CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15336|Reply: 288

[Tempatan] Banyak negara raya Isnin, tapi Malaysia mungkin Selasa - mufti Perlis

[Copy link]
Post time 29-4-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by kakikuDibibirmu at 29-4-2022 09:34 PM

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negara ini mungkin jatuh pada Selasa depan, berbeza dengan kebanyakan negara Islam lain yang menyambutnya sehari lebih awal, kata mufti Perlis.

Mohd Asri Zainul Abidin berkata ia mungkin demikian kerana Malaysia menggunakan kriteria baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (Mabims).

“Jika mengikut kriteria kebolehnampakan anak bulan yg digunakan sebelum ini, kemungkinan besar Isnin hari raya. Demikianlah kebanyakan negara Umat Islam.

“Jika pakai kriteria baru Jakim / Mabims, mungkin tak nampak. Maka, kita mungkin raya Selasa,” katanya di Twitter hari ini tanpa butiran lanjut.

Berpandukan kriteria baru Mabims, hilal ditentukan mengikut altitud 3 darjah dan longitud 6.4 darjah.

Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih. Tarikh Aidilfitri akan diumumkan selepas itu.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 22 April memaklumkan bahawa Majlis Raja-raja bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Asri ketika dihubungi Malaysiakini berkata dia tidak mempertikaikan kaedah Jakim.

“Saya tidak pertikai. Saya menjawab soalan tentang kenapa ada perbezaan dalam perhitungan.

“Perlis kita ikut keputusan bersama dalam menentukan hari raya,” katanya.

Berkaitan perbezaan kaedah lama dan baru, ia hanya melibatkan perkara teknikal.

"Tiada siapa boleh menyatakan kaedah lama atau baru yang lebih patut dipakai melainkan setelah dinilai oleh pakar falak.

"Perbezaan dari sudut kriteria darjah. Dari sudut ketinggian, jarak lengkung dan ketinggian," katanya.

Bagaiamanapun, Asri berkata rakyat di negara ini hendaklah memakai apa yang diputuskan di Malaysia.

"Pun begitu, para pakar mempunyai ruang menuntut kerajaan menyemak hal itu pada masa depan," tambahnya.

‘Perlis, Langkawi penuhi kriteria baru’

Sementara itu, di Indonesia, Pusat Sains Antariksa Badan Riset dan Inovasi Nasional (Brin) dilaporkan berkata keadaan hilal di Indonesia memenuhi kriteria ditetapkan Mabims kerana berada pada sudut 3.75 darjah (di Merauke) hingga 5.55 darjah (Sabang).

"Sekiranya hilal dapat dilihat di Kota Sabang, Banda Aceh, dan Jantho, ia bermakna Indonesia akan menyambut 1 Syawal pada 2 Mei ini.

"Namun, ia mungkin tidak sama dengan negara jiran seperti Malaysia, Brunei dan Singapura yang bakal menyambut 1 Syawal pada 3 Mei nanti," kata peneliti Brin Andi Pangerang.

Katanya, antara ketiga-tiga negara Mabimbs, hanya Malaysia berpotensi menyambut lebaran pada hari sama dengan Indonesia kerana Langkawi dan Perlis memenuhi kriteria baru itu.

Indonesia akan turut melihat anak bulan Syawal pada 1 Mei.

Sumber :  https://m.malaysiakini.com/news/619728



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Isnin Emsia raya, aku akan main bunga api dengan punggung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah bukti keabsahan tolol amri!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mcm teori konspirashit dan aluminium plak.padahal raye je pon aihh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape bede yang byak bunyi sgt..raye je la selasa....aku tak beli baju lagi nih....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 29-4-2022 10:29 PM
Ape bede yang byak bunyi sgt..raye je la selasa....aku tak beli baju lagi nih....

Mestilah berbunyi, kalu 1 Syawal jatuh hari Isnin, haram untuk berpuasa hari Isnin mesti sambut hari raya hari Isnin

Yang paling pelik tu negara Barat raya dahulu sebelum Malaysia, padahal Malaysia mula masuk hari baharu dahulu sebelum negara-negara Barat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 10:43 PM
Mestilah berbunyi, kalu 1 Syawal jatuh hari Isnin, haram untuk berpuasa hari Isnin mesti sambut ha ...

rasa ilmiah islamik plak komen kakakaki kalini
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengusaha kedai Aceh di Msia tersenyum sinis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 10:43 PM
Mestilah berbunyi, kalu 1 Syawal jatuh hari Isnin, haram untuk berpuasa hari Isnin mesti sambut ha ...

Sis raya ikut negara ni 1 syawal nti?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 10:43 PM
Mestilah berbunyi, kalu 1 Syawal jatuh hari Isnin, haram untuk berpuasa hari Isnin mesti sambut ha ...

Exactly my thought kaka.. aku ni bkn la ahlil falak wal jamaah tp ikut lojik kita mesia jam berputar lg cepat ke depan.. faster than negara2 arab even tp awat depa raya dulu? Mcm mana depa leh posa dulu padahal diorang 4-5 jam kt blakang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 10:43 PM
Mestilah berbunyi, kalu 1 Syawal jatuh hari Isnin, haram untuk berpuasa hari Isnin mesti sambut ha ...

Bende yang simple kita jgn kasi susah....serah je pada yg lagi pakar...kalau dah alim ulama kata raya selasa tak payah la kita sibuk ikot negara org.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ashilalat at 29-4-2022 11:06 PM

Sori lah..aku dari dlu musykil dan pelik dgn kalender hijrah islam ni. Pasal puasa dgn raya ni bergantung pada anak bulan, menyebabkan tarikh tu lari.

So aku nak tanya, mmg sepanjang masa tarikh kalender islam ni lain2 ke utk setiap negara? Ye lah..kalau dah 1 ramadhan/syawal x sama, camne hari² seterusnya?

Aku bukan la nak kata kalender islam ni x bagus, tp mmg x boleh dijadikan rujukan yg selaras utk satu dunia. Kalender kapir masihi gak yg selaras satu dunia.

Bayangkan nak book teket flight kalo satu donya guna kalender islam yg berbeza² ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
fefeeling replied at 29-4-2022 10:59 PM
Exactly my thought kaka.. aku ni bkn la ahlil falak wal jamaah tp ikut lojik kita mesia jam berput ...

Mak bulan melayu agak malu nk bersalin secara terangan...jadinya lps dimandikn dulu anak bulan tu baru leh tayang
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2022 11:11 PM | Show all posts
ok 2 mei bleh bangun pegi sarapan mcm biasa.. masuk 3 mei baru sambut 1 syawal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 29-4-2022 11:24 PM
ashilalat replied at 29-4-2022 11:04 PM
Sori lah..aku dari dlu musykil dan pelik dgn kalender hijrah islam ni. Pasal puasa dgn raya ni berga ...


Memang world conference Islam OIC akan guna kalendar Masihi, seragam satu dunia, guna kalendar hijri ereb fadang fasir kalu, ada yang terlambat satu hari, ada yang tercepat satu hari, ada yang bulannya tak beranak-beranak sebab telan Pil Yasmin, ada yang anak bulannya pra-matang, ada yang tolol amri nya batu besar punya dalam kepala ada duduk tentukan tarikh masuk bulan baharu tak sama dengan negara-negara Islam yang lain

Yang kelakarnya, semasa raya Haji wajib ikut Arab Saudi sebab tarikh puasa sunat Hari Arafah mesti ikut kalendar dekat bumi padang Arafah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-4-2022 11:18 PM
Memang world conference Islam OIC akan guna kalendar Masihi, seragam satu dunia, guna kalendar hij ...

Wow yislamik ilmiahnya sis kaki kali ni. Hahaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2022 12:20 AM | Show all posts
fefeeling replied at 29-4-2022 10:59 PM
Exactly my thought kaka.. aku ni bkn la ahlil falak wal jamaah tp ikut lojik kita mesia jam berput ...

I think sebab bumi dgn bulan orbit dia condong sikit, so bila lalu kat negara kita tak nampak lagi, tapi sampai putaran negara arab dah muncul anak bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 30-4-2022 12:20 AM
I think sebab bumi dgn bulan orbit dia condong sikit, so bila lalu kat negara kita tak nampak lagi ...

Betoiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah kata move international dateline tu kasi lalu mekah so arab saudi yang mula2 start hari baru kita2 ni di 'belakang' arab saudi. Bumi kan bulat siapa depan siapa belakang is only relatif.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
dh raya ke...alah xbeli lg baju raya..esok i nk g cari kt apa yg ada kt moscow
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.092588 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list