|
Berfesyen bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ia memberi kepuasan dan keyakinan kepada diri untuk bergaya biarpun berada dalam fasa hamil.
Di pasaran ada banyak pilihan pakaian menarik khas untuk ibu mengandung, namun anda perlu ingat bahawa jangan terlalu berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.
WM berkongsi beberapa panduan pemakaian untuk ibu mengandung.
1. Pakai pakaian longgar untuk keselesaan
Ibu mengandung mengalami perubahan fizikal di beberapa bahagian badan terutama di pinggang dan perut. Ketika hamil, pakaian ketat boleh menyebabkan ibu dan kandungan berada dalam keadaan tidak selesa.
Oleh itu, pemilihan baju dan seluar bersesuaian dan longgar adalah sangat penting untuk memberi keselesaan bergerak dan menjalani rutin harian.
2. Pilih fabrik bersesuaian
Masalah kegatalan kulit dan panas adalah antara gejala yang dihadapi ibu hamil. Oleh itu, fabrik pakaian yang digunakan perlu dititikberatkan untuk mengelakkan ketidakselesaan.
Pakaian yang menggunakan kain jenis kain kapas atau 'cotton' dilihat sebagai pilihan terbaik dan sesuai dengan cuaca di negara ini kerana ringan, sejuk serta mempunyai ruang pengudaraan yang baik untuk memberikan keselesaan kepada ibu mengandung.
3. Memakai seluar bergetah atau bertali
Wanita mengandung tidak digalakkan memakai tali pinggang kerana dibimbangi boleh memberi tekanan kepada kandungan dan ketidakselesaan. Oleh itu, pilihan adalah dengan menggunakan seluar bergetah dan bertali kerana ia lebih mudah dilaraskan mengikut keselesaan serta kelebaran pinggang dengan mudah.
Seluar ini juga boleh digunakan semula selepas anda melahirkan anak.
4. Pakai kasut bersesuaian
Pemilihan jenis kasut sesuai amat penting bukan sahaja melindungi kaki, tapi pada masa sama memberi keselesaan dan menjaga postur badan ibu hamil.
Kesilapan dalam menggunakan kasut yang sesuai boleh menyebabkan risiko kecederaan dan ketidakselesaan kepada kaki dan bahagian belakang.
Elakkan memakai kasut tumit tinggi bagi mengelakkan risiko terjatuh. Terjatuh ketika hamil bukan sahaja boleh mencederakan ibu, tetapi juga membahayakan kandungan.
Anda dinasihatkan memilih kasut yang mempunyai tumit rendah atau rata, tapak lembut dan terbuka.
5. Memakai aksesori
Aksesori boleh membantu mengubah penampilan nampak menarik biarpun hamil. Dengan menggunakan cermin mata, tali pinggang atau beg tangan yang dipadankan dengan pakaian sedia ada untuk menyerlahkan gaya anda.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|