View: 16098|Reply: 124
|
“Merangkak cari kami di Padang Mahsyar” – influencer
[Copy link]
|
|
“Merangkak cari kami di Padang Mahsyar” – influencer
https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... mahsyar-influencer/
Oleh NUR HUDA MUSA
24 Februari 2021, 8:07 pm
Gambar majlis perkahwinan di Kelantan yang dimuat naik oleh ‘influencer’ tersebut menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.
PETALING JAYA – Seorang Instafamous yang gambarnya tular gara-gara merentas negeri untuk ke sebuah majlis perkahwinan rakannya di Kelantan berang selepas menjadi mangsa kecaman netizen sejak beberapa hari lalu.
Dakwanya, isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) itu masih dalam siasatan pihak polis dan dia juga telah tampil memberi keterangan.
“Korang merangkak la cari kami dekat Padang Mahsyar nanti. Page-page media pun tak payah nak pandai reka cerita. Tak payah nak buat pandai.
“Biar polis buat siasatan kalau kami salah. Kami semua akan minta maaf,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagramnya semalam.
Dalam pada itu katanya, dia turut meluahkan rasa kesal dengan segelintir masyarakat yang suka melibatkan pihak lain dalam isu yang terjadi.
“Aku geram betul la. Kalau nak kecam kami takpa kami boleh tahan. Jangan libatkan isteri-isteri kami,” tegasnya.
Terdahulu, tular di media sosial Instagram apabila beberapa orang Influencer memuat naik foto dan video perjalanan merentas negeri secara beramai-ramai dari ibu negara ke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya dipercayai hujung minggu lalu.
Mereka turut berkongsi gambar majlis perkahwinan rakan dan bersantai-santai di tepi pantai. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah pecah lubang ke ????? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon influencer ini berniaga knee pad... Pasti laku kerana semua orang kena merangkak mencari mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Merangkak mmg merangkak
Tapi kalo ko pun hati hitam degil pendendam..dgn kau kau sekali tak lepas lepas ke syurga, sbb kena bertunggu tangga bertahun tahun menunggu org nak minta maaf kat kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acah2 sangat
Adan uke kena kecam |
|
|
|
|
|
|
|
Kau, sendiri cari masalah. Hadap la. Kau ingat semudah abc je ke nak minta maaf gitu je. Hanjjjjj. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dapat permission la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahhh g mamp la korg2 ni...aku xbalik jumpa abah aku dh brbulan tau..kesian dia dok rumah sorg2 anak2 xboleh balik
Ko sedap2 g jln smpai kelantan semata2 nk g kenduri kawen.ko tipu apa buat surat tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Berani kerana benar kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
sapa nii?
influencer mana ni??
aduhaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Haha influencer acah2 inesen pulakkk walhal diorang yg mengundang kecaman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 dgn modal merangkak.
|
|
|
|
|
|
|
|
menyampah betul dgr ayat merangkak di padang masyar. ko ingat ko x merangkak sama ke nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
Influencer ke influenza? Dok merewang2 ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|