https://m.facebook.com/story.php?story_fbid...6&id=1076177366
Sistem RFID membolehkan pengguna lebuh raya untuk menikmati perjalanan lebih lancar tanpa perlu berhenti di lorong RFID dengan kelajuan 30 km/j serta membolehkan pengguna melaksanakan transaksi tol tanpa sentuh sekali gus membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch 'n Go eWallet tanpa perlu lagi mengunjungi kaunter tambah nilai, menurut kenyataan itu.
Namun pengguna jalan raya di Malaysia masih berang dengan sistem ini kerana pelaksanaan tergesa gesa dan pelekat RFID yang tidak efektif dan tidak konsisten
Melalui facebook dapat pemandu Myvi berhenti dilorong RFID.Pemandu terbabit mengundurkan kereta ke belakang ke depan beberapa kali supaya kedudukan pelekat kereta dapat dikesan palang tol.Berang beberapa kali gagal,pemandu myvi melanggar palang tol hingga terkulai layu di tasik madu
Dengan pengguna jalanraya yang akan pulang ke kampung berhari raya,adalah sesuatu yang azab bila kereta tidak lepas di palang tol disebabkan sistem yang tak efisien ditambah jem berjam jam di lebuhraya
Sumber Fb Adrian Tan
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 30-4-2022 01:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dia mcm ni sbnrnya kot. Benda alah pelekat tu kena letak kat tempat yg boleh detect. Setiap kereta mungkin lengkung cermin ke, tinted ke berbeza.
Masa lekat, kita rasa ok dah. Sbb tgk kereta lain ok. Kita lalu x boleh plak. Nak cabut, x leh cabut dah. Krna beli baru.
So cadangan aku, pakai stick utk tampal pelekat tu. Stick tu leh cabut² tgk kesesuaian kat mana dia detect. Dah dapat tau kat mana ok, baru la kekalkan stick tu.
Post time 30-4-2022 01:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku dulu pun agak skeptikal gak ngan rfid ni,tapi mcm aku memang pasang rfid kt plaza tol sg 2 tu. Mula2 pasang kt cermin bile test tak lepas so pasang plak kat lampu baru lepas. So far alhamdulillah tak penah la nk kene gostan balik camni. Tp honestly aku rasa performance die sama je mcm pakai smart tag,still jugak kene slow kan kereta nk scan gitu
Post time 30-4-2022 02:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dlm 2018 TNG open registration sebagai RFID Pilot Test User. Masa tu x tau apa bendanya, tp register je lah, dah percuma Technician tu pasang kat lampu kiri, dah dia kata tu tpt yg paling strategik utk detect frequency.
Setelah 5 tahun guna, mmg ada certain x naik palang, ada yg smooth ok je. Cara sama, mmg bawa slow je bila masuk lane RFID. X taulah kalau RFID sticker sekarang dah byk improved, x mcm dulu ke.
Post time 30-4-2022 03:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
batmana replied at 30-4-2022 02:44 PM
sticker rfid ni benda paling tk bijak , sebab kene tampal luar
cmne nk elak dari kene curi?, org sen ...
Orang curi boleh buat apa sis? Bukannya benda tu boleh ditukar hak milik dalam apps e wallet tng bukan sis? Lagi pula dia tak pakai gam hingus 50sen untuk tampal benda alah tu dek.
Post time 30-4-2022 05:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kah kah kah...padan muka suruh pengguna tampal sendiri rfid tag tu. Salah lokasi benda tu tak detect. Sekali dah tampal tak boleh pindahkan sebab benda tu akan rosak. Kena order baru.