CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7136|Reply: 88

Lelaki Kongsi Video Nak ‘Ngorat’ Anak Buah, Sentap Dihentam Netizen

[Copy link]
Post time 4-5-2022 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Kecoh di media sosial susulan perkongsian video seorang pemuda 'meluahkan minat' terhadap anak buah sendiri.


Menerusi video berdurasi 19 saat itu, pemuda tersebut membuat rakaman memaparkan seorang gadis di belakangnya dengan kapsyen 'nak ngorat tapi anak buah pula, pening kepala'.








Pelbagai reaksi netizen susulan perkongsian yang tular, dengan rata-ratanya mengecam pemuda berkenaan kerana seolah-olah tidak memahami hukum membabitkan hubungan sesama mahram.


Portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menghuraikan bahawa mahram adalah orang yang haram dikahwini dan diharamkan melakukan hubungan persetubuhan badan dengannya.


Tambahnya, para ulama menjelaskan perkahwinan adalah akad yang menghalalkan persetubuhan, sekiranya individu yang mempunyai hubungan mahram dengan orang lain maka diharamkan berkahwin dengannya.


Bukan sahaja dilarang oleh agama Islam, perkahwinan membabitkan saudara terdekat turut dibuktikan daripada sudut perubatan di mana ia berisiko mendapat penyakit genetik.


Seorang doktor, Dr Khairul Hafidz turut membuat huraian mengenai implikasi perkahwinan membabitkan saudara terdekat menerusi satu bebenang di Twitter.


Mengulas lanjut, Dr Khairul Hafidz berkata, dalam kajian disebut frekuensi penyakit genetik, yang akan diperoleh oleh anak hasil perkahwinan antara saudara terdekat adalah dua kali ganda daripada perkahwinan tiada pertalian saudara.


Bagaimanapun, doktor tersebut membuat huraian tanpa mengaitkan dengan mana-mana kes atau isu secara spesifik.








Menerusi ruangan komen, segelintir netizen berkongsi kisah membabitkan keluarga masing-masing berkahwin dengan individu yang mempunyai pertalian darah.


Sementara itu, hasil semakan mStar mendapati video asal yang dimuat naik di akaun TikTok pemuda berkenaan telah dipadamkan.












Namun, dalam video dimuat naik secara berasingan, pemuda berkenaan tampil membuat penjelasan berhubung kontroversi yang berlaku.


Pemuda tersebut mendakwa video berkenaan mempunyai maksud sebaliknya, namun ia disalah tafsir netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak syak heshe etis kot sis? Kalau ikut logik forumer sekor tu, yang buat kerja jijik segini etis dek.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 4-5-2022 06:47 PM
Akak syak heshe etis kot sis? Kalau ikut logik forumer sekor tu, yang buat kerja jijik segini etis d ...

Johnny Sins aka Lobai Landak tu ka? Tak nampak pulak sejak syawal ni. Dah tukar shift kena rantai kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:00 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2022 06:55 PM
Johnny Sins aka Lobai Landak tu ka? Tak nampak pulak sejak syawal ni. Dah tukar shift kena rantai  ...

wahh johnny sins pandai main porom cari ke bang decaf? madison ivy tak join sekaki?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:01 PM | Show all posts
dah pandai buat, tapi tak pandai tanggung

buduh betul lah bebudak jaman now.. kut adik meols , mau kena rembat pelepah sawit
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Decaffeinated at 4-5-2022 07:10 PM
Kitty_catz replied at 4-5-2022 07:00 PM
wahh johnny sins pandai main porom cari ke bang decaf? madison ivy tak join sekaki?


Tak ingat nick tapi aku ingat avvy dia johnny sins ja

Edit:
Eh... Memang nick dia Johnny Sins kot. Tah la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak kelakar lah lawak macam tu. Anak sedara tak batal wudhu sebab agama dah trust ko tak mungkin ada perasaan kat budak tu dan meletakkan status ko next to bapak dia boleh walikan nikah.

Cuba tukar sikit ayat tu si bapak yang cakap gross ka tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2022 06:55 PM
Johnny Sins aka Lobai Landak tu ka? Tak nampak pulak sejak syawal ni. Dah tukar shift kena rantai  ...

Entahlah sis akak tak tengok sangat pulak avatar heshe sis. Tapi part landak2 tu akak boleh confirmkan la sis. Heshe mereng sikit sis. Kalau kau ada nombor telefon direct tanjung rambutan department nyah in the closet, kau kasi tau akak sis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Disturbing & disgusting.
Aku kalau jadik bapak budak perempuan tu memang tak bawak balik beraya lagi lah.. tak bagi dekat dgn jantan incest tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sangkak sgt anak buah pon kau nak sauk..dah viral pandai pulak kau kata org fitnah..loser betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nya jantan ni, sendiri yg meminta pastu sentap…kalau ada awek, sila la cari jantan lain utk di buat laki
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:15 PM | Show all posts
anak buah heols ni anak kepada adikberadik dia ke?  ke anak kepada sepupu sepapat sepepet sedaramara dia?  kalau anak adikberadik, haruslah dikeji…  kalau anak sepupu sepapat sepepet sedaramara, nak keji buat apa sebab boleh kawen kot (walau tetap la rasa a bit euwww)…
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated: Memang tak kelakar lah lawak m ...

Apa persaan bapak budak pompuan tu kalau baca..adik beradik sendiri syok kat anaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Office mate aku kawin dgn sepupunya. Bapak dorang dua beradik. Setahun kawin dpt anak tp anaknya mati waktu lahir. Lepas 10 tahun baru dpt sorang anak pompan. Pandai dan sekarang jadi microbiologist. Tp bila tgk budak tu dari kecil sampai sekarang mcm tak cukup zat. Kurus tak bermaya dan nampak tak sihat, mandom.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Over thinking netizen. Dia hanya puji anak buah dia cantik. Rasa nak ngorat tapi tak boleh sebab anak buah. Sebenarnya dia nak promote anak buah dia. Tapi itulah juga. Pengguna socmed pun makin bodoh netizen apatah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau ikut cina kan diorang xboleh kahwin kalau surname sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke gambar tak sensor
Lawa mcm mana anak buah
Smpai dia buat promosi?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 09:48 PM | Show all posts
fitnah jadahnya ko ni hah noreen? sendiri buat bideo tunjuk muka sangap gila sek lepas tu kata orang buat andaian buruk?



Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cheezel at 4-5-2022 10:05 PM

Nampak budak sangat pun. Yikes
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 09:57 PM | Show all posts
annadonna replied at 4-5-2022 08:41 PM
Over thinking netizen. Dia hanya puji anak buah dia cantik. Rasa nak ngorat tapi tak boleh sebab ana ...

so instead of rasa nak bagi penampar ko rasa kelakar kalau adik jantan ko tell the world rasa nak ngorat your daughter?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.289069 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list