CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2928|Reply: 35

[Tempatan] Rakyat tak boleh selamanya diawasi MySejahtera, kata Tok Mat

[Copy link]
Post time 29-3-2022 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata tidak boleh untuk rakyat negara ini terus dibebani dengan mekanisme pengawasan secara langung seperti yang dilakukan aplikasi MySejahtera.

Pada asasnya kata Mohamad aplikasi itu dibangunkan untuk mengekang dan mengawasi penularan wabak Covid-19 dan ternyata ia sangat membantu.

"Namun laporan pelantikan entiti persendirian, MySJ Sdn Bhd (MySJ), sebagai syarikat yang akan menguruskan applikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya adalah sesuatu yang membimbangkan," katanya.

Menurut Mohamad Malaysia akan memasuki fasa endemic mulai 1 April ini dan kerajaan wajar memutuskan rasional penerusan amalan pendaftaran melalui MySejahtera serta kemestian pengaktifan MySJTrace.

"Rakyat Malaysia tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme surveillance yang secara langsung menceroboh privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka.

"Tentukanlah tempoh masa sebelum semua ini boleh kita hentikan demi normalisasi kehidupan rakyat Malaysia seperti sebelum pandemik (berlaku), katanya lagi.

Komen Mohamad itu dibuat ketika perbincangan di antara Putrajaya dan MySJ mengenai kemungkinan kedua-duanya memeterai perjanjian bagi memastikan aplikasi tersebut terus berfungsu.

Libatkan data peribadi

Aplikasi itu asalnya dibangunkan oleh KPISoft Malaysia Sdn Bhd (kini dikenali sebagai Entomo Malaysia) pada 2020 dan digunakan terutamanya sebagai sistem pengesanan kontak kepada pesakit Covid-19.

Ia kemudian berkembang menjadi aplikasi pelbagai kemudahan berkaitan wabak tersebut.

Suatu pertikaian komersial yang dimulakan oleh P2 Asset Management Sdn Bhd mendedahkan bahawa Entomo Malaysia menubuhkan MySJ sebagai wadah yang akan mengkomersialkan aplikasi MySejahtera.

Tambah Mohamad walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah memberikan penjelasan mengenai langkah tersebut, masih ada beberapa kekeliruan yang wajar dijelaskan.

Misalnya kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, tentang pelantikan MySJ melalui mekanisme rundingan terus, bukannya secara tender terbuka.

Katanya rakyat berhak mengetahui rasional dan motif serta kemampuan entiti yang terlibat.

"Apatah lagi kerana keputusan sebegini melibatkan pengurusan data peribadi dan maklumat kesihatan, pergerakan dan trend kehidupan puluhan juta rakyat Malaysia," katanya.



Single Polls, Total 50 Users voted

Poll is finished

72.00% (36)
8.00% (4)
20.00% (10)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat dr telegram...

Akhirnya Khairy Jamaluddin mengakui juga kewujudan Syarikat MySJ Sdn. Bhd.

Cuma kali ini Khairy Jamaluddin guna ayat "Pengambilalihan Secara Pemberian Lesen." Sudah tidak gunakan perkataan "Penjualan" sepertimana pengumuman dalam Mesyuarat Kabinet.

Itupun selepas didesak bertubi-tubi oleh Golongan Cerdik Pandai Negara.

Banyak juga untung tu.
RM338.6 Juta tolak kos yang di-caj KPIsoft Sdn. Bhd. kepada Kerajaan RM72 Juta masih berbaki RM 266.6 Juta yang Syarikat MySJ Sdn. Bhd. dapat untung atas lesen pengambilalihan Apps MySejahtera TANPA melalui Tender Terbuka.

Mudah sangat MySJ Sdn. Bhd. dapat lesen AmbilAlih Apps MySejahtera. Senyap-senyap pula tu. Tau.. Tau.. Sudah Umum dalam Mesyuarat Kabinet. Bila masa mesyuarat pun tak tahulah.

Bincang di Kedai Mamak barangkali.

Kita yang lepak Starbucks pun tak bincang Duit Rakyat Ratus Juta dengan kawan-kawan.

Selepas ini Tengku Zafrul Menteri Kewangan susah dah nak sebut "Kerajaan tiada duit jika mahu hentikan bantuan kepada rakyat."

Bantuan beri lesen kepada Syarikat Sendirian Berhad untuk claim duit Kerajaan Ratus Juta Ringgit Kerajaan ada banyak pula duit. Takkan Tengku Zafrul nak ulang modal Najib dan Lim Guan Eng - Kerajaan Tiada Duit.

Ratus Juta RM masuk ke akaun sebuah syarikat yang tidak-pernah didengari nama sebelum ini.

Bantuan untuk rakyat siap ada geng Tengku Zafrul kirakan masa tua anda nanti anda miskin sedangkan anda belum dapat pun Wang KWSP RM10 ribu itu lagi.

Jangan Lupa Rakyat Marhain juga punya Hak Untuk Tidak Membenarkan Data Peribadi mereka dijual kepada Pihak Ketiga.

Jangan Lupa Rakyat Marhain juga punya Hak untuk un-install Apps MySejahtera.

Apps MySejahtera bakal menjadi milik Syarikat Swasta. Bersedialah Data Peribadi kita dijual kepada Pihak Ke-Empat, Ke-Lima dan Ke-Enam.

MySJ Sdn. Bhd. share laa keuntungan RM266.6 Juta yang bakal claim kepada Kerajaan itu.

Bahagikan keuntungan pengambilalihan itu kepada 20 Juta pengguna MySejahtera maka setiap dari kita yang data ada di dalam Apps MySejahtera itu boleh dapat RM 246,600.00 ribu setiap seorang.

Bolehlah anda pergi bercuti sebulan ke Eropah.
Bermalam di Iceland atau beli rumah, beli tanah untuk bekalan Hari Tua anda. Anda nak kahwin empat pun boleh. Itupun kalau ada perempuan nak bermadu dengan isteri anda sebab perempuan itupun dapat RM246.,600.00 ribu.

Saya cuma nak tahu siapakah Pemilik MySJ Sdn. Bhd.?

Hebat ka orangnya?

Jangan TIADA kelulusan Teknologi sudahlah sampaikan definisi Apps pun tidak tahu.

Saya menulis kerana Degree saya Sains Teknologi dan Pendidikan (Pengajian Islam). Saya belajar dan WAJIB LULUS banyak Subjek Teknologi untuk mendapatkan Degree itu. Boleh tengok subjek-subjek Degree saya. Kebanyakan subjek saya dapat 4.00.

Kemudian saya dihantar Kerajaan berkursus Pembinaan Aplikasi Appsgen. Jadi saya menulis kerana saya tahu Khairy Jamaluddin sedang pusing sana sini.

So Khairy Jamaluddin.. next time jawab soalan  dengan jujur. Jangan pusing sana sini. Lagi anda pusing, lagi rakyat marhain marah.

Saya tak marah laa. Bukan duit saya, buat apa saya marah. Duit Kerajaan + Duit Rakyat kannn.

Saya cuma nak tahu siapakah Pemilik MySJ Sdn. Bhd.?

Adakah Pemilik Syarikat MySJ Sdn. Bhd. benar-benar layak memperolehi lesen pengambilalihan MySejahtera?

Kalau berani keluarlah. Umumkan siapa anda.

Kayra, Putrajaya.

#khairyjamaluddin
#TakDengki
#CumaNakTahuSiapaOwnerMySJ

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Telemarketer tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:55 PM | Show all posts
iols xde masalah dgan SOP kena scan MySJ... iols ada masalah dgan SOP kena amek temperature jah... tp dh dimansuhkan, iols happy.. cuma iols x pernah dgar lg org kena panggil utk buat swab sbb kontak rapat dek check-in dari MySJ mutakhir ini....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Start dah Tok Mat jadi populis
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik la tok mat msh waras

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de keperluan dah scan mysejahtera ni. Since contact rapat dah tak perlu kuarantin.

I bosan dah nk kena check in nk masuk mana2. Endemik no more contact tracing kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak kisah sangat scan mysejahtera ni sbb bukan figura penting pon utk diawasi gerak geri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 07:36 PM | Show all posts
dlm tempoh 2thn kita dah bole hidup dgn covid19, tingat masa mula2 pandemik dulu... nak mengeseks pun kena pakai mask
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-3-2022 07:36 PM
dlm tempoh 2thn kita dah bole hidup dgn covid19, tingat masa mula2 pandemik dulu... nak mengeseks pu ...

Dolu-dolu lagi dahsyat sis, siap pakai paper bag

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-3-2022 07:52 PM
Dolu-dolu lagi dahsyat sis, siap pakai paper bag

Ni scene sitkom my name is earl tu ke? Iols suka layan cite tu dulu2

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 29-3-2022 08:14 PM
Ni scene sitkom my name is earl tu ke? Iols suka layan cite tu dulu2

Scary movie 2.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 29-3-2022 08:42 PM
Suchi replied at 29-3-2022 08:14 PM
Ni scene sitkom my name is earl tu ke? Iols suka layan cite tu dulu2


Scary movie 2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskan je la mysj 300j tu...at least pak guard blh check history korang, karang dia melantak tido kt pintu bank korang jg marah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Misalnya kata bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, tentang pelantikan MySJ melalui mekanisme rundingan terus, bukannya secara tender terbuka.

Wahh..rundingan terus eh...

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk jgk hint2 yg tok mat bg tu...klu msh tak fhm jgk x tau la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena international hacker buat kerojer.. buat taik habis semua data rakyat kena clone. Ni bukan nk kawal wabak dah ni. Ni cam nak kipas WHO… pretendemic!

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:36 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-3-2022 07:52 PM
Dolu-dolu lagi dahsyat sis, siap pakai paper bag

hahaha btw tingat satu scene... Brenda dipaksa pakai helmet dan body armour american football masa beromen oleh bf dia yg dlm lemari tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 29-3-2022 10:36 PM
hahaha btw tingat satu scene... Brenda dipaksa pakai helmet dan body armour american football masa ...

Brenda memang kelakar

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dgn tok mat. Sampai bila kita nak guna mysejahtera ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 12:18 AM | Show all posts
pkai mikrochip la chief
apa barang app
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074251 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list