CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14482|Reply: 110

[Tempatan] PhD palsu cuma RM10,500

[Copy link]
Post time 23-4-2015 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa hari lalu, Majlis Profesor Negara (MPN) melancarkan buku Garis Panduan Penggunaan Gelaran Profesor bagi mengangkat kredibiliti profesion dan imej ahli akademik di Malaysia bertujuan menjelaskan penyalahgunaan gelaran profesor pada pangkal nama atau kad nama. Bahkan sudah ramai menyalahgunakan ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) sama ada dibeli menerusi online, diplagiat atau mengupah orang menyediakan tesis bagi tujuan penipuan dan komersial.

Banyak kes seperti ini sama ada di Malaysia ataupun luar negara termasuk negara maju yang menjadi hab pengajian tinggi. Beberapa tahun lalu, bekas Pengarah Kanan dan Ketua Pegawai Maklumat, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Laura Callahan meletak jawatan selepas didapati membeli Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD secara dalam talian. Kes ini menggegarkan keselamatan Rumah Putih kerana dilihat seolah-olah tidak menyemak latar belakang sebelum mengambil beliau bertugas. AS mengeluarkan 50,000 ijazah PhD seluruh dunia, bernilai RM3.6 bilion (AS$1 bilion) setahun.

Di Pakistan pula ada banyak universiti melantik profesor kelulusan PhD palsu dan ia menjejaskan kredibiliti universitinya. Pembabitan 'profesor segera' ini merosakkan imej dan mutu pengajian terutama bidang perubatan. Di Russia, ijazah palsu dapat dibeli dengan harga RM3,000. Ada juga sindiket mengeluarkan ijazah palsu atas nama Universiti Harvard - pusat pengajian tinggi terbaik di dunia, dengan harga RM120,000. Sedia khidmat ijazah palsu Malah, sebuah laman sesawang menyediakan perkhidmatan mengeluarkan ijazah palsu, termasuk PhD dari pusat pengajian tinggi dengan bayaran RM240.

Tawaran ini jadi lebih menarik apabila mereka bebas memilih apa sahaja bidang dikehendaki atau mana-mana universiti untuk diisi dalam ijazah palsu itu. Ijazah palsu membabitkan universiti Malaysia mula dikesan susulan kes penipuan untuk mendapat kelulusan Universiti Sains Malaysia (USM) beberapa tahun lalu. Selain kes sijil palsu USM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara. Pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri. Syarikat mengenakan harga RM6,500 bagi ijazah Sarjana Muda, RM8,500 (Sarjana) dan RM10,500 (PhD) dalam pelbagai jurusan kononnya diiktiraf lima universiti luar negara, antaranya Universiti Rockhampton, Universiti Harvey International, Universiti Cannington Brook dan Universiti Charles Molnar.

Ramai orang 'sakit jiwa', pemalas dan suka menipu mencari jalan pintas, cepat, tidak perlu belajar untuk mendapatkan ijazah secara mudah, dalam tujuh hari sedangkan pelajar universiti menghabiskan tiga hingga enam tahun untuk mendapatkan diploma dan ijazah. Bukan mudah untuk mendapat PhD kerana memakan masa lama. Perlu berkorban wang ringgit, keluarga dan masa. Perbuatan segelintir mereka ini adalah tidak adil kepada pemilik ijazah sebenar. Mereka yang terbabit dalam kes pemalsuan ijazah, biasanya bijak bercakap tetapi isinya kosong dan hanya boleh dikesan sesetengah pakar apabila dibandingkan dengan kelulusan diperoleh. Selalunya orang yang gagal dalam pelajaran dahagakan pengiktirafan, lebih-lebih lagi orang yang baru dikenali. Mereka mahu dipandang tinggi, berilmu, berkebolehan dan boleh dijadikan pakar rujuk.

Perdaya orang Mereka bangga memperkenalkan diri sebagai 'Dr' dan profesor memperdayakan orang sedangkan hanya tamat Tingkatan Tiga ataupun Tingkatan Lima. Kadangkala dengan gelaran 'Dr' dan profesor yang dijaja sebagai pakar motivasi, MLM, penjual produk kosmetik dan ahli perniagaan, mereka dapat lebih peluang dan keutamaan menjawat jawatan penting seperti pengarah dan perunding dalam organisasi serta senang mendapat kontrak projek. Ditambah pula dengan sikap orang ramai mudah percaya dengan kepetahan bercakap tanpa meneliti latar belakang pengajiannya, selain kelemahan majikan di Malaysia yang hanya melihat rekod jenayah pemohon pekerjaan tanpa menitikberatkan status pendidikan menyebabkan kegiatan membeli ijazah sarjana dan PhD palsu semakin berleluasa. Satu pusat menyimpan data graduan mesti ditubuhkan untuk mengelak kes pemalsuan ijazah dan semua sijil dicetak Percetakan Nasional yang mempunyai tahap sekuriti tinggi.

Seseorang bergelar Tan Sri, Datuk, ahli perniagaan dan pakar motivasi tidak berintegriti dan patut merasa jijik memiliki ijazah palsu serta sanggup menggunakan gelaran doktor atau profesor. Mereka patut malu kepada masyarakat bahkan kepada ahli keluarga yang mengetahui taraf pendidikan dimiliki. Adalah wajar sesiapa yang menggunakan sijil palsu dihukum mengikut Seksyen 471 dan 468 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum tidak lebih daripada tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya. Penipuan sijil palsu perlu dibendung agar tidak merebak dan kelak disalah guna warga asing ketika Malaysia mengambil pelbagai usaha menjadikan negara sebagai hab pengajian tinggi.

Penulis ialah Presiden Transparensi International Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat yg kes warga lubnan kata dia kaya, ada aset bebilion2. rujuk ke polis,polis kata x jdk kesalahn jika die ngaku die kaya..klo die ngaku die kaya pas tu tipu org bru jdk salah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:50 AM | Show all posts
Setahun fee untuk doctoral candidacy dah lebih kurang 14000 pound....selalunya ambik 4 tahun... kalau RM10500 saja utk dpt phd palsu ni kira murrah la amat...alang alang nak jual phd tu juallah RM250000...barulah berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:53 AM | Show all posts
TuntungReturn replied at 23-4-2015 08:50 AM
teringat yg kes warga lubnan kata dia kaya, ada aset bebilion2. rujuk ke polis,polis kata x jdk kesa ...

patut la ade forumer sorg tu mengaku ade 18 company..... jd supplier mydin.... ade law firm dah kasi tutup psl slalu menang kes.....
tak jd kesalahan rupanya mengupkan diri sedemikian rupa....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:54 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 23-4-2015 08:50 AM
Setahun fee untuk doctoral candidacy dah lebih kurang 14000 pound....selalunya ambik 4 tahun... kala ...

fazley tu pun katanya phd palsu gak... buat tak sampai setahun phd tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 08:57 AM | Show all posts
pastu aku pun heran pakar pakar motivaasi ni yg tak attach kat mana mana university.. sesuka hati juga PROF. hahahahha dia tak ketahui kah. .bahawa PROF tu jawatan di university kalau kat mesia nih...... ada bomoh pun gune PROF hahahhahahahahahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2015 09:05 AM | Show all posts
cuba tanya PROFESOR melayu palsu riduan tea adulah, famous dgn kje2 plagiat2nya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian tau org yg susah payah dpt phd ni...aku tgk member aku...walaupon.nampak rrlaks je..dlm hati sapa tauuuuu....

org dpt.phd pelesu..siap bangga lg...padahal nan hado
..

dr.vida....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 09:31 AM | Show all posts
pakar motivasi semua ada PhD, legit kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:35 AM | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 08:54 AM
fazley tu pun katanya phd palsu gak... buat tak sampai setahun phd tuh

Syukur dia tak baik dgn mak mentua tu... kalau tak lagi panjang hencapan kat fazley tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:36 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 23-4-2015 09:35 AM
Syukur dia tak baik dgn mak mentua tu... kalau tak lagi panjang hencapan kat fazley tu

tp mak mertua tu la wat kacau... smp die tarik diri dr kolej swasta yg fazley ade share tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:38 AM | Show all posts
PHD = permanent head damage...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:42 AM | Show all posts
lurve82 replied at 23-4-2015 09:38 AM
PHD = permanent head damage...

Betul... ramai yg lepaih ambik phd...penuh uban kat kepala...

Betul tak @sayawifenikmie
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:44 AM | Show all posts
scorpionkiki replied at 23-4-2015 09:42 AM
Betul... ramai yg lepaih ambik phd...penuh uban kat kepala...

Betul tak @sayawifenikmie

sbb tu hakak asyik tgguh nk buat phd...(sebenarnya malas)...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:44 AM | Show all posts
shernazz replied at 23-4-2015 09:11 AM
kesian tau org yg susah payah dpt phd ni...aku tgk member aku...walaupon.nampak rrlaks je..dlm hati  ...

yg  bertahun kot nak siapkan paper bagai....ade org senang2 je mengaku dr.... pdhl habuk pun tarak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Postgrad study coursework xyah duk propa la sis..persis kelas zaman degree jah..saya hanya salut ummah2 yang dpt phd dlm sains jah,especially dlm molecular lvl...hanya elohim tahu dugaan buat molecular work di tanah suchi meleisyi'ah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 09:46 AM | Show all posts
lurve82 replied at 23-4-2015 09:44 AM
sbb tu hakak asyik tgguh nk buat phd...(sebenarnya malas)...

usahkan phd... master pun malas.... @Syd gak yg rajin
btw kdg2 sampai skrg pun dok mimpi lupa nak anto assignment....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:49 AM | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 09:46 AM
usahkan phd... master pun malas....  @Syd gak yg rajin
btw kdg2 sampai skrg pun dok mimpi ...

rajinnnnnnnn laaa sangatttttt


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:50 AM | Show all posts
dino replied at 23-4-2015 09:46 AM
usahkan phd... master pun malas....  @Syd gak yg rajin
btw kdg2 sampai skrg pun dok mimpi ...

ala dino..master tak lama pun..sethn lebih jah...itupun klu tak extend la...

PHD ni paling cepat pun 3 thn..mls lah...lpas tu nk mohon scholar kne interview present proposal bagai...xkoser...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 09:53 AM | Show all posts
Syd replied at 23-4-2015 09:49 AM
rajinnnnnnnn laaa sangatttttt

kite bangga tawww.... psl kite dah tak larat la nak bljr nak kumpul duit je

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.082931 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list