View: 6105|Reply: 56
|
Kos perkahwinan dijangka meningkat 20 peratus tahun ini
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Kos majlis perkahwinan dijangka meningkat 20 peratus pada tahun ini berikutan peningkatan kos logistik.
Perancang perkahwinan, Jeslina Ngatman, 50, berkata pihaknya yang mengendalikan majlis perkahwinan di bandar raya ini sejak hampir 20 tahun mendapati peningkatan kos perkahwinan berlaku hampir setiap tahun namun ia bukan mendadak.
Beliau berkata, peningkatan kos perkahwinan ini merupakan suatu perkara tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos logistik mahupun barangan.
Menurutnya, bagaimanapun pasangan mempelai boleh membuat pilihan untuk menganjurkan majlis perkahwinan secara sederhana supaya ia lebih teratur dan jimat.
Katanya, misalnya sebelum ini kebanyakan majlis perkahwinan memberi undangan kepada 1,000 tetamu namun kini pasangan mempelai mengehadkan kepada 200 tetamu sehingga 500 tetamu.
Apa yang penting pasangan mempelai seharusnya memilih perancang perkahwinan yang berpengalaman supaya majlis perkahwinan berjalan lancar."
"Ia berikutan semata-mata mahu berjimat, ada pasangan yang terpedaya dengan scammer dan sebagainya."
"Mereka boleh memilih pakej perkahwinan bajet supaya tidak terbeban dengan kos perkahwinan," katanya.
Pengasas Mega Legacies Enterprise itu berkata, pihaknya menawarkan pakej perkahwinan serendah RM12,000 termasuk makanan bagi 200 tetamu, dekorasi dan lokasi.
Menurutnya, pakej perkahwinan bajet ini menjadi pilihan ramai buat masa ini atas faktor kewangan serta ekonomi.
"Sehingga kini kami pernah mengendalikan majlis perkahwinan bajet termasuk di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi dan Sabah."
Malah ia juga menjadi pilihan pasangan mempelai dari Singapura," katanya yang menawarkan empat dewan mahupun lokasi perkahwinan di sekitar bandar raya ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Karnival Pengantin Dunia Raja Sehari ke-27 bertema The Celebrity Wedding mulai 3 hingga 12 Januari depan di Angsana Mall di sini.
Sementara itu, penganjur karnival pengantin, Noor Diana Hashim, berkata lebih 50 ruang pameran dibuka termasuk perancang perkahwinan, butik andaman, katering, jurugambar, kanopi dan hantaran.
Menurutnya, penaja utama karnival berkenaan termasuk Madu Power dan Mega Legacies.
"Selain pameran pengantin, kami turut menganjurkan pertunjukan fesyen pasangan 'mempelai cilik', program amal bersama anak yatim dan perkongsian berkaitan penyakit saraf oleh tukang urut professional, Mazli Hamzah," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oleh kerana peningkatan kos membesarkan anak perlu ditangani dengan cara mengurangkan anak atau tidak beranak terus, maka seperti itu juga kita wajar menangani kenaikan kos perkahwinan ini dengan mengurangkan berkahwin atau tak payah kahwin je, selaras dengan saranan para enabler satay 20 Ringgek yakni, jika tidak mampu jangan beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Duta satay 20 peso eh 20 ringgek tu ado anak tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang buat kenduri kecik2 aje la Kasi padan muka pengusaha2 catering and kawin. Bazir aje |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 7-1-2025 02:18 PM
Duta satay 20 peso eh 20 ringgek tu ado anak tak?
Entahlah. Malas aku nak tambah publisiti dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kos meningkat, andartu pun bertambah |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb org laki pn x berapa berduit sgt jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...buat kenduri doa selamat sudah...
|
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak tu...tetapi kalau dah ada duit, takkan nak kawin andartu? pasti nak kawin yg muda
so the vicious cycle continues...
|
|
|
|
|
|
|
|
12000 utk 200 org tu termasuk sewa dewan deco pelamin & makan bg aii be kan harga mampu milik..biasa 200 org tu harga promo 9999..huhu..kalau up 300 org harga 12k tu sesuai la tuu pun dewan kena aircond laa |
|
|
|
|
|
|
|
12000 utk 200 org tu termasuk sewa dewan deco pelamin & makan bg aii be kan harga mampu milik..biasa 200 org tu harga promo 9999..huhu..kalau up 300 org harga 12k tu sesuai la tuu pun dewan kena aircond laa |
|
|
|
|
|
|
|
12000 utk 200 org tu termasuk sewa dewan deco pelamin & makan bg aii be kan harga mampu milik..biasa 200 org tu harga promo 9999..huhu..kalau up 300 org harga 12k tu sesuai la tuu pun dewan kena aircond laa |
|
|
|
|
|
|
|
Ungtunglah sis dapat laki berduit. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam adik aku kawin, siap sewa resort bagai. Adik aku lelaki. Last2 masa hari kawin, family perempuan semua dok tido dalam bilik kengkonon berholiday. Sian nengok pengantin pompuan macam takde keluarga. Padahal adik aku yang bayar. Tahapa2 |
|
|
|
|
|
|
|
bab kenduri kendara yg buat termenung ni |
|
|
|
|
|
|
|
org laki byk tanggungjawab |
|
|
|
|
|
|
|
Klu share beberapa pasangan combine buat 1 majlis murah sikit kot.
Iols 1st nikah dulu kat oejabat agama, bagi upah sorang rm20 settle dah.
Mas kawen pun bagi minimum... dulu2 asal boleh je
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 7-1-2025 07:05 PM
Ungtunglah sis dapat laki berduit.
A’ah kawin lh dikala nk masuk 40an… lps tu kna hadap org mengata x boleh beranak pulak…
See, ada lbih ada kurangnya ok… |
|
|
|
|
|
|
|
12k tu pun dah dikira majlis perkahwinan bajet ke. |
|
|
|
|
|
|
| |
|