CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16108|Reply: 50

[Tempatan] Pendaftaran PADU tidak akan dilanjutkan

[Copy link]
Post time 27-3-2024 01:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-3-2024 03:11 AM

SHAH ALAM: Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melanjutkan proses pendaftaran serta kemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berakhir pada 31 Mac ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata pihaknya perlu mematuhi jadual bagi membolehkan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi.

"Setakat saya boleh katakan kita tiada rancangan untuk lanjutkan daripada 31 Mac. Perdana Menteri sudah umumkan pada belanjawan lepas bahawa tahun ini kita akan lakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar. Jadi kalau saya ada ruang, sudah tentu saya berbesar hati untuk lanjutkan.

"Cuma kalau kita lanjutkan (tempoh pendaftaran dan kemas kini) bermakna kita juga menolak pelaksanaan subsidi bersasar ke depan yang mana setiap satu bulan penangguhan, kerajaan menanggung sekurangnya RM2 bilion bagi subsidi minyak (petrol) pukal," katanya pada sesi soal jawab pada Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan subsidi bersasar, Rafizi berkata, cadangan yang diangkat kepada kerajaan dan sedang dibincangkan adalah bantuan dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan kepada rakyat.

"Ia sesuatu yang belum pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini dan menerusi PADU, kita nak ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk tempoh jangka masa panjang. Sebelum ini bantuan kita beri dalam tempoh tiga ke empat bulan sekali atau bagi menerusi e-dompet," katanya.

Sementara itu, pada sesi libat urus berkenaan, Rafizi mengulangi kebimbangannya terhadap jumlah pendaftaran yang rendah dalam kalangan penduduk di Selangor.
Beliau berkata, 1,224 lokaliti di negeri ini masih belum mendaftar di bawah PADU.

Katanya, Petaling Jaya mempunyai bilangan penduduk yang tidak berdaftar dengan PADU tertinggi, diikuti Hulu Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Majoriti mereka yang tidak berdaftar dengan PADU di Selangor tinggal adalah mereka yang tinggal di rumah flat, apartmen dan kondominium," katanya.




Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 34 Users voted

Count down: 51 Days18 Hours13 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 12:40 PM | Show all posts
iols x daftar pungg... why boderrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:41 PM | Show all posts
Edited by Orix at 27-3-2024 12:42 PM

ko nak asingkan subsidi utk malaysian n non malaysian kt sempadan siam n singapore pun xmampuu... ttbe mampu nk asingkan utk malaysian... tahikk bethol ko piji... nak asingkan subsidi minyak masak etc utk malaysian n non malaysian pun xmampuuu... ttbe mampu nk asingkan utk malaysian ketahian eh sesungguhnya aku sedang berpuasa....
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 12:47 PM | Show all posts
Walaupun dah byk org dok share, tapi aku masih tak clear cemana dia nak differentiate yg dapat subsidi dgn yg tak? Adakah style tunjuk IC? Oh..semalam adik ipar aku register, pagi tadi ada machine call utk sahkan dia mengundi kat Bagan Datuk..?? Waddehell..??
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 01:30 PM | Show all posts
Kenapa dia nak buat tp nak bagi duit  duk dlm perbincangan. Aku trigered kat situ

Dia mcm di awang awangan lagi nak bagi mcm mana pun x tau. Tp suruh org daftar dulu. Tak pun buat trial phase dulu. Dah ok baru bukak kat semua org
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 27-3-2024 03:54 PM

"ngak apa2 pak....Rohana bisa nolongain gue..dia ada IC...pak"-nusaraya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling ghisau bila dia mintak nombor akaun bank segala. Choi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 04:22 PM | Show all posts
tungkai replied at 27-3-2024 12:47 PM
Walaupun dah byk org dok share, tapi aku masih tak clear cemana dia nak differentiate yg dapat subsi ...

kalo dgan tnjuk IC boleh dpt subsidi baik dia dh buat utk malaysia n non-malaysian awal2.... cuba asingkan subsidi malaysian n non malaysian dulu la... dh berjaya bru pegi next step ikut income ke hapa wlupun iols rs cara ni lg mengarut... kalau berjaya terlaksana pun ummah meleis akan makin malas nk cari duit kalo kaya kena bayo lebih, baik jd miskin gituh dpt subsidi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2024 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-3-2024 04:21 PM
Paling ghisau bila dia mintak nombor akaun bank segala. Choi.

Iols speku brg sumer diapungkan lepaih raya.. sabsidi diberi balik dlm bentuk cash bank in ke dlm akaun..

Camne deme nak cek kita beli apa, iols speku deme akan buat sistem muatnaik resit ka apa... kiranya dpt sabsidi sbg reimbursement..

Ni yg iols speku la..

Nnt minyak kaler kunen tu dah takde la kiranya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
If nak rakyat register PADU, pada aku mekanisme agihan subsidi tu kene la jelas. Cerita whole process, bukan sekerat2. Baru nampak telus & rakyat pun boleh buat keputusan nak register utk subsidi or boleh hidup tanpa subsidi. Yg aku paham skrg PADU utk subsidi je la. Lain2 kegunaan tak pasti
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 27-3-2024 01:30 PM
Kenapa dia nak buat tp nak bagi duit  duk dlm perbincangan. Aku trigered kat situ

Dia mcm di awang  ...

Kan. Mcm xtau hala tuju, yg penting dia nk sauk dlu data. Entah2 jual ikat tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:47 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 27-3-2024 04:21 PM
Paling ghisau bila dia mintak nombor akaun bank segala. Choi.

tp cigu dulu lembaga pun ada mintak masa e-filing relax saja cigu kasi haaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula² nak isi, tapi bila sampai harta pusaka pun dia nak tahu mmg tak lah... harta pusaka belum tentu generate income. Cmne dia nak filter semua tu?]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2024 09:23 PM | Show all posts
menteri semua dah update maklumat dalam PADU?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
noell replied at 27-3-2024 12:47 PM
tp cigu dulu lembaga pun ada mintak masa e-filing relax saja cigu kasi haaa

Tu laen.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by misc at 28-3-2024 12:19 AM

Pakai ajelah data yg kita submit kat LHDN tu. Semua dah declare kan. Yg sgt tak clear bila pengkelasan B40, M40, T20 dihapuskan. So sekarang kita nak refer formula mana pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Belom start dah bole nampak bakalan ke laut. Dgn cara ko nak bg subsidi pon xnampak lg. Last2 mmg habuk pon tarak ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dh isi, tp x buat pengesahan lg. Xtau la apa function padu ni sbnrnya. Yg pasti KPM dh ad kluarkan surat wajib daftar padu ni. Asben aku xleh submit sbb gambar ic x sme ngan muka. Nk kena ke pej padu plak utk verify. Ntah hape2 pya sistem
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 01:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak ambk pduli pasal bnda ni... tp husband iols plak yg laju regsterkn utk i.nk dapt subsidi katanya. Lantaklah i bukan sape2 pn theyol nk ambk data, acc bank etc.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.062561 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list