CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12748|Reply: 44

Mark Adam Kecewa Ada Orang Report Sate Bhalut, Pihak Berkuasa Datang Gerai Buat Pemeriksaan!

[Copy link]
Post time 8-1-2025 08:23 AM | Show all posts |Read mode


Mark Adam mendedahkan ada pihak yang membuat aduan kepada pihak berkuasa tentang harga sate bhalut yang dia jual, kerana dituduh harga terlalu mahal.

Sehinggakan ada pihak berkuasa yang datang menjalankan pemeriksaan harga ke atas premisnya.

Beberapa hari lalu, Mark Adam tampil menjawab kecaman daripada netizen tentang harga sate bhalut yang dia jual. Dia sempat membuat pecahan kos dan menerangkan kepada orang ramai tentang ‘capital’ yang dia tanggung.

Mark Adam menyatakan bahawa dia sudah menjelaskan tentang penetapan harga produk yang dia jual. Di mana mereka menggunakan produk premium dan berkualiti.

Namun dia kecewa masih lagi ramai yang belum faham. Mark Adam juga mengingatkan netizen bahawa dia menjual makanan di Festival Makanan, bukannya berniaga di tepi jalan.

Dia berkata mepada mStar: “Saya sudah menjelaskan bahawa barang barang digunakan adalah berkualiti premium, daging dari New Zealand, ayam bahagian peha, oleh sebab itu saya tidak risau lagi.

“Lagipun saya berniaga di festival makanan, bukannya di tepi jalan. Kalu di tepi jalan, saya boleh kurangkan lagi harga,” tambah penyanyi dan komposer itu lagi.

Dia juga meminta orang ramai melihat sendiri cara staf dia mengendalikan makanan dengan sangat bersih.

Mark Adam juga menambah bahawa dia masih belajar dalam dunia perniagaan makanan.

Mark Adam akui dia membaca komen kecaman di media sosial. Namun pada masa yang sama dia mahu semua pihak faham keadaan sebenar dihadapi oleh seorang peniaga.

Mark Adam bagaimanapun bersyukur kerana semakin ramai yang memberikan reviu positif ke atas produk mereka. Dan berkata, kritikan dan kecaman tidak akan mematahkan semangat dia dan pasukannya untuk meneruskan perniagaan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2025 01:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nak dibangga kalau produk timbang kilo yg sememangnya beli benda murah, jual harga Mlayu. Yahudi pun surrender.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Org tak peduli premium ke tak
Org nak murah
Diorg kalau nak premium pg cafe five star
Bukan pg festival mknn..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 08:30 AM | Show all posts
pergi festival makanan ni baru 2 kedai hang da boleh habes rm50...eloklah xpayah p, makanan semua manes2...duit jimat sihat pon kekal
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga2, hentikanlah niat nk masuk berniaga kat food fest. Penganjur je untung. Peniaga akan rugi pasni sebb pelanggan xnak dtg dah. Mereka dah bukak mata bahawa mahal sgt, pelanggan yg tanggung kos sewa tapak bapak mahal tu. Then, pelanggan pun akan rugi sbb klu dia beli food item yg sama kat luar yg bukan food fest, dia cuma keluarkan maybe rm30 utk 1 dewasa n 2  anak. Tp masuk food fest, dah kena bayat rm 70. Buang cenggitu je rm40
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2025 09:43 AM | Show all posts
Edited by sara_thrash at 8-1-2025 09:53 AM

aku tak nampak tang mana nya premium nya. nampak macam satay frozen & balut dengan kulit popia je. yang aku bayangkan besarla sekali alahai besar ibu jari ko je mark. beza dengan popia satay haji shamsuri tu just ko punya ada lidi je.

orang bukan tak mampu beli tapi harga kau tu melampau sangat. tak boleh guna alasan sebab sewa tapak mahal sebab pembeli datang nak beli makanan bukan dengan pakej kena bayar sewa tapak ko sekali. food fest ni orang anggap macam bazaar je so tak payah nak terpaling premium sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:13 AM | Show all posts
mark dah dapat PR sini ke?
ko jual benda lain je la mark
jual air balang sah2 ada orang beli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by per706 at 8-1-2025 10:21 AM

Takot nk spent duit utk beli mkn baek pasar malam.food festival apetah lagi.tambah jenis byak yg x pamer harga.nk pgang pon takot.ini nk tnya..da tau sah2 mahal...dpt nya x seberapa..nk bwak ank2 masok pon x berani..bebudak bukn tau apa..nmpak kalu nk, ya nak..harga depa bukn paham..da bertahun x membeli..last 2 years ade la masok food festival ,tu pon takat pusing seround je..harga pakat x letak belaka..mana yg letak harga pon telan air lior tgok..baek belanja kat kedai mkn betul2..jumlah duit yg sama tpi yg penting..keyg smpi sendawa.. dari sekadar dapat Manis,manisan dgn air je..sah2 la x kyg..ni ghaso2 ok la..selalu x yah la pda aku..sian jugak tgok peniaga,brg makanan mcam byak gila..org x membeli...tpi tu la..kena kesiankan poket sndrik jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts

Balut yg ori

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:12 AM | Show all posts
mark cucuk thypoid dak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la ada authority dtg check price . Justify je la dgn authority, celah mana yg premium tu, citer la ko kena ketuk kos sewa tapak. Ha..citer citer.. its a proof bahawa kau laki bini barngang, n x cukkup fofular /influencing to dictate the price of merely beli satay, ambik kulit popia, wrap it. Done
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:33 AM | Show all posts
tak payah nak complicated buat yg premium2 bagai, buat jer satey biasa, ko perap sedap2 pastu bakar, jual laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 11:53 AM | Show all posts
pasai tu la kalau ada mana2 food festival meme aku Maleh nak masuk. kurang2 habis rm200 dapat 3 4 jenis makanan baik akü mkn kt kedai beraircond dari besesak2 kerusi meja mkn pun nak berebut. air biasa tawar hambar pun rm 5, inikan plak yg viral2. tapi kemain ramai gak Aku tengok yg berpusu2 lg kalau makanan yg manis2 laku teruk. hujung2 menyalak duit bantuan xmasuk2, sembangn ekonomi makin teruk xmampu itu xmampu ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:06 PM | Show all posts
Pinoy ni ingat dia kebal ke? Jual harga maut…of coz la pengguna buat report. Kau bkn asal tanah melayu…kau kena la patuh dgn undang2 msia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 12:14 PM | Show all posts
“Lagipun saya berniaga di festival makanan, bukannya di tepi jalan. Kalu di tepi jalan, saya boleh kurangkan lagi harga”


Seeee.....inilah point nya. Harga vendor nak niaga kat food fest yg mahal. Bukan sebab pakai barang premium ke, import New Zealand ke, api memasak ditiup Rosmah ke. memang tak berbaloi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2025 12:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah g skali beli mac n cheese yg konon pakai cheese mcm rebana.. konon pakai cheese mahal ujung2 letak sos cheese kuning yang murah tu... bengkak je rasa, jual kemain mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 03:20 PM | Show all posts
level aku pasar malam je..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 8-1-2025 04:14 AM
“Lagipun saya berniaga di festival makanan, bukannya di tepi jalan. Kalu di tepi jalan, saya boleh  ...

Kalau betul dia ambil sate popia tu dari Haji Samuri, punya la murah modal dia. Jual dalam pek pun baru RM 4 untuk 5 ketul sate ayam. Kalau harga borong mesti dapat harga lagi murah. Dia pi jual sampai RM 7 per 1 cucuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.242403 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list