Kredit foto: Instagram Shieraijoy
Terdahulu pelakon Sharifah Shahirah pernah meluahkan rasa kesal terhadap sikap netizen yang gemar menjatuhkan hukum tanpa mengetahui niat sebenar serta membuat spekulasi yang boleh memburukkan namanya.
Terbaharu, Shiera menerusi satu hantaran di instagramnya berkongsi perbualannya bersama individu dan meluahkan rasa kurang senangnya apabila terdapat seorang netizen cuba membuat provokasi dengan melabelkan kerjaya artis sebagai syaitan.
Shiera dilihat turut membalas tuduhan berkenaan: "Jangan menghukum orang kalau dah rasa baik sangat.
"Nak ajak gi mahkamah tak nak, aku cakap nak jumpa terus diam. Nak sangat tahu artis serupa setan, tak apa kami paham kami setan.
"Tapi ini lagi seram dah baling batu lari," tutur Shiera.
Rata-rata netizen melahirkan rasa kesal dengan tuduhan individu itu dan meninggalkan komen meminta Shiera tidak ambil peduli akan tuduhan tersebut.
Pelbagai dugaan menjadi anak seni ni tambahan pula di zaman media sosi@l kan? Artis pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan.
Sepatutnya medium ini digunakan untuk artis dan peminat menjadi lebih rapat. Nampaknya ruang ini telah menjadi medan label-melabel pula.- CARI
|