View: 6507|Reply: 40
|
[Tempatan]
Kotak pesanan kurier disarung seluar dalam. Nama syarikat kurier dirahsiakan
[Copy link]
|
|
Kecewa terima kotak pesanan kurier disarung seluar dalam
KOTAK pesanan dari Station 18, Ipoh yang diterima seorang wanita yang disarung seluar dalam yang tular dalam media sosial hari ini. - MEDIA SOSIAL
Oleh ASLIZA MUSA
8 Februari 2021, 8:57 pm
IPOH: Belum reda kisah mencampak barang pelanggan oleh pekerja sebuah syarikat kurier, timbul pula dakwaan kotak pesanan pelanggan ‘disarung’ seluar dalam wanita oleh syarikat penghantaran sama.
Kisah itu tular setelah gambar kotak berkenaan dimuat naik seorang wanita di media sosial Facebook menerusi akaun Mamaayu Admia Ayunormaslinda, sejak semalam.
Menurut wanita berusia 32 tahun itu, kotak barang yang dipesan dari Station 18 di Ipoh itu diterima suaminya kira-kira pukul 7 malam, semalam.
Katanya, ketika menerima kotak berkenaan, ia bukan sahaja dalam keadaan kemek, terbuka dan tidak dibungkus malah disarung seluar dalam berwarna merah jambu.
“Pada mulanya suami tidak sedar yang itu adalah seluar dalam sebaliknya menyangkakan ia adalah stokin.
“Dia sempat bertanya kepada pekerja syarikat berkenaan, mengapa kotak pesanan itu dalam keadaan sedemikian namun mereka mendakwa tidak tahu sebaliknya ia memang diterima dalam keadaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, dia ada berhubung dengan penjual di Station 18 berhubung perkara itu yang mana mereka memberitahu telah menghantar pesanan berkenaan ke Melaka dalam keadaan baik dan berbungkus.
Katanya, dia juga ada merujuk mengenai perkara itu di pejabat syarikat penghantaran tersebut di Batu Berendam dan mereka memaklumkan akan menyiasat insiden berkenaan.
“Sebagai pembeli, saya kecewa apabila menerima bungkusan yang dipesan dalam keadaan rosak tambahan lagi ia turut disarungkan dengan seluar dalam.
“Sehingga sekarang saya tidak faham mengapa pekerja syarikat itu tidak menanggalkan terlebih dahulu seluar dalam itu sebelum menghantar pesanan kepada kami? Tindakan mereka sangat keterlaluan,” katanya.
Tambahnya, tindakannya memuat naik gambar kotak barang itu di Facebook bukanlah sengaja mencari kesempatan semasa isu mengenai syarikat kurier tersebut sedang hangat sebaliknya untuk meluahkan kekecewaannya atas perkhidmatan mereka. – UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jin dan tonik
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Complaint nnt merintih "korang xpaham sakitnya keje courier.kami ditindas.hanya yg prnah keje je paham perasaan kami"
Abes tu brg org yg rosak sapa nk ganti?ko pikir ko je xcukup gaji.ko pikir keje ko je yg susah.
Entah2 brg dlm tu org kumpul duit brbulan2 bru dpt beli.kalau dr shopee boleh jgk claim refund.kalau jenis yg beli dr fb ke ig ni?kalau brg tu makcik2 pakcik2 punya?mne diorg tau sgt nk refund2 ni
Dr nak kesian naik meluat dgn diorg ni.suh g pejabat buruh xnak.xpercaya.tp dh pergi ke belum?ke dgr2 ckp org je?
Kwn ai boss xbyr ot brbulan2.g pjbt buruh buat kes,dpt balik duit dia.mmg la kene buang keje.
Kalau korg brenti ramai2 lagi brkesan.pastu buat la gofund me ke apa.rakyat malaysia ramai kot yg pemurah
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang baru nak kagum n kesian dgn geng rider geng jnt bikin hancus semua
Jangan lepas ni org benci ngan geng2 rider dahla korg punya pasal dahla geng food panda pon skrg da byk komplen bila makin ramai yg terdesak buat keje sbb terdesak tu la jadinya
Bukan sbb ikhlas |
|
|
|
|
|
|
|
Kena siasat jgk ni. Takut fake je. Ramai je acik2 attention seeker gigih buat cerita sekarang ni. Sebab nampak xlogik sangat.
Sekarang ada grup j&t buat hal apa hari ni. Dapat dilihat ramai jgk yang jenis attention seeker je. Benda xde apa sangat pun nak upload acah2 marah. Konsep sama macam grup masak xjadi apa benda tu.. bila lama2 banyak yang fake dan lapar like je |
|
|
|
|
|
|
|
Susah handle drebar dan rider ni..sbb mentaliti diorg lain mcm sikit |
|
|
|
|
|
|
|
SepupuBen10 replied at 8-2-2021 10:55 PM
Susah handle drebar dan rider ni..sbb mentaliti diorg lain mcm sikit
Mim lam alif waw ya punya mentaliti. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahan je hati dari bersangka buruk yg ni kerja pekerja yg masa sekoloh sekoloh dulu budak kelas yg degil dan angkuh dengan cikgu cikgu.
Dah kerja pun sambung buat perangai.
Ni mujur musim covid tau, kau dapatla kerja. Kalau tak dah lama mereka bawa masuk bangla ke myanmar.
Dapat apa macam ni.
Tak nak pergi pejabat buruh sebab apa?
Yg cerdik cerdik tu tolong lapor supaya tak berterusan macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dekat gudang ada CCTV
boleh check balik |
|
|
|
|
|
|
|
betul keje kurier ni susah
kena ada phd baru leh jadi keje kurier ni
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu jngn beli ngn shopee
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
notM replied at 8-2-2021 11:00 PM
Mim lam alif waw ya punya mentaliti.
Salah ejaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik husband dia ingat tu stokin.... |
|
|
|
|
|
|
|
SepupuBen10 replied at 9-2-2021 09:06 AM
Salah ejaaaa
Mim lam alif ya waw punya mentaliti |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 9-2-2021 09:14 AM
Pelik husband dia ingat tu stokin....
Sebab Tak sangka benda tu spende.
Cuba utk husnuzon |
|
|
|
|
|
|
| |
|