Menurut Diva AA, Ziha tidak mampu memiliki semua itu kerana mendakwa penyanyi tersebut sudah tidak laku.
Ziha yang memuat naik paparan skrin gambar status tersebut ke Instagramnya bagaimanapun tenang memberi kenyataan balas.
Ziha pertama kali telah meminta maaf kepada pengacara tersebut jika dia ada membuat kesilapan terhadapnya.
Menurut Ziha, dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan yang Maha Esa dan tidak lupa ia hasil daripada doa ibu bapanya.
Kredit foto: IG Ziha
Entri itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menganggap dakwaan Diva AA sebagai keterlaluan.
Sumber:
Gempak