View: 3335|Reply: 41
|
Dua Anak Maut Sekaligus, Hanya Tinggal Bantal Busuk Dan Lampin- "Isteri Panggil Mia, Muhammad Dalam Tidur"
[Copy link]
|
|
Tronoh: Hakikat kehilangan dua anak kesayangan terlalu berat untuk dilalui wanita ini apatah lagi anak bongsunya masih menyusu badan.
Mimi Doleng, 28, mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.
Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota, semalam.
Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.
Foto: Harian Metro
Mimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.
"Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.
"Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit... rasa sebak berada di situ teringatkan mereka," katanya.
Mimi ditemui di rumah mentuanya di Taman Tasek Putra, Tronoh pada lawatan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah yang diketuai Timbalan Ketua Polisnya, Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail.
Lawatan itu sebagai tanda sokongan polis kepada keluarga mangsa dan mereka turut mengadakan tahlil ringkas buat arwah Muhammad Fahmi dan Nur Fahmia.
Menurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.
"Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah," katanya mengalami bengkak susu sejak semalam.
Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.
"Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.
"Isteri juga masih bersedih dan beberapa kali memanggil nama Mia... Muhammad dalam tidurnya.
"Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada," katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.
Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
peritnya dugaan dkt2 nk raya ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa letak bawang di sini woi... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak boleh bayangkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Meninggal sorang anak pn boleh jadi gila apatah lagi 2 org sekaligus..aku doakn Allah memberi ketabahan pd pasangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh jadi murung...hope dorg tabah... |
|
|
|
|
|
|
|
Terngiang-ngiang suara, mmg sesak dada Allah.. semoga kuat semangat kalian |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu..semoga Allah gantikan rahmat lain utk mereka..life is so fragile..ank2 hanyalah pinjaman..harap ada pihak2 berwajib yg akn bantu beri sokongan, semangat dan khidmat kaunseling kpd mereka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah....Akak pun sedih baca berita ni kemarin tapi tak terkomen di threadnya saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Huwaaa kuatnya boleh ckp dgn wartawan etc. Kalau iols mmg kurung diri dlm bilik menangis meratap. Sedih sgt2 |
|
|
|
|
|
|
|
semoga suami isteri ni tabah. dua skaligus pergi. yg kecik tu lg la masih menyusu. kuat depa p jejak tmpt tu, kalau iols dgr pun nama tmpt pun lembek |
|
|
|
|
|
|
|
Terngiang2 suara jerit tu mmg perit kalau ingat.. kesian parents ni.. mesti trauma sepanjang hayat. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengalir jugak air mata...Moga Allah bagi kekuatan buat kedua ibu bapa dan keluarga... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bedahmenjuyah at 23-4-2022 05:57 AM
Allahu sedih baca. Kehilangan anak sgt perit. Moga Allah merahmati pasangan ini atas kesabaran dlm menghadapi dugaan yg berat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahla nak raya lagi berapa hari je
|
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi waiina ilaihi rojiun |
|
|
|
|
|
|
|
So tragic
|
|
|
|
|
|
|
| |
|