Otak merupakan pusat segala operasi badan manusia, seperti CPU dalam komputer. Ianya berfungsi 24 jam sehari walaupun semasa kita tidur sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Tekanan, kekecewaan, beban kerja, pemikiran negatif, merokok, minuman beralkohol, dan diet tidak seimbang mempengaruhi keseimbangan otak kita. Ada yang menyatakan bahawa otak berfungsi seperti payung terjun yang hanya berfungsi apabila dibuka atau dikembangkan. Jadi untuk membuka minda dan fikiran anda, cubalah tips-tips berikut:
1. Meditasi
Memperbaiki tumpuan dan fokus otak manusia. Juga boleh menguatkan minda kita. Apabila kita dapat mengawal fikiran dengan baik, ia membimbing fizikal kita untuk melaksanakan sesuatu dengan lebih cekap.
~~Berdoa juga salah satu jenis meditasi tetapi jarang diperkatakan~~
2. Permainan Menguji Minda dan Teka Silang Kata
Banyak permainan seperti sudoku, teka silangkata dan kuiz membantu meningkatkan kepekaan, tumpuan dan fokus. Ini memberi manfaat dalam mengingat sesuatu dengan lebih mudah dan otak dapat berfikir dengan lebih cepat.
3. Senaman dan Tarian
Apabila anda sihat dari segi fizikal, maka secara automatik anda juga mempunyai minda yang cergas. Menurut kajian, tarian merupakan latihan yang memberi kesan baik yang banyak kepada minda kerana ia mengintegrasikan beberapa fungsi otak sekaligus.
4. Tidur
Sekiranya anda mahu otak anda bekerja dengan baik, anda perlu cukup tidur. Merehatkan otak membolehkan ia mendapat semula tenaga untuk hari seterusnya. Tidurlah sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Jangan lebih tidur, jangan kurang tidur kerana membahayakan kesihatan kita.
5. Makanan Seimbang
Makanan seimbang memastikan otak sihat. Elakkan makanan ringan, berkolestrol tinggi, makanan yang dibungkus, merokok dan alkohol kerana kesihatan mental biasanya berkait rapat dengan kesihatan fizikal. Makanan seperti buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran dan product dari susu mampu memberikan kecerdasan otak.
6. Berfikiran Positif
Berfikirlah secara positif. Salah satu caranya adalah berkongsi kegembiraan, kesedihan dan masalah anda dengan orang lain. Ingatlah bahawa tiada yang mustahil, keberangkalian dan peluang selalu ada.
7. Ketawa
Ketawa adalah pengubat segala kekecewaan. Ketawalah sebanyak yang boleh dan anda boleh membuat orang lain ketawa juga.
8. Belajar Sesuatu Yang Baru & Lakukan Hobi Anda
Cubalah melakukan perkara yang baru seperti bermain muzik, menyanyi, belajar bahasa baru dan sebagainya. Luangkanlah masa anda untuk melakukan hobi yang anda minati bersama rakan-rakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
credit to suarapeople Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:32 AM
no 1, 2, 3 tu mmg x buat la.. patot la otak aku rs cam lemau jer nih..
otai_g Post at 23-2-2012 22:51
no.7 tu pun ko tak wat rasanya, pasai siggy ko tertulis "........ku takkan pernah ketawa"Itulah, apabila kecewa akibat ditinggalkan geperen tercinta juga muleh melemababkan otak
ahli sainti s penah meneliti ttg otak hewan bernama tikus,di dlm makmal..dari penemuan itu didpti otak tikus mngalami tumbesaran sbanyak 4% setiap saat....yaaa beneeerrr tikus "terpaksa" setiap hari mnjalankan tugas mental setiap hari..ya setiap hari cntoh,
mencarik idea mcm mana mahu lpas dari lorong/laluan yg berliku liku,memanjat tangga dan mcm mana tikus berinterksi sesama tikus yg lain dlm makmal.nah kalu otak tikos yg tecit tu bleh dilatih untok tumboh..mngapa tidak otak besar mcm manusia ini!!.
makin dilatih setiap hari..pasti otak akan setajam hebak dan bijak..yg penting jgn malas mcm vavi ntok melatih otak kiter agar daya ingatan kiter setiap mntap sepanjng masa.
berikot ini adalh 11 petua/cara yg bleh kiter pelajari dari ujian tikus makmal tersebot
1. Latih kemampuan mengamati. Perhatikan lingkungan sekitar. Rekam dalam pikiran apa yang Anda lihat, mulai dari yang paling sederhana dan diteruskan dengan observasion yang lebih rumit.
2. Asah/latih tubi pancaindra. Bole dilatih dengan membedakan rasa makanan yang disukai dan yang tak. Menyadari bau dan aroma di sekitar atau bunyi-bunyian yang ada di jalan atau mungkin rasa panas atau dingin udara di sekitar Anda.
3. Hafalkan nama teman-teman dan jugak nomor hndpone nya. Ada sesapa yang bole diingat? Latih supaya bole ingat lebeh banyak
4. Pelajari sesuatu yang baru. Banyak membaca dan berkenalan dengan hal-hal laen yang mungkin bukan bidang Anda, cth bahasa asing, pengetahuan tentang IT, dan laen-laen
5. Gunakan tangan supaya ikot petunjuk otak. Misalnya bermaen gitar, mengetik tanpa melihat tali gitar atau berlatih menulis tulisan halus.
6. Hobi. Gunakan kesempatan untuk mengembangkan hobi Anda
7. Pelajari dan hafalkan tarikh tarikh penting, cth tarikh lahir anggota keluarga, teman, atau perayaan tertentu
8. Hafalkan sesuatu yang Anda sukai. bole jadik itu puisi, lagu, kalimat dari sebuah buku atau kata-kata hikmat seseorang. dan jugak usahakan agar kalimat yang digunakan adalah bahasa asing.bole??cubak pelan pelan
9. Latihan menghafal urutan angka berderet panjang, misalnya 32145687390282930498. Ini adalah bentuk latihan memperbaiki daya ingat jangka pendek. Lakukan dengan mengelompokkan atau memecah bilangan itu menjadi beberapa bagian, misalnya 3214568 kemudian 7390282 dan terakhir 930498
10. Ingat perjalanan pribadi Anda. Apa yang sedang Anda kerjakan satu jam lalu, minggu lalu pada hari jemaat pukul 10.00, misalnya. dengan sapa, di mana, dan seterusnya.
dan akhir skali....
11. Ingat dan teliti ulang pembelian/runcit harian. hapa yang Anda beli kemarin? Berapa wang yang ada dalam dompet Anda sekarang? bila terakhir mengambil uang tunai di ATM, dan seterusnya.
Latihan2 di atas,... akan memungkinkan sel otak tetap aktif dan jaringan penghubung antarsel otak semakin rapat. jelas aktiviti/latihan tubi mental dpt meningkatkan jumlah cirkuit aktif atau dalam otak. Semakin banyak cirkuit, semakin banyak asosiasi, makin beso pula kemampuan mengingat...
chess pon salah satu jugak.. sebab otak kite pikir startegi nk menang...
midory Post at 8-3-2012 13:01
bukan ape, aku ada sorang kawan mmg terer main chess.........tp bab2 lain spt blaja, main bola, main computer game, dia mmg out............tu yg kdg2 tepikir yg org yg terer main chess ni adalah sbb bakat semata-mata........tp btol gak rasanye yg main chess ni mmg bulih bg otak cerdas.........cuma kalo nk terer tu mgkn kene ada bakat n usaha la kot..........hehehe
obsolutely memang mencerdaskan minda berbanding smua game yg lain. game2 lain satu masa kita akan rasa boring jugak bila main lama2, but not the chess.
Ko try main download Chess Pro android
Haku main online chess pn ada masa menang dan sebaliknya, dan offline game lawan komp pun ada masa menang ,ada masa kalah
tapi main Chess Pro dalam berpuloh2 kali main, tak dapek2 jugak nak menang, dh dokek2 nak check mate pun bole kalah lagi.
Memang rasa nya itu adalah perisian utk Grandmaster dan master chess punye, agaknya kasparov je yg boleh menang, tapi haku takkan berpuus asa {:4_190:}
obsolutely memang mencerdaskan minda berbanding smua game yg lain. game2 ...
boyagombak Post at 9-3-2012 00:59
so, chess ni antara yg terbaik la dlm mencerdaskan minda..........kiranye mana2 game yg kene gune minda tahap maksimum mmg boleh mencerdaskan la ye.......so, kalo main computer game cthnye game2 strategi tu turut membantu la ye???