CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7140|Reply: 106

[Tempatan] Nasi goreng RM6: Pelanggan, pekerja Restoran Nasi Kandar Liga Maju Bahau N9 bergaduh

[Copy link]
Post time 6-5-2022 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 7-5-2022 03:32 PM

Nasi goreng RM6: Pelanggan, pekerja restoran nasi kandar bergaduh


TANGKAP layar rakaman video kekecohan di sebuah restoran nasi kandar di Bahau, Jempol ekoran pergaduhan di antara pelanggan dan pekerja restoran terbabit.

    Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
    6 Mei 2022, 9:19 am


JEMPOL: Gara-gara tidak puas hati dengan  nasi goreng kosong dengan telur berharga RM6, sebuah restoran nasi kandar di Bahau,Jempol kecoh dengan pergaduhan antara pelanggan dan pekerja di restoran berkenaan.

Rakaman kejadian pada pukul 2.30 pagi itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Ho Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki yang mendakwa telah ditumbuk lelaki lain semasa berada di kaunter bayaran.

Menurut beliau, pergaduhan tersebut berpunca apabila seorang  wanita yang memesan nasi goreng kosong dan telur mengadu  harga makanan  tersebut mahal.

“Juruwang restoran berkenaan didakwa  meninggikan suara kepada wanita  yang mempertikaikan harga nasi goreng tersebut.

“Situasi itu menyebabkan anak wanita itu yang juga pengadu berang dan mengambil kotak tisu lalu  membaling ke arah juruwang tersebut tetapi kotak tisu itu   terkena barang-barang di atas kaunter juruwang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau,  seorang pekerja yang melihat perbuatan pengadu terus menumbuk pengadu sebelum beberapa pekerja lain dan pelanggan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Chang Hook berkata, polis membuka kertas siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi   tampil untuk membantu siasatan.

Dalam itu, kata beliau, pihaknya  turut menafikan dakwaan bahawa pihak polis campur tangan dan terlibat dalam menyelesaikan kes pergaduhan tersebut.

“Pihak polis telah mengambil tindakan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.- UTUSAN

sumber: utusan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali goreng sendiri kat rumah setakat nasi goreng telur tu lepas tu nak mengadu mahal.  Acik kau ingat ni the 60s ke.  Mebu ada harga kut ko pilih next time nasi putih kosong makan tu semata.  Itu pun rm2 tau.  Dah tau mamak nak la gi kul 2pg mendapat la.
  
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada hak ko nak tumbuk pelangan. Nak tunjuk samseng sgt. kosser nak sokong puak hanat ni. Mai boikot kedai mamak terlukup ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 10:16 AM | Show all posts
Polis siasat kejadian gaduh di restoran
Oleh: Abnor Hamizam Abd Manap - Mei 6, 2022 @ 9:14am

JEMPOL: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa ditumbuk lelaki lain di kaunter bayaran sebuah restoran nasi kandar di Bahau, di sini yang kejadiannya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu semalam.

Beliau berkata, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati ibu mangsa berkaitan harga makanan yang perlu dibayar.

Katanya, hasil siasatan kejadian berlaku apabila juruwang restoran berkenaan didakwa meninggikan suara kepada ibu mangsa.

"Berang dengan tindakan jurujual itu, mangsa mengambil kotak tisu dan membaling ke arahnya menyebabkan terkena barang di atas kaunter juruwang berkenaan.

"Pekerja itu kemudian menumbuk mangsa dan berlaku pergaduhan. Kejadian itu dilihat oleh pekerja lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Chang Hook berkata, beberapa pekerja dan pelanggan di restoran berkenaan cuba meleraikan pergaduhan itu.

Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis.

Beliau turut menafikan dakwaan pihaknya campur tangan dalam menyelesaikan kes terbabit, sebaliknya mengambil tindakan mengikut peraturan ditetapkan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Katanya, kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil untuk membantu melengkapkannya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sb tu..penting sangt letak buku menu..bg pelanggan tgk harga....ni..peniaga..kalo boleh..memang nk sgt pelanggan.."tak payah tanya...beli jer..bayor jer berapa pon reganya"..Kang dh ...ke balai...gamaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 10:36 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-5-2022 10:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
"beli jer...beli jer..xyh tanya harga"-peniaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2022 11:07 AM | Show all posts
“Juruwang restoran berkenaan didakwa  meninggikan suara kepada wanita  yang mempertikaikan harga nasi goreng tersebut.


tokey mamak sentap ke? padahal mamak amek pekerja asing keje kedai die sebab bleh dikerah dan bleh kasi gaji murah. cer tny pekerja asing tu ada dibayar ot tak padahal mamak bukak 24jam
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 6-5-2022 11:07 AM
tokey mamak sentap ke? padahal mamak amek pekerja asing keje kedai die sebab bleh dikerah dan bleh ...

ot mende kalo 'normal working hours' memang dh letak 12 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Next time tengok harga dulu sebelum order.
Kedai mamak still letak harga walau cinonet
kedai siam byk padam bahagian harga
Kedai org melayu kadang ada kadang takde. Tp lg byk yg ada
Nak lg yakin gi makan dkt lotus & yg seangkatan, fore sure sama dgn harga. Senang nak bajet
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau b40 makan kat umah laaaaa..mamak ni golongan have have jer..
Acikporumt20.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aih, makan kat mamat expect murah ke? Iols dah lama boikot mamak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku agak mahal la nasi goreng kosong + tulur je dah RM 6...tapi x perlu pun jerit marah2...sekali jela pi mkn situ dan banned terus kedai tu...apa susah...dia rugi 1 pelanggan...dan rasanya ramai pelanggan lain akan lari satu masa nanti jika x jujur dlm berniaga...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan nasi goreng kat kedai mamak?
Tak pernah dengar lagi lah nasi goreng kedai nasi kandaq ni menepati piawai nasi goreng sodap dimakan
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:34 PM | Show all posts
Settle kekerasan dengan kekerasan macam tu lah hasilnya.  Kalau bawak berbincang elok2 pasti tak akan sampai jadi kes polis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2022 12:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 12:37 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 12:38 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 6-5-2022 12:37 PM

Ni patut RM3.50 jerrr....giler RM 6
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.131569 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list