CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2627|Reply: 24

[Tempatan] Tular dua kenderaan memandu berbahaya di highway. Rupanya Audi A4 (penarik kereta) nak tarik Toyota Wish (tunggakan berbulan)

[Copy link]
Post time 3-5-2022 11:11 PM | Show all posts |Read mode
Berkejaran, 'mencilok' sebab nak tarik kereta
Ahmad Hasbi


DUA pemandu yang dirakam melakukan aksi berbahaya dan tular di media sosial. FOTO Ihsan Polis

Seremban: Satu rakaman tular memaparkan dua kenderaan beraksi umpama aksi dalam filem apabila berkejaran dan 'mencilok' kenderaan lain di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) antara Kilometer (KM) 269 hingga KM 238 arah selatan, 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, tindakan berani mereka hanya sia-sia apabila kedua-duanya kini ditahan polis selepas tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya mengesan satu rakaman tular pada 8 malam 1 Mei lalu memaparkan kejadian kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

"Siasatan awal mendapati kejadian tular itu berlaku pada hari yang sama anggaran waktu sekitar tengah hari. Ia dirakam pengguna jalan raya lain.

"Kedua-dua kenderaan itu dipandu secara melulu dan berbahaya dengan aksi mengubah haluan secara tiba-tiba (zig-zag) dan memotong di lorong kecemasan," katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan rakaman yang diterima, pihak Risikan Operasi daripada BSPTD Seremban berjaya mengesan kedua-dua pemilik dan pemandu kenderaan yang terbabit dalam rakaman video berdurasi 1 minit 40 saat itu.

"Hasil siasatan mendapati suspek pertama yang memandu Audi A4 seorang lelaki berusia 36 tahun manakala suspek kedua yang memandu Toyota Wish adalah lelaki berusia 34 tahun.

"Suspek pertama hadir menyerah diri 9 malam 2 Mei manakala suspek kedua iaitu pemandu Toyota Wish pula hadir serah diri kira-kira 6.45 petang hari ini.

"Kedua-dua suspek bersama kenderaan ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan.

"Namun pemandu Toyota Wish enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan insiden itu berlaku antara kedua-dua suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Disiarkan pada: Mei 3, 2022 @ 10:52pm

sumber: hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkn F10 : Fast and Curious



Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Wish tu kalut dah tau nak balik kampung tayang keta lari bank

Audi pulak kalut nak cari duit raya lebih
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la akibatnya kalau b40 acah t20..
Kalau mampu axia..buat cara axia..malu apa bosskur.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
X kisahla sebab apa tapi perlu ke berkejaran membahayakan pengguna lain...otak kat lutut.

Satu lagi..dekat nk raya ni la ko sibuk nk tarik kereta org...tunggu lepas raya x boleh ke....kesian pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka wish..ni mesti kalut nk balik raya,nak tayang kat orang kampong, pakai Toyota ya
Dah miskin buat la cara miskin..balik je kampong naik bas express
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2022 02:55 PM | Show all posts
cash utk ummah b40 tak sada diri ... kohhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
she replied at 4-5-2022 01:56 PM
Wish tu kalut dah tau nak balik kampung tayang keta lari bank

Audi pulak kalut nak cari duit raya  ...

Last2 dedua byr duit raya kt pak polisi..

Nasibla viral klu x..selit bawah tong taik je kes gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnoor2 replied at 4-5-2022 01:18 PM
X kisahla sebab apa tapi perlu ke berkejaran membahayakan pengguna lain...otak kat lutut.

Satu lagi ...

Eh tak reti lah akak nak kesian kat MISKIN HINA tak mampu tapi nak jugak pakai wish ni dekkkkk…..

Cc: @annehuda
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 03:31 PM | Show all posts
you wish.....gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo xmampu pakai sewa jela buat tayang kt org kpg time raya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
oh bulan2 tak bayar
beli cash je senang tak payah pening nak bayar bulan2
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-5-2022 03:10 PM
Eh tak reti lah akak nak kesian kat MISKIN HINA tak mampu tapi nak jugak pakai wish ni dekkkkk….. ...

Nak buat loan kan tengok gaji. Kalau dah miskin hina camne plak bank bleh luluskan loan tu? Aku pun malas gak nak kesian dgn M40 T20 harap gaji besar tapi tak reti urus kewangan. Ntah2 org kaya tapi kaki judi pastu bodo asyik kene kikis ngan pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-5-2022 03:10 PM
Eh tak reti lah akak nak kesian kat MISKIN HINA tak mampu tapi nak jugak pakai wish ni dekkkkk….. ...

Huhu....akak rasa kesian kak poohkey......mmg ada ramai t20, m40 yg jatuh....kesan ekonomi kesan pkp..kesan covid ni..

Ni tunggu world war 3 ni ..kalau lah putin giler tu betul2 lakukan...makin ramai yg kehilangan kerja...x caya..tgklah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 4-5-2022 04:10 PM
Nak buat loan kan tengok gaji. Kalau dah miskin hina camne plak bank bleh luluskan loan tu? Aku pu ...

Konsep miskin kita tampaknya berbeda sisthor… kohkohkohkohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 4-5-2022 01:12 PM
Ni la akibatnya kalau b40 acah t20..
Kalau mampu axia..buat cara axia..malu apa bosskur.

anak 6org x celuih axia ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2022 05:31 PM | Show all posts
upah tarik kereta min RM700
tu sebab public holiday pun jalan gak
masyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 4-5-2022 05:31 PM
upah tarik kereta min RM700
tu sebab public holiday pun jalan gak
masyukkk

Kawan akak noor laki dia polis pencen sekarang jd penarik kereta...samseng kauu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Penarik kereta nj x cukup duit ke nk raya...tu yg tarik kereta org....ermmm tunggula lepas raya..x boleh ke


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2022 05:47 PM | Show all posts
kalau tgk byk kawasan car park kereta tersadai
tu satu cara nak sembunyi kereta
penarik kereta pun tak kan la nak masuk semua area car park cari satu persatu

tu sebab
ada car park punya polisi
kalau kereta parking lebih sebulan
siap la kena towing keluar
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048434 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list