CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14524|Reply: 69

Arnold Sommerfeld - 84 Kali Tercalon Dalam Anugerah Nobel.

[Copy link]
Post time 24-5-2019 04:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by OttoVonBismark at 23-5-2019 08:34 PM



Dia ni nama dia Arnold Sommerfeld. Seorang saintis atau lebih tepat lagi ahli fizik German. Mat saleh panggil "fizisyen". Pioneer atau pencetus kepada idea dan teori berkenaan dengan quantum physics, serta beberapa cabang fizik yang lain. Sepanjang hidup dia, dia pernah dicalonkan didalam program anugerah nobel sebanyak 84 kali. Tapi malangnya satu pun dia tak dapat. Semua idea dan teori yang beliau ketengahkan suatu masa dahulu, pada hari ini satu persatu perkara tu semua menjadi realiti dan make sense. Jadi hari ni pakcik nak cerita serba sedikit tentang dia kepada korang semua.

Sommerfeld dilahirkan pada tahun 1968 di sebuah negeri bernama Konigsberg dalam negara Prusia. Nama panjang dia semasa dilahirkan adalah Arnold Johannes Wilhem Sommerfeld. Panjangnya nama. Semasa diuniversiti dia belajar tentang matematik, fizik, dan filosofi. Tapi kalau ikutkan hati dia bidang yang dia betul betul minat adalah sejarah dan kesusasteraan.

Masa kat universiti juga, dia banyak terlibat dalam membantu profesor profesor disitu dalam melangkapkan kajian mereka, secara tak langsung dia pun terjebak sama minat dengan bidang fizik ni. Tak lama lepastu, dia terus sambung ambik Ph.D dekat universiti yang sama. Guest what ? dia lengkapkan thesis Ph.D dan dapat title doktor pada 24 Oktober 1891, yang mana masa tu umur dia baru 22 tahun. Selepas dapat title doktor, dia stay dekat universiti yang sama dan mula mengajar budak budak diploma fizik dan matematik. Dan pada masa yang sama juga, dia menjadi penolong kepada beberapa orang tokoh hebat bidang fizik dan matematik dalam melengkapkan kajian mereka. Haaa masa ni lah dia baru sedar yang dia ada talent dalam jurusan ni dan ambik keputusan untuk terus berbakti dalam fizik dan matematik.


So, sepanjang dia disitu, dia juga tidak terlepas dari menjalan kajian dia sendiri dalam nak setelkan banyak masalah berkenaan persoalan matematik dan fizik. Antara beberapa persoalan dan kajian yang dia lakukan termasuklah berkenaan dengan thermal conduction, isu berkenaan gelombang magnetic bumi, pergerakan elektron dalam arus, teori relativiti, dan kuantum fizik. ( Teori relativiti ni Einstein ada buat tesis panjang lebar pasal ni dan menjadi rujukan kita pada hari ini, dia pasal masa, jarak, gelombang dan pertikel cahaya )

Pada tahun 1894, dia diberi peluang manjadi pembantu kepada Felix Kleins. Felix ni dia pakar dalam bidang geometri cecair dan ruang. Kalau korang google, korang akan jumpa beberapa artikel pasal invention dan kajian dia berkenaan liquid dan geometri. Tak lama lepastu, Sommerfeld berjaya lengkapkan satu thesis matematik pasal diffraction. diffraction ni macam.... mmmm.... pembiasan dan tapisan, lebih lepada gelombang. So dengan thesis yang dia berjaya buat tu, telah membenarkan dia untuk mengajar diuniversiti dalam bidang yang lebih ilmiah dan mendalam. Jadi dia boleh bawak mana mana tajuk kesukaan dia untuk mengajar tak perlu ikut silibus di universiti. Kira maca dah pakar la. Dan dalam masa ni juga, dia sempat menjalankan banyak kajian ilmiah yang lain.



Tak lama lepastu, dia pindah ke Aachen universiti. Disini, dia dapat pegang jawatan yang agak besar dan dia juga dapat title "Extraordinary Professor". Masa kat universiti ni, dia develeope satu teori berkenaan dengan "Hydrodynamic" teori pasal pergerakan liquid. Dia juga mula berjinak jinak dengan teori relativiti yang Enistein ketengahkan pada waktu ni, masa ni, teori ni orang masih tak terima lagi sebab belum jumpa bukti depan mata. lama lepas Einstein tak ada baru kita hari ni bukak mata. So, penglibatan Sommerfeld dalam nak merealisasikan teori ni membuatkan dia popular. Ini yang pak cik ceritakan ni adalah salah satu dari banyak kajian yang dia pernah keluarkan. Salah satu yang popular, dia sahkan teori berkenaan X-Ray adalah gelombang.

Walau banyak mana sekalipun dia keluarkan teori dan kajian, tak satu pun kajian dia tu dapat apa apa anugerah. Sommerfeld telah dicalonkan kedalam anugerah Nobel sebanyak 84 kali, yang mana dalam banyak banyak tu, satu pun dia tak dapat. Tapi dia dapat rekod baru yang sampai hari ni tak ada sapa boleh lawan, rekod pencalonan terbanyak. Antara salah satu sebab kenapa dia tak dapat, the other saintis mengatakan dia cuma "menolong" membina sesebuah teori, yang mana lama selepas tu saintis lain berjaya membuktikan yang teori dia semua betul.


Walau bagaimana pun, Sommerfeld tanpa disedari dah menyumbang sesuatu yang sangat beharga sepanjang dia menjadi tenaga pengajar diuniversiti. Ramai student dia menjadi saintis yang terkenal diseluruh dunia dan berjaya membuktikan pelbagai teori dalam bidang masing masing, seperti Rudolph Peierls, Karl Wilhelm Meissner, Alfred Lande, Edward Condo, dan ramai lagi. Dan tujuh dari student dia telah menerima Anugerah Nobel dizaman mereka. Sommerfeld mempunyai kelebihan dalam mencari dan membentuk talent pelajar dia dalam bidang fizik dan matematik.

Pada tahun 1949, Arnold Sommerfeld menerima Pingat Oersted yang mana pingat ini didedikasi untuk mereka mereka yang menjadi tenaga pengajar dalam bidan fizik. Kelak, Sommerfeld pernah berkata yang anugerah ni  buat dia rasa dihargai sepanjang dia dalam karier sebagai saintis didalam fizik dan matematik.

Begitulah serba sedikit kisah seorang saintis juga seorang guru yang hebat Arnold Sommerfeld yang mana dicalonkan anugerah nobel sebanyak 84 kali namun satu pun tak lekat. Walaupun sebegitu, beliau tetap gigih untuk terus menyumbangkan ilmu yang beliau ada sehingga ramai murid murid dia kelak yang dapat anugerah tersebut. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.


       - Otto Von Bismark -

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2019 05:20 AM | Show all posts
Authentic dan genuine, boleh dapat kredit
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 06:45 AM | Show all posts
lagi banyak teori lagi susah kaka nak jawab spm fizik. hope siapa nak buat teori tolong fikir adik2 nak jawab spm. please be manner k.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 07:41 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-5-2019 06:45 AM
lagi banyak teori lagi susah kaka nak jawab spm fizik. hope siapa nak buat teori tolong fikir adik2  ...

kalau tak pening aku rasa semua orang akan jadi saintis. haha

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2019 08:05 AM | Show all posts
Macam kurang tepat istilah fizisyen tu.

Physicist - ahli fizik / fizikawan
Physician - doktor perubatan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2019 12:13 AM | Show all posts
syadq replied at 24-5-2019 12:05 AM
Macam kurang tepat istilah fizisyen tu.

Physicist - ahli fizik / fizikawan

ek ? mana pakcik nak tau.... trimass kerana betolkan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-5-2019 12:13 AM | Show all posts
Bai de weyyyyy

thread ni tak laku sebab orang tak suka fizik. tu konkulasi pak cik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2019 12:14 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-5-2019 10:45 PM
lagi banyak teori lagi susah kaka nak jawab spm fizik. hope siapa nak buat teori tolong fikir adik2  ...

buat sampai jadi !

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2019 02:22 PM | Show all posts
The fact that dia nominated tu sudah cukup membuktikan dia outstanding. Bukan calang calang orang yang akan di nominate. You must have contributed extraordinary findings. Cuma nobel prizes ni given yearly. Mustahil dia di nominate 84 tahun. Jadi tandanya each year, dia dapat banyak nomination? Maybe different category? Physics, chemistry and mathematics are interrelated. Terutama quantum chemistry dan physics. Apapun, central sainsnya masih chemistry.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
winamp05 replied at 24-5-2019 07:41 AM
kalau tak pening aku rasa semua orang akan jadi saintis. haha

Lawak komen hang...hehe..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
nurrlisa replied at 26-5-2019 02:22 PM
The fact that dia nominated tu sudah cukup membuktikan dia outstanding. Bukan calang calang orang ya ...

Mmg dia hebat kan sis...dia diiktiraf slps kematian dia...mgkn masa tu pemikiran dia lebih advance dari saintis yg sedia ada pada masa tu. Ibarat dia ni super genius at that time...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 10:56 AM | Show all posts
up lagi........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 11:51 AM | Show all posts
nurrlisa replied at 26-5-2019 06:22 AM
The fact that dia nominated tu sudah cukup membuktikan dia outstanding. Bukan calang calang orang ya ...

dan thread ni tak begitu menggalakkan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 11:53 AM | Show all posts
nurrlisa replied at 26-5-2019 06:22 AM
The fact that dia nominated tu sudah cukup membuktikan dia outstanding. Bukan calang calang orang ya ...

Ye betul, dia dinominate dengan beberapa pencalonan dalam setahun. Itu sudah cukup menunjukan yang dia hebat. cuma, yang aku tak ceritakan dalam tu, bagaimana ada konspirasi untuk bagi dia tak dapat anugerah nobel tu. huhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2019 11:54 AM | Show all posts
groundfloor replied at 27-5-2019 02:36 AM
Mmg dia hebat kan sis...dia diiktiraf slps kematian dia...mgkn masa tu pemikiran dia lebih advance ...

he is super genius. kalau tak dia takkan tercalon sebanyak 84 kali. orang lain sekali je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih mod bg peanut butter kat iol....boleh buat berbuka puasa nanti...hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2019 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 27-5-2019 11:53 AM
Ye betul, dia dinominate dengan beberapa pencalonan dalam setahun. Itu sudah cukup menunjukan yang ...

Please pokchik...bongkarkan konspirasi itu...iol mmg minat konspirasi ni...rasa thrill je...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 05:53 PM | Show all posts
OttoVonBismark replied at 27-5-2019 11:53 AM
Ye betul, dia dinominate dengan beberapa pencalonan dalam setahun. Itu sudah cukup menunjukan yang ...

konspirasi tu yg menarik nak tau..
punya genius incik sommerfeld,x kan satu x lekat anugerah nobel??
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 25-5-2019 12:13 AM
Bai de weyyyyy

thread ni tak laku sebab orang tak suka fizik. tu konkulasi pak cik   :l ...

Bukan x laku. Hp iols rosak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
OttoVonBismark replied at 25-5-2019 12:13 AM
Bai de weyyyyy

thread ni tak laku sebab orang tak suka fizik. tu konkulasi pak cik   :l ...

Nnt meols baca ye tt....nk bertenang otak seketika..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069398 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list