CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1783|Reply: 20

[Tempatan] Pemilik anjing dakwa anjingnya ditarik ketika Perodua Myvinya bergerak sebab anjing kotor, berkutu. Tak sesuai masuk dlm kereta

[Copy link]
Post time 11-4-2022 12:09 AM | Show all posts |Read mode
Video tular tarik anjing: Polis rakam kenyataan pemilik
Bernama
April 10, 2022 23:10 MYT


Polis merakam kenyataan seorang wanita warga emas dan anak lelakinya berhubung satu video tular memaparkan tindakan penumpang Perodua Myvi menarik seekor anjing ketika kenderaan tersebut sedang bergerak. - Foto Sinar Harian/media sosial

JOHOR BAHRU: Polis hari ini merakam kenyataan seorang wanita warga emas dan anak lelakinya berhubung satu video tular memaparkan tindakan penumpang Perodua Myvi menarik seekor anjing ketika kenderaan tersebut sedang bergerak.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan perumahan Taman Sri Skudai di sini, kira-kira pukul 2 petang, Jumaat lepas.

"Hasil soal siasat mendapati anjing berkenaan adalah haiwan peliharaan mereka yang masing-masing berumur 61 dan 34 tahun. Anjing itu telah hilang dan dijumpai semula di kawasan perumahan mereka dalam keadaan kotor dan berkutu.
  
"Anaknya beranggapan tidak sesuai anjing itu dibawa masuk ke dalam kenderaan. Maka, ibunya menggunakan tali penarik anjing dan menarik anjing itu dari tingkap penumpang, manakala anaknya memandu secara perlahan memandangkan anjing itu dijumpai di kawasan berhampiran rumah mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan atau Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953.
Katanya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Semalam, tular satu video berdurasi sembilan saat di laman Twitter memaparkan penumpang Myvi berwarna putih menarik seekor anjing menggunakan tali ketika kenderaan itu sedang bergerak.
-- BERNAMA

sumber: astroawani.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2022 12:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu je ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ohh gitu.
baru nk hencap...ok la jmpa balikkk..ckp psl anjing ok tak eh ngn kucing..anjing borneo ok ier ngn kuc:ng..blh jd bff lg..anjing slgr i xsure pulakk
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sayang betul kat anjing sanggup gi cari anjing dia yg hilang tauuu sampai tersiat tapat kaki anjing tu kena seret. dah dihantar ke vet anjingnya. tapi RESCUER la yg bawa bukan owner penyayanggggg nih

https://www.facebook.com/100002381190271/posts/5187172098038779/
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu lah, orang nak ber-anjing kau pun sibuk nak ber-anjing. Tak pasal2 kena siasat pulis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2022 07:26 AM | Show all posts
dalam kawasan perumahan yang sama kan, ko jogging la sekali. itu pun nak kena ajar.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa taman tu besar sgt berpuluh km persegi ke?pnah pi taman tu..jln kaki je .xdeka bsr mana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 11-4-2022 06:40 AM
sayang betul kat anjing sanggup gi cari anjing dia yg hilang tauuu sampai tersiat tapat kaki anjing  ...

Tgk vid tu pun dah tau owner dia mental..tgh abuse anjing. Mana ada pencinta haiwan buat lagu ni.. Setakat bdn haiwan tu kotor, x heran aihh. Baju boleh basuh, bdn boleh mandi, kete boleh cuci.. Hati hitam btol owner ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:11 AM | Show all posts
Cipta alasan ke apa? Boleh aja kan jalan dengan anjing tu.

Tak kasihan ke tengok macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:13 AM | Show all posts
Huh, nampak sangat menipu. Kalau dah sayang anjing tu,pastu ni anjing kononnya hilang dijumpai semula kan..  busuk macam mana, kotor macam mana pun akan masuk dlm kereta jugak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:16 AM | Show all posts
walaupun aku xsuka anjing sbb fobia kena gigit...tp aku pun xsggup nk buat anjing mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap anjing ni gigit tuannya satu hati nnt
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:25 AM | Show all posts
Yg buat ni mesti org Melayu Islam, takut tersentuh dgn anjing tu kan?.... Eh!!, bukan eh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sikit nye masuk benang ni.kalau melayu yang seret mesti ramai masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 09:46 AM | Show all posts
semoga dua ekor jahanam ni mati terseret macam mana dia aniaya anjing tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 10:47 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 11-4-2022 06:40 AM
sayang betul kat anjing sanggup gi cari anjing dia yg hilang tauuu sampai tersiat tapat kaki anjing  ...
Update: Ni anjing dia. Dia buat mcmni sbb dia kata anjing ni buat masalah ???? And skrg ibu jari kaki depan sebelah kiri anjing ni dh putus.
lahanat sangat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah anjing lari rumah x mau balik walau hidung boleh bau rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila mental.. sian anjing tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:03 AM | Show all posts
Aiyo, even my car me siap beli lapik besar berspan untuk Maurice my dog senang lenang dalam keta....

So kalau berjalan, dia lari dalam sungai ke lopak, siap berlumut tutup mata aje sebab memang seat dia..

Tapi baik juga sebab cari juga..

Kalau tak suka, baik dibiarkan jadi homeless dog aje.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047670 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list