hantukiller posted on 19-3-2013 04:42 PM
Iblis boleh dibunuh, iblis bukan seekor, berlambak!!!
Iblis dari GOLONGAN JIN, maknanya banyak. Y ...
ni penjelasan harun din
Makhluk halus ada yang tidak boleh dibunuh kerana mereka berumur panjang sampai hati qiamat dan ada yang mati (boleh dibunuh). Hanya Iblis sahaja tidak boleh dibunuh kerana ternyata dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya):
"Iblis telah berkata kepada Allah, 'Wahai Tuhanku. Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Kiamat). Allah berfirman, "Dengan permohonan itu, maka sesungguhnya engkau (termasuk) dari golongan yang diberikan tempoh. Hingga ke hari, waktu yang telah ditentukan." (Surah al-Hijr ayat 36, 37 dan 38)
Ahli-ahli tafsir secara umumnya menyatakan setelah iblis enggan tunduk kepada Allah S.W.T dan dilaknat serta dikeluarkan daripada syurga, mereka berdoa agar Allah memanjangkan umur mereka, maka Allah S.W.T menganugerahkan kepada mereka apa yang mereka minta iaitu berumur panjang sampai kepada hari Kiamat.
Ertinya makhluk yang termasuk dalam suku sakat iblis ini, mereka berumur panjang, dengan lain perkataan mereka tidak mati dan tidak boleh dibunuh.
Adapun selain daripada iblis seperi syaitan, jin dan sebagainya, mereka beranak pinak dan sampai umurnya mati, jelas dinyatakan bahawa mereka boleh dibunuh, khususnya disebut dalam sejarah mereka dibunuh dan mati dalam bentuk penjelmaan ular. |