CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1831|Reply: 21

[Dunia] UFO kejar kapal perang AS, dakwa anak-anak kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 5-4-2022 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-4-2022 01:29 PM

UFO kejar kapal perang AS

https://www.kosmo.com.my/2022/04/05/ufo-kejar-kapal-perang-as/

Oleh KOSMO!
5 April 2022, 9:00 pm


SERANGAN senjata anti dron dari atas kapal perang USS Kearsage itu tidak berfungsi pada objek-objek berkenaan. - Getty Images/Stocktrek Images

WASHINGTON – Anak-anak kapal di atas kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Kearsage mendakwa bahawa mereka dikejar oleh dua bola cahaya sebesar kereta yang tidak terjejas oleh serangan senjata antidron, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut mereka, pertembungan dengan bola cahaya yang dianggap sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO) itu berlaku ketika USS Kearsage sedang menyertai latihan perang di luar pantai timur AS.

Pembuat filem dokumentari, Dave C. Beaty buat pertama kalinya mendedahkan penampakan yang membimbangkan pada Oktober 2021 itu.

Bola cahaya itu dikatakan berada pada jarak hampir 61 meter di atas permukaan laut dan sekitar 804.7 meter di belakang kapal perang itu.

Dua bola cahaya itu mula dikesan oleh kru kapal tetapi mereka gagal ‘mengunci’ sasaran untuk melepaskan tembakan menggunakan senjata anti dron.

Serangan senjata anti dron yang dilancarkan terhadap dua bola cahaya itu juga tidak berhasil.
Objek misteri itu didakwa melakukan gerakan layangan pantas ketika mengekori di belakang kapal berkenaan.

Seorang kru kapal memberi arahan menerusi radio bahawa objek misteri itu ‘bukan milik tentera AS’.

Dalam situasi lain, seorang pemerhati UFO telah memaklumkan detik luar biasa apabila dia mendakwa berhadapan dengan makhluk asing yang mencekik lehernya. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tanyela presiden US sendirik... Die mesti tau ape bende tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidu gam?

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:57 PM | Show all posts
teori koperasi

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Agenda freedelivery tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mat saleh pon pandai ilmu penanggal
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:22 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
..petanda pandemik dihujung nyawa.. digantikan  dgn berita ufo. Ntah jap² lagi Elon Musk join sekali nampak elien pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:00 AM | Show all posts
suka sangat ufo ni gi amarika
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:06 PM | Show all posts
Battleship le tewwww..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiiiii nak tiru pilem Battleship ke lawan alien

Ekau jangannnn
Macik nanges k masa abam dia matik
Tapi naseb hero ensem
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:14 PM | Show all posts
Ia ler tu tah2 geng sendiri juga
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:51 PM | Show all posts
kapal perang teknologi cangguh, takknla takde kamera rakam bagai
bukan ko naik kete kancil lejen pun pi bertempur
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:05 PM | Show all posts
UFO tak nak pg bazar ramadhan kah???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
razzmat replied at 6-4-2022 10:00 AM
suka sangat ufo ni gi amarika

Msia dh ramai PATI 'friska'...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 5-4-2022 11:06 PM
mat saleh pon pandai ilmu penanggal

penaggal kalau kena tembak. dia akan jatuh dan sakit
pernah saya nampak penanaggal terbabas langgar pokok kelapa..
kitorang kepung dia..dia tak dpt lari..lantas masuk menyorok dlm pokok pisang
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 02:22 PM | Show all posts
Polong ler tu... bebola api terbang yang tak dapat dikesan... international hantu Malaysia sekarang ekk nak takutkan umah pertiwi, umah pertiwi dah tak heran dia gi serang AS punya kapal...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah kita sebagai warga Melayu malysia meresa bangga kerana UFO halimunan itu ternyata milik/warisan dan hasil karya ciptaan nenek moyang kita dari era tamaddun sungai batu 2800 tahun lalu...

Amat disayangkan jika kemudian mereka hijrah dari bumi tanah Melayu ke planet malaynexia (+/- 5 tahun cahaya jauhnya dari bumi)....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:15 PM | Show all posts
''objek misteri itu adalah senjata rahsia dari  Russia / Tehran,  north korea, beijing  atau pakistan '' agen CIA,

ayuh kita kenakan sekatan kepada Russia, NK , beijing, pakistan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056587 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list