View: 2815|Reply: 27
|
[Tempatan]
Berniaga macam ni? Lauk bazar Ramadan dihurungi lalat, telur pun masih bertaikkkk!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 23-4-2022 07:27 PM
Lauk dibiarkan tanpa penutup hingga dihurung lalat selain guna telur ayam yang mempunyai kesan tahi ayam.
Itu antara kesalahan yang dikenal pasti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ketika melakukan Ops Bazar di bazar Ramadan Sungai Dua di sini, hari ini.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Inspektor Kesihatan Mohd Wazir Khalid berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan mengejut itu susulan Menteri Kesihatan meminta pemantauan kerap dilakukan di bazar Ramadan bagi mengelakkan kejadian di bazar Putrajaya berulang di lokasi lain.
Jelas beliau, hasil pemantauan pihaknya mendapati tahap kebersihan yang dipraktikkan pengendali makanan di bazar tersebut berada dalam tahap memuaskan.
Kata beliau, lebih membimbangkan apabila pihaknya mendapati ada peniaga meninggalkan makanan jualan tanpa penutup hingga dihurung lalat.
“Ini adalah kesalahan yang serius kerana sikap itu boleh menyumbang kepada keracunan makanan yang disebabkan oleh lalat.
“Dalam operasi itu, kita juga dapati lebih 30 pengendali makanan di bazar tersebut tidak mengambil suntikan tifoid dengan alasan berniaga dalam tempoh sebulan sahaja.
“Selain itu, peniaga dilihat memandang remeh isu pemakaian perlindungan diri (PPE) seperti topi serta apron sedangkan itu adalah perkara asas bagi individu yang mahu mengendalikan perniagaan makanan,” katanya kepada pemberita sebaik selesai operasi.
Tambah Mohd Wazir, pihaknya mengeluarkan 25 notis atas pelbagai kesalahan terhadap pemilik, pengendali makanan di bazar tersebut yang berjumlah RM12,000.
“Suka saya ingatkan kepada peniaga untuk menjaga tahap kebersihan bagi mengelakkan insiden keracunan makanan berlaku kerana ia merupaka satu kesalahan serius,” kata beliau. – MalaysiaGazette
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku pegi bazar tengok lalat bersepah xjadi nak beli.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting halal walaupun tak toyyiban. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai aje peniaga yg tak pakai apron tak tutup rambut. Mmg pangkah |
|
|
|
|
|
|
|
patut..tajuknya...Apa dah jadi ngn isle peniaga...yg berniaga di bulan Ramadhan yang MULIA ini..............??? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap nnt tetap wajibkan face mask utk peniaga makanan. |
|
|
|
|
|
|
|
tu pun ada menyalak kata pihak berkuasa nk tutup rezeki peniaga
bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Nnt org kata melayu dengki pulakk
Xboleh ke bgtau owner dlu ke bla bla bla bla…. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg celaka amar niaga biau lalat bertelur
melayu xbuat mcm tu aih |
|
|
|
|
|
|
|
kebodohan melayu islam yg tak pernah habis |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga cina jual babi haram tersenyum sinis dek! |
|
|
|
|
|
|
|
Chef Palestina tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Hari biasa pun..kedai nasi berlauk ..penuh lalat hurung lauk pun selamba jah ummah pi kaut..yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat elakkan dari ke bazaar ramadhan, elakkan lah..
tapi jika nak juga beli juadah berbuka, beli di restaurant yang
mmg orang berniaga biasa punya --- better cuz mereka mmg
dah biasa masak dan mmg kerja mereka tu
yang masak masa ramadhan tu; generally nak keuntungan
bulan ramadhan aje -
bukan specifically nak masak sedap bersih semua tu --
different concept --
|
|
|
|
|
|
|
|
dexa replied at 23-4-2022 06:55 PM
kalau dapat elakkan dari ke bazaar ramadhan, elakkan lah..
tapi jika nak juga beli juadah berbuka, ...
Ye kalau restoran dah tentu ada sijil penyediaan mknan lesen majlis lesen bomba pekerja di cucuk bagai. Yg bersepah jual bermusim ni mmg aku tak selera. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini lah akibatnya apabila tiada sijil halal! |
|
|
|
|
|
|
|
the feeling is mutual -
saya tak masuk bazaar dah lebih 10years - didn't matter where...
kat SA ni -- kat stadium tu --mmg besar la kot -- tapi tak pernah
pun nak pergi - tak ada keperluan la apa tah lagi dgn situasi sekarang ni
not to mention -- once a month peniaga muncul utk kaut untung dan
akan jual makanan yang tak berapa nak sedap dan harga yang tak
berpatutan langsung -- harga kambeng! -
|
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Tu mesti kena sihir telur dan lalat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|