CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6626|Reply: 97

[Dunia] Budak perempuan selamat daripada mati beku kerana peluk anjing

[Copy link]
Post time 24-1-2022 10:32 PM | Show all posts |Read mode

Kanak-kanak itu berjaya mengharungi ribut salji yang dahsyat apabila berlindung dalam kandang anjing dan dipeluk haiwan itu sepanjang malam. - Daily Mail

Budak perempuan selamat daripada mati beku kerana peluk anjing

MOSCOW – Seorang kanak-kanak perempuan di Rusia berjaya mengharungi malam yang dilanda ribut salji dengan memeluk erat seekor anjing, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirahsiakan identitinya itu sepatutnya dalam perjalanan pulang dari sekolah yang terletak di pekan Uglegorsk baru-baru ini.

Namun begitu, dia gagal mencari jalan pulang akibat ribut salji terlalu lebat dengan kelajuan angin mencecah 82 kilometer sejam.

Pihak berkuasa dan penduduk tempatan mencari gadis itu semalaman selepas dia dilaporkan hilang oleh ibunya.

Kumpulan pencari memberi tumpuan kepada rumah yang mempunyai haiwan peliharaan kerana penduduk berdekatan melaporkan melihat gadis itu bermain dengan anjing pada petang sebelum kehilangannya.Pada keesokan pagi, sehari selepas dilaporkan hilang, seorang sukarelawan menemui kanak-kanak itu di dalam kandang anjing dalam keadaan dipeluk haiwan itu untuk memanaskan badan kecilnya.

Gadis itu telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan sihat tanpa sebarang kecederaan, demikian menurut laporan sebuah stesen televisyen tempatan Rusia. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... erana-peluk-anjing/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
musim salji.mak nya tak reti nak jemput anak ke? penyakit ummah melayu dah meresap ke jiwa kokosen?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anjing duduk luar waktu ribut tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Identiti dirahsiakan tapi gambar ada?

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 12:21 AM | Show all posts
cheezel replied at 24-1-2022 11:07 PM
Kesian anjing duduk luar waktu ribut tu

they are built for that

manusia ja yang ngengade ajak tidur sekali dalam selimut


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 01:30 AM | Show all posts
angelofish replied at 24-1-2022 10:43 PM
musim salji.mak nya tak reti nak jemput anak ke? penyakit ummah melayu dah meresap ke jiwa kokosen?

kokesen pprt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 01:46 AM | Show all posts
Tapi anjingg mmg cerdik tau, kdg2 tgk mcm budak2. Selalunya xmass kitaorg bagi hadiah kat anjing anak tiri aku, selalunya beli mainan anjing kat kedaii pet balutlah dgn kertas xmas pembalut hadiah mcm yg lain. Turn dia hb aku ambiklah hadiah then sebut nama dia nada manja mcm cara ckp dgn anjing dia dah tahu dia punya hadiahhh tu berlari dtg kat hb aku sambil goyang2 tail dia sambil hb aku bukakkan hadiah tu utk dia, dia duk cium hadiah tu sambil eko goyang2, itu takdanya dia happpy, kelakarr aku tgkk, bila hadiah dah bukak dia gonggong hadiah, hadiah tu mmg jenis mainan bergonggong tali dgn bola kecikk dia berlari pegi kat tempat dia duduk sambil duk main dgn mainan tu duk carikk2 dgn gigi dia, sebijik mcm budakkk. Lps tu bila turn hadiah org lain nak bukak dia pun nak kaypohhh jugakkk dtg dekat anak tiri aku ckp itu bukan dia ounya dia dah dpt td td baru dia calm down pegi balik duduk tmpt dia sambil main. Mmg kelakarr tgk mcm budak caranya. Aku buat derk jahh kat dia sbb takuttt janji dia tak dtg kat aku tp dia nak dtg nak bau aku buat derk tak pandang muka dia sbb takuttt. Tapi kesian pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 01:47 AM | Show all posts
Hb aku n anak dia kecohh suruh akupegi terapiiii anjing, org dah mmg takuttth nak pegi apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 25-1-2022 01:46 AM
Tapi anjingg mmg cerdik tau, kdg2 tgk mcm budak2. Selalunya xmass kitaorg bagi hadiah kat anjing ana ...

I kalau tak ada issue pasal kena samak ni mmg i bela anjing.Yg i jumpa adorable la sangat. Abg i ada anjing yg duduk tumpang berteduh di perkarangan rumah dia...lama2 terus jd warga keluarga di samping 2 ekor kucing. I kalau blh bela nak yg sederhana besar....yg besar sangat tak mau sbb taikknya besar...geliiiiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 06:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Haih! Cuaca buruk pun kena balik skolah sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 01:36 PM | Show all posts
Edited by dani-rox at 25-1-2022 01:40 PM
Orenn1 replied at 25-1-2022 01:46 AM
Tapi anjingg mmg cerdik tau, kdg2 tgk mcm budak2. Selalunya xmass kitaorg bagi hadiah kat anjing ana ...

anjing anak tiri uols jenis apa, sis oren?
kawasan kejiranan ai selalu terserempak tuan anjing bawak dua ekor Tibetan Mastiff jln2, nak tergelak pun ada... tuan dia punya la kurus, mcm diheret2 jah

mcm ni la rupa dan saiz nya



pernah sekali ai buang sampah dah dekat nak mlm gitu, so kwsn sekeliling gelap sikit. tiba2 jah muncul muka anjing dia yg besar tu nak bermanja dgn ai. opkos la ai rasa mcm nak tercabut jantung. silap2 kena baham mcm beruang. tuan dia cakap sorry, ai acah2 cool ketawa kunun, sambil cepat2 masuk rumah

btw kalau diberi pilihan ai tingin nak bela anjing alaskan malamute atau siberian husky, suka tengok pattern 'cat muka' black metal dia org hahaha



Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:58 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 25-1-2022 05:56 AM
I kalau tak ada issue pasal kena samak ni mmg i bela anjing.Yg i jumpa adorable la sangat. Abg i a ...

betul mmg ramai melayu nak bela anjing klu boleh. Kes abang uols sama mcm satu fam dulu i kenall, family pak haji duk rmh dua tingkat atas bukit skitt,  ada seko anjing selalu dtg, dorg pun bagi roti kat anjing, anjing dah jd mcm penjaga rmh dorg, dia mcm tahu dia tak blh rapat/sentuh dorg. Taik anjing tu mmg lah. Kat sini org bwk anjing go for a walk masa tu lahh anjing dorg berakkk lol then dorg kauttt dgn plastic tahi anjing yg dorg bwk siap2.  Rasanya dorg bwk anjing keluar sehari dua atau tiga kali. Ini cara anjing yg bela dlm rmh le. Hb i pun masa muda2 bela anjing jugak, byk komitmen klu bela anjing dlm rmh mcm family ni. Lasa anjing kecik lg tuan n anjing kena pegi kursus lol, ada training mcm2, byk duit jugakkk tu, lps tu kena pikir sakit demam anjing lagi nak bwk pegi doctor, makanan mainan brg2 keg2 bwk g saloon. Lps tu mcm ada anak kena balik keja cepat2 sbb anjing duk tunggu. Kdg2 klu ada jemputan bday ke apa tak semua rmh org blh bwk anjing , sampai kena camcel pegi sbb anjing. Mcm susah jugak gayanya baik ada anakk terus lol
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih mahu tahu breed apa....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-1-2022 08:21 AM
they are built for that

manusia ja yang ngengade ajak tidur sekali dalam selimut

Tidak rasa ngengade manusia tinggal di condo sedangkan asal dari gua?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:15 AM | Show all posts
dani-rox replied at 25-1-2022 01:36 PM
anjing anak tiri uols jenis apa, sis oren?
kawasan kejiranan ai selalu terserempak tuan anjing baw ...

Wahh beso nya anjing jirann ko mcm size manusia mmg menakutkannn sis daniii klu aku dah kena sakitt jantonggg agaknya, kira berani lah ko blh buatt cool lagii. Org local ke or foreigner owner dia?

Anjing anak tiri aku jenis the finnish lapphund, umo dah 3 tahun rasanya. dah beso badan dia, dulu dia beli masa baby, sebelum dilahirkan dah booked, lps dilahirkan 8 weeks dah stabil sihat semua baru blh ambik bwk balik. Jap aku cari pika kat internet.
Nijenis gini anjing dia, sherammmm akuuu weiii


Anjing yg ko nak bela tu rupa mcm panda tp sherammm weiii mcm serigala, beso tu tu, mmg beraniii yachhh ko, ko dahh biasa dgn anjing kuttt sis daniii. Aku melayuuu kg semenanjung mana jenisss ada anjingg, anjing ni takde dlm kamuss hidoppp dr kecikkk. Tiba2 dah dewasa tua namamposss hidopp aku  takleh lariiii dr anjingg, takutt sebenarnya tp nak buat mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:26 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 26-1-2022 02:12 AM
Tidak rasa ngengade manusia tinggal di condo sedangkan asal dari gua?

lol org msia katanya asalll duduk atas pokokkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 25-1-2022 11:54 AM
Orenn1 replied at 25-1-2022 10:26 AM
lol org msia katanya asalll duduk atas pokokkk


Lol... Ngengade kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:56 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 25-1-2022 05:56 AM
I kalau tak ada issue pasal kena samak ni mmg i bela anjing.Yg i jumpa adorable la sangat. Abg i a ...

bela anjing soal samak xde masalah, yg x boleh bela dlm rumah...
kalau kat malaysia pula lain,jatuh haram bela diperkarangan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 08:57 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 26-1-2022 02:15 AM
Wahh beso nya anjing jirann ko mcm size manusia mmg menakutkannn sis daniii klu aku dah kena sakit ...

kalau ko duk kg,ada tanah ladang,boleh la bela anjing,xde masalah pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 02:42 PM | Show all posts
Orenn1 replied at 26-1-2022 02:15 AM
Wahh beso nya anjing jirann ko mcm size manusia mmg menakutkannn sis daniii klu aku dah kena sakit ...

memang pun seram tengok saiz anjing2 dia masa mula2 tengok dulu. cuma tak pernah dengar dia org menyalak lg. suara beruang kot, atau entah2 suara cenonet jah tuannya bangsa cina lokal, tak tahulah cemana dia dpt bela anjing gergasi mcm tuh hahaha


wah comelnya anjing anak ko sis. nampak mcm breed cerdik dan mahal jah... ai bayangkan masa dia baby mesti ala2 bebulu kapas gitu kan


ai masa kecik, family esp apak ai suka bela anjing... jenis german shephard ada, border collie ada, yg kampung.com ada nak kata berani sgt tu takdalah, sis oren... sbb ai pernah kena gigit anjing zaman sekolah dulu - mujurlah tak kena rabies so kalau anjing stranger atau jalanan ai ada rasa gerun sket.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052259 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list