View: 1853|Reply: 1
|
Wheesung ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seoul dipercayai akibat ‘overdose’
[Copy link]
|
|
PENYANYI dan komposer Korea Selatan, Wheesung ditemui meninggal dunia di kediamannya di Gwangjin-gu, Seoul, semalam.
Mayat penggiat seni berusia 43 tahun tahun itu dijumpai pada pukul 6.29 petang selepas polis dihubungi ibu kepada selebriti terbabit yang tinggal di pangsapuri berasingan.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan mendiang sudah ‘pergi’ agak lama susulan hasil pemeriksaan keadaan mayat.
“Keadaan terkini menunjukkan signifikan waktu mangsa yang sudah lama meninggal dunia,” kata wakil agensi kerajaan itu seperti dilaporkan media tempatan.
Menurutnya lagi, tiada unsur khianat dikesan dengan kemungkinan awal kematian mendiang dipercayai terlebih mengambil ubat-ubatan terkawal.
“Ada dua kemungkinan penyebab kematiannya. Boleh jadi bunuh diri atau ‘overdose’.
“Tiada kesan jenayah di tempat kejadian. Buat masa ini kami masih menjalankan siasatan lanjut,” ujarnya.
Wheesung atau nama sebenarnya, Choi Whee-sung mula dikenali sekitar tahun 2002 menerusi lagu popular termasuk Can’t You, Insomnia dan Even Thought Of Marriage.
Selain menyanyi, Wheesung juga merupakan penulis lirik dan menghasilkan pelbagai lagu hit seperti Dance The Night Away (TWICE), Crazy Because of You (T-Ara), Heaven (Ailee) dan Sonata of Tempatation (Ivy).
Begitupun, namanya tercalar selepas terkait dengan isu penggunaan ubat-ubatan terlarang yang digunakan secara haram sekitar lima tahun lalu.
Berikutan kes jenayah dilakukan, mendiang dipenjarakan selama setahun atas kesalahan tersebut.
Selepas bebas dia kembali aktif di arena seni malah dijadualkan menyertai sebuah konsert mega pada 15 Mac ini.
Wheesung juga sempat memuat naik hantaran dalam Instagram tidak sabar bertemu peminat pada persembahan itu nanti.
Sementara itu, wakil pihak agensinya pula dalam satu kenyataan memberitahu punca kematian mendiang disebabkan serangan jantung.
“Artis kesayangan kami Wheesung meninggal dunia. Dia dipercayai mengalami serangan jantung di rumahnya sebelum disahkan meninggal.
“Kami berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang khabar angin yang melukakan hati ahli keluarga mendiang,” katanya memetik Soompi.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai pulak celeb korean yg meninggal. Baru ni pelakon pempuan meninggal sebab cancer. Wheesung ni lagi 5 hari nak konsert dah. Alamat nya Konsert batal la kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|