CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6838|Reply: 50

Hantu betul lah! Nak ke mana?! B***h betul lah! Woii!!!' - 3 makcik bawang terke

[Copy link]
Post time 24-3-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kerancakan tiga wanita berbual sakan mengenai perancangan majlis terbantut apabila berlaku kemalangan yang membabitkan dua buah kereta di hadapan mereka.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 12.35 tengah hari di Jalan Tanjung Laboh, Taman Mewah, Batu Pahat, Johor.

Video viral di media sosial berdurasi 1 minit 36 saat itu terdahulu menunjukkan dua wanita itu dalam perjalanan ke destinasi sambil berbuat mengenai persiapan majlis yang akan diadakan selepas sembahyang Jumaat.



Pemandu itu mengatakan dia berkemungkinan akan memulakan perjalanan ke majlisnya di sebelah petang. Wanita itu juga menjangkakan makanan mungkin akan habis cepat. Namun rakannya memaklumkan perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana ramai adik beradiknya yang boleh masak makanan baru.

Tibanya di persimpangan lampu isyarat, sebuah kereta Perodua Kelisa yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba masuk ke lorong tengah membuatkan mereka terkejut lalu membunyikan hon.

Namun pemandu Kelisa tetap gigih meneruskan niatnya untuk masuk ke lorong kanan yang dipercayai mahu membuat pusingan U.

Wanita Kedua: "Hantu betul lah, nak ke mana?! Bodoh betul lah! Woii!!! Allahuakbar!!"

Tindakannya itu mengundang padah apabila sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan tidak menyedari kehadiran Kelisa itu meneruskan perjalanan sebelum melanggar bahagian depan sisi kanan Kelisa. Proton Wira berkenaan nyaris terbalik disebabkan pelanggaran itu.

Wanita Pertama (Pemandu): "Aku dah kata dah! Haaa! Mabuk ke apa akak ni?! Aku dah hon dia jalan juga. Dia dah kenapa??"



Wanita Kedua: "Apsal dia camtu Mai?"



Wanita Pertama (Pemandu): "Manalah aku tau, dia yang bawak! Hahahaha!"



Wanita Kedua: "Tak, dia pandai ke tak pandai?"



Wanita Pertama (Pemandu): "Dia nak belok sana (pusingan U), dia salah jalan. Kak Mai dah hon, dia sepatutnya berhenti dulu tengok sana (lorong kanan). Sana (Wira) memang jalan dia, tegak."



Wanita Kedua: "Nasib baik Wira tak terbalik."



Sementara itu di ruangan komen, netizen tidak membahaskan kemalangan itu tetapi terhibur dengan perbualan tiga wanita berkenaan, apatah lagi apabila mereka mula berleter mengenai kemalangan tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 08:36 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:21 AM | Show all posts

nasib baik xde laki.. klu x jadi target




Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:26 AM | Show all posts
dia marah kawan dia jerit Hoi tapi pintu tak bukak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Terhibur acik-acik menjerit hahahah.. memang dashcam ni kena ada la skarang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
meriah


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2021 11:05 AM | Show all posts
hahaha..org lebih tertarik dgn akak2 dlm kereta dari kejadian di luar kereta
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:11 AM | Show all posts
Aku boleh tergelak dengar sembang dorang daripada tgk kejadian kat luar tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 11:28 AM | Show all posts
mmg kelakor video nie..hahahah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.i memang suka vid yang ada komentator macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.i memang suka vid yang ada komentator macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 11:46 AM | Show all posts
terbaik akak bawang.. memang terhibur aku.. campur dengan komen2. haahahahahah
Darah manis akak driver tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:22 PM | Show all posts
excited dengar akak akak tu bersembang daripada tengok accident
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya nak ajak sembang pasal accident ke atau pasal makcik bawang? Apapun ...terhibur
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:57 PM | Show all posts
aku terhibur dengan bawangan acik3 ni...  hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehehehe.... bangsa Johor memang cenggini. Suma nak bercakap at the same time
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2021 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh.. sibbaik wira, mau terhenjut and jatuh balik.. kalo king myvi mesti dah terbang dah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 01:38 PM | Show all posts
hahaha....lawak makcik2 bawang ni...terhibur..tengok berkali2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bulih tahan kelisa. senget wira
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahah  kecoh msg2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061503 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list