CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7039|Reply: 56

[Tempatan] Edisi hidup wanita: Wanita pertama PDRM kendali anjing K9

[Copy link]
Post time 30-10-2013 03:03 PM | Show all posts |Read mode

Hilda (kiri) beri tabik hormat dalam aksi persembahan khas unit K9 di Pulapol

KUALA LUMPUR - Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kali seorang anggota polis wanita dipilih sebagai pengendali anjing wanita pertama.

Koperal Hilda AK Wilson, 29, berkata. minat membela anjing sejak kecil antara faktor anak bongsu dari empat beradik itu menyertai unit K9 PDRM.

“Saya menjalani kursus selama empat bulan di bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk mengendali anjing K9 jenis Labrador bernama Da Hei, sebelum menjalankan tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol),” katanya.

Wanita berasal dari Saratok, Sarawak itu dijangka memberi dorongan dan perangsang kepada lebih ramai anggota polis wanita untuk menceburkan diri bertugas dalam Unit K9 PDRM.

“Cabaran dihadapi untuk mengendali anjing K9 adalah memastikan haiwan itu patuh pada arahan.

“Anjing berkenaan perlu menjalani latihan kemahiran seperti duduk, baring dan mengesan dadah,” katanya ketika ditemui selepas Persembahan Khas unit K9 di Pulapol, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bantuan Teknik (D6) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ibrahim Chim berkata, unit K9 secara keseluruhannya mempunyai kira-kira 145 anjing pengesan di seluruh negara.

“Kita kini memiliki 88 anjing jenis German Shepherd, Belgian Sheperd (1), Labrador (54), Border Collie (1) dan seekor anjing jenis Weimaraner yang ditempatkan di 21 formasi di seluruh negara," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 03:04 PM | Show all posts
mcm anjing jiran aku je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:31 PM | Show all posts
syok sangat ke ngan anjing...???
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:34 PM | Show all posts
aku rasa yang pompuan tu kawad lagi tegap dan kemas dari yang lelaki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 03:37 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-10-2013 03:34 PM
aku rasa yang pompuan tu kawad lagi tegap dan kemas dari yang lelaki

khenn?
tapi suka tengok demo skuad K9 pdrm dan skuad anjing perang ATM. ada dlm youtube
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 03:43 PM | Show all posts
lawa laa german shepard tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2013 03:52 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-10-2013 03:34 PM
aku rasa yang pompuan tu kawad lagi tegap dan kemas dari yang lelaki

heheheh betol2...
yg laki tu semua perut membulat je itu pasal x ley nk straight
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 03:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-10-2013 03:55 PM | Show all posts
yg ni best

persembahan anjing perang ATM




Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:03 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 30-10-2013 03:55 PM
yg ni best

persembahan anjing perang ATM

kalu anjing tu terlajak lompat kat penonton, mesti berterabur semua lari kan

errrr.. nak jadi volunteer yang kena culik tu nak register kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kagum aku...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:08 PM | Show all posts
Nampak segak bergaya disamping Labradornya tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:08 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-10-2013 03:34 PM
aku rasa yang pompuan tu kawad lagi tegap dan kemas dari yang lelaki

akak lak pasan selain kawad dia nampak mantap
body anggota wanita pun nampak mantap dan dia pakai tali pinggang lg kemas dr yg lelaki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 04:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-10-2013 04:03 PM
kalu anjing tu terlajak lompat kat penonton, mesti berterabur semua lari kan

errrr.. nak  ...

amboi uols.....

nanti boleh lah buat lawatan kat kem anjing perang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2013 04:10 PM | Show all posts
fatehana posted on 30-10-2013 04:08 PM
akak lak pasan selain kawad dia nampak mantap
body anggota wanita pun nampak mantap dan dia pakai ...

perempuan tetap perempuan kak
mesti nak kemas sentiasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:12 PM | Show all posts
dasat anak sarawak ni...aku kagum

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2013 04:12 PM | Show all posts
fatehana posted on 30-10-2013 04:08 PM
akak lak pasan selain kawad dia nampak mantap
body anggota wanita pun nampak mantap dan dia pakai ...

kann.. yang lelaki macam pakai baju pinjam
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:13 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 30-10-2013 04:10 PM
perempuan tetap perempuan kak
mesti nak kemas sentiasa

khennnnn dan sadis bila pompuan nampak segak dr lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 04:13 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 30-10-2013 04:09 PM
amboi uols.....

nanti boleh lah buat lawatan kat kem anjing perang ni

hihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 09:18 AM | Show all posts
fatehana posted on 30-10-2013 04:13 PM
khennnnn dan sadis bila pompuan nampak segak dr lelaki

smart la body dia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.188394 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list