pula apabila memasuki sekolah menengah?



Malahan pelajar sekarang turut dikritik kerana dikatakan kurang membaca dan membuat latih tubi menyebabkan gagal menjawab dalam masa ditetapkan. Netizen turut mengaitkan punca aplikasi hiburan seperti Tik Tok yang melalaikan antara punca pelajar gagal.








Kredit foto: Carian Internet





Manakala bagi netizen yang terlibat secara langsung dengan pelajar seperti guru dan ibu bapa, mereka memahami bukannya pelajar tidak cukup latih tubi, tetapi soalan KBAT memerlukan fokus dan masa yang lebih memandangkan ia lebih sukar dari soalan UPSR tahun sebelumnya.

Jadi, usah bandingkan zaman UPSR tahun 90an, 2000 ke atas dengan tahun 2016 ke atas. Maklumlah zaman berubah, silibus turut berubah. Bukan sahaja sekolah rendah, sekolah menengah juga turut mengalami perubahan iaitu soalan pelajar tingkatan 1 tahun ini telah mempelajari subjek tingkatan empat.









"Macam jawab soalan PTD"



Isu ini membawa kepada persoalan yang lebih serius iaitu pelajar sekarang tidak tahu asas matematik seperti sifir dan sebagainya. Namun begitu, ia bukanlah masalah sebenar kerana ramai orang dewasa menyatakan soalan Matematik sekarang jauh lebih susah berbanding Matematik ketika dahulu.









Kredit foto: Carian Internet




"Sebab tu wujudnya tembak."

Malahan, segelintir netizen turut mempersoalkan tindakan guru tersebut yang membawa isu yang tidak relevan ini.


Kertas Matematik UPSR Tak Cukup Masa, Netizen Bidas Pelajar






Isu pendidikan seharusnya diberi lebih perhatian oleh semua pihak, kerana generasi pelapis inilah pewaris kita. Jadi, segala permasalahan perlu diteliti supaya ianya dapat diselesaikan seterusnya mencorakkan masa depan yang lebih baik. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 03:43 PM | Show all posts
rasanya cukup masa kalau selalu buat latihan..
tiap kali buat latihan kena set berapa minit
untuk jawab..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah adik adik
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 04:34 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 1-10-2018 03:43 PM
rasanya cukup masa kalau selalu buat latihan..
tiap kali buat latihan kena set berapa minit
untuk  ...

Anak aku baru darjah 1.. tp sejujurnya,aku kesian bila aku tengok buku dan kerja sekolah anak aku. Bila ms buat homework aku terfikir, nie baru darjah 1..soalan plak kene baca 2-3 kali.. darjah 2? darjah 3? darjah 6? kwn2 aku byk cikgu.. kesian.. sbb cikgu sendiri pun pening dengan KBAT sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya dulu, biasa dapat A masa ujian matematik..biasa juga dapat  markah 100 masa tu (terima kasih pada cikgu yg rajin mengajar, cikgu sekolah dan cikgu tuisyen)

Tetaplah saya rasa matematik budak2 sekarang memang susah..dgn ayat yg berbelit-belit..tapi, takpe..ikut peredaran zaman.
Orang Malaysia juga yg nak begini.

p/s: Sekarang ni, kan ada playbased learning bagai, untuk tadika..dgn syllabus yg susah begini, tak tertinggal ke bebudak tu kelak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 1-10-2018 09:28 PM

Mengadanya! Dah tu ko ingat zaman 90an dolu camna bentuk soklan dan paling penting ko hengat masa tu jawab UPSR boleh guna KALKULATOR?!

Asyik fikir budak kelas hujung, kelas hujung. Hello yang dok kelas hujung tu majoritinya bukan sebab tak pandai tapi MALAS berusaha MALAS belajar MALAS mencuba MALAS berfikir MALAS segala2nya okeh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2018 05:25 PM | Show all posts
i rasa yang kat universiti exam pun ada yang tak cukup masa.

Jadi sebelum exam mmg kena preparare diri latih tubi and plan, jawab soalan yang mudah dulu.

Ntah lah nak komen apa, adakah semua pelajar tak dapat jawab semua? kalau yer betulah kot masa tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam mana2 peringkat samada sekolah rendah, menengah, universiti pon macam ni jugak. Pandai2 la allocate masa utk setiap soalan. X leh jawab soalan tu, move on. Jangan buang masa dengan soalan yang x leh jawab. Kalau dah buat latihan banyak2, i x nampak sebarang masalah time nak jawab soalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai propanyer, 40 soalan tu bknnya semua soklan kbat
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 05:52 PM | Show all posts
1 min 30 saat klu bleh terus jwp..klu blur camne..yg kbat tu mmg la..umah aku sorg je upsr tp yg tlg study cari jwpn latih tubi tu yg ada PHD, accountant lecturer lawyer pon penin
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu 1jam je..kena selalu buat latihan dan set kan masa. Bila dah mahir dan faham soalan, pasti boleh buat. Kena pandai baca faham soalan tu,konpom otak terus dapat tangkap rangka jalan pengiraan. Latih tubi tu yang penting..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok soalan budak darjah 1 sekarang pun dah susah.. Apatah lagi soalan darjah 6.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 08:46 PM | Show all posts
Mmg patut aku fail add math dulu, tak ada fungsi pun dalam kehidupan. Baik belajar akaun atau usahawan lagi bagus. Boleh jadi mcm dato' Aliff syukri.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cupacapi80 replied at 1-10-2018 05:52 PM
1 min 30 saat klu bleh terus jwp..klu blur camne..yg kbat tu mmg la..umah aku sorg je upsr tp yg tlg ...


Sah2 la pening sebab walau akauntan lecturer lawyer meka bokan guru Maths. Hengat senang nak mengajar anak orang jika tiada bakat mengajar? IQ tinggi 180 sekalipun if bebal menyampaikan ilmu (sindri faham boleh but buat orang lain faham hancus) tak guna sister.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Veneer replied at 1-10-2018 08:46 PM
Mmg patut aku fail add math dulu, tak ada fungsi pun dalam kehidupan. Baik belajar akaun atau usahaw ...

Nak jadi macam Alif tu takyah blaja akaun pon dek. Blaja propah orang dah cukop.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:56 PM | Show all posts
Patut boleh kasi guna kalkulator. Sebab banyak masa terbuang bila congak jawapan. Dan ada careless mistakes juga. Kalau ada kalkulator, boleh buat soalan banyak berbentuk berfikir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2018 09:57 PM | Show all posts
Tengok soalan2 upsr, mudah aje. Cuma tu la, bila tak ada kalkulator, terkial2 nak mengira satu2. Nak kena semak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya tu salah satu skill juga. Tujuan buat 1 jam tu mmg utk mencari hanya pelajar yg terbaik je boleh dpt A. Kalau buat 10 jam pon yg dpt A berlambak no points jugak kan? Sbb bila dlm hidup sebenar kita dituntut utk berfikir dan buat keputusan dgn cepat. So upsr ni salah satu lathan utk mereka la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh biasa buat latih tubi, insya allah boleh jawab soalan matematik.
Wlpn nampak mudah, kena kira betul2..
Yang lepas tu lepaslah.. bakal murid tahun 6 next year bersiap sedialah dari skrg
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
anak aku ambik upsr ni
dia kata math kacang sbb soalan dah familiar lebih kurang je dgn soalan trial negeri2. dah buat latih tubi hari2 math ni
siap ada lebih masa 10 minit.

tapi sains susah sikit katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.162559 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list