CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5860|Reply: 83

[Tempatan] Hutang negara naik ke RM568.9 bilion

[Copy link]
Post time 28-10-2014 11:46 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2014 adalah sebanyak RM568.9 bilion atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik, sementara bakinya RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kedudukan hutang kerajaan itu kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK dan dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Najib berkata, hutang Kerajaan Persekutuan tahun lepas adalah sebanyak RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK manakala bagi 2012 pula sebanyak RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK.

"Kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan pada 2010 adalah sebanyak RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK (dan) 2011 sebanyak RM456.1 bilion atau 51.5 peratus," katanya.

Najib berkata sehingga kini, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual.

Beliau berkata ia merupakan hasil daripada pengurusan hutang secara berhemat apabila pinjaman dibuat hanya untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan setelah mengambil kira kemampuan membayar balik.

"Bayaran khidmat hutang, yang merujuk kepada bayaran faedah ke atas pinjaman merupakan bayaran tanggungan mandatori yang perlu diberi keutamaan.

"Bayaran khidmat hutang dijangka kekal terurus pada 10.3 peratus daripada hasil, masih jauh di bawah paras 15 peratus seperti yang ditetapkan dalam peraturan pengurusan fiskal," jelasnya. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 12:41 AM | Show all posts
Banyak nye hutang....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:43 AM | Show all posts
biorla..janji bukan anuwat...


rosli,
penajis,nismilan
macai
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:46 AM | Show all posts
zeti kata hutang tu rm700 billion, najib kata 568billion..

sapa yg menipu daa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 12:59 AM | Show all posts
bila najib nak letak jawatan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:07 AM | Show all posts
makin hari apalah nak jadi dengan malaysia nih... hidup rakyat makin hari makin susah.. hutang negara makin meningkat... pemimpin atas makin bermewah mewahan... hmmmm........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2014 01:08 AM | Show all posts
600 billion? Sikit nya?

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:33 AM | Show all posts
jauh lagi nak sampai 1 zillion...

tambah lagi najib..banyak lagi boleh tambah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 01:37 AM | Show all posts
Bateesta posted on 29-10-2014 01:33 AM
jauh lagi nak sampai 1 zillion...

tambah lagi najib..banyak lagi boleh tambah...

Apa ada heran ?ibarat sebutir nasi terselit dicelah gigi jer kheen? This 600 billion?

Kita ada minyak...kita ada getah...kita ada kelapa sawit...dan yang paling utama...kita ada lebih kurang 25 juta rakyat yang mudah dibodohkan......

Wakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:41 AM | Show all posts
Ya tambah hutang lagi malaysia

Hutang Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:44 AM | Show all posts
kesian

rezab negara yang ada dekat2 RM500 bilion tu buat2 tak nampak jela kan macai PR yang bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:45 AM | Show all posts
kalau bangyong sekolahkan korang pasal hutang negara ni, mau tercirit beramai-ramai korang yang kena kencing anwar ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:49 AM | Show all posts
batmana posted on 29-10-2014 12:46 AM
zeti kata hutang tu rm700 billion, najib kata 568billion..

sapa yg menipu daa..

bro,

ada beza hutang kerajaan persekutuan DAN hutang negara

jangan main redah je... dua benda berbeza tu bro

tajuk TT yang senget pun dah tau dah TT ni bengap tak reti beza hutang kerajaan persekutuan dan hutang negara

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 02:23 AM | Show all posts
tekoyong posted on 29-10-2014 01:49 AM
bro,

ada beza hutang kerajaan persekutuan DAN hutang negara


The figure( jumlah hutang)is something justifiable atas dasar pembangunan, you think?  no matter whichever way you look at it?



Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 02:41 AM | Show all posts
Benda makin naik. Ehem ehem bila nak turun.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 03:22 AM | Show all posts
crankshaft posted on 29-10-2014 01:37 AM
Apa ada heran ?ibarat sebutir nasi terselit dicelah gigi jer kheen? This 600 billion?

Kita ada  ...

rakyat mesia ni dah jd cam hamba abdi je

pun ramai tak sedar diri lagi, rakyat didahulukan kononnnnnnnnnnnnnnnnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 03:28 AM | Show all posts
Bateesta posted on 29-10-2014 03:22 AM
rakyat mesia ni dah jd cam hamba abdi je

pun ramai tak sedar diri lagi, rakyat dida ...

Rakyat malaysia née senang to please....cuti raya nko jangan kacau...bulan ramadhan...nko kasi derang balik awal.....BRIM BRAM broom. Setahun kasi ler sekali dua kali......ditambah bila PRU....nearing............apa lagi..itu je per....? Yang lain nko tak payah kasi nasi kangkang pun utk membebalkan rakyat.......

Siapa kata mentakbir malaysia née susah?

Khennn?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:06 AM | Show all posts
hnya bn mampoo perintah malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:51 AM | Show all posts
agok nya dah sumbat siNuar tu...baru stabil hutang negara kot....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 05:58 AM | Show all posts
itu belum masuk hutang 1mdb yg dekat 40b

orang buat sovereign fund drp kekayaan negara najib buat sovereign fund dgn berhutang
lepas tu bayar interest lebih tinggi drp biasa
bayar komesen jer sampai 2 angka..
beli harta pulak dgn harga mencanak
dan paling celaka hanya najib jho low dan kak mah jer yg tahu camna ia diurus.. hmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.048161 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list