View: 7745|Reply: 48
|
Biar merbahaya asalkan kaya!
[Copy link]
|
|
assalamualaikum.
saja je bukak thread ni . nak bincang tentang lambakan produk kecantikan di luar sana (especially local). thread ini bukan sahaja merujuk kepada owner produk tu sendiri, tetapi orang- orang yang menjadi agen dan menjual produk terbabit. malas nak sebutlah kan produk apa, dah macam- macam sekarang. benda yang sama je- sabun, krim malam, krim siang. sesetengahnya ade toner. itu baru set muka. belum termasuk supplement lagi. mudah sangat jumpa produk2 camni. nama je lain2, tapi produk seakan sama. modalnya, guna testimoni2 (biasanya kalau produk2 baru ni, depa akan bagi dulu orang test, bila dah ada testimoni baru viralkan).
kebanyakan produk2 ni pulak, dikilangkan di kilang yang sama (ini berdasarkan pembacaan ye- dari orang2 yang berpengalaman, bukan diada2 kan). tak caya, boleh rujuk internet, kadang2 ade orang iklankan servis untuk "membuat" atau "mencipta" jenama kecantikan mengikut spesifikasi orang yang request. tiada R & D, tiada kelulusan aesthetician atau medical expertise, alih2 ha kau, keluar segedebuk produk sendiri. lepas tu claim ade R & D dan sebagainya. ada pula tu yang ada kelulusan KKM, tapi aku still xyakin (sebab aku beranggapan mereka pasti akan send sample yang free dari bahan2 berbahaya, tapi produk untuk production menggunakan bahan2 berlainan). ini anggapan aku saja ya, tapi aku rasa possibility nya tu ada.
aku bukan nak memburukkan mana2 pihak, tetapi entah, just pelik. penjual/ owner terus menerus jual tanpa rasa bersalah (walaupun dah tahu tentang bahan2 bahaya dalam produk), dan pembeli juga tidak serik2 walaupun ramai dah terkena sebab syok tengok muka sendiri gebu gebas nak selfie pun bangga. kita bercakap tentang etika berniaga. tentang kesedaran pengguna. tentang kejujuran dalam berniaga. bagi aku, kalau nak berniaga tu biarlah benda2 baik, bukan benda yang akan memudaratkan. sama juga dengan pengguna, bukan fikir cantik pada masa kini, tapi masa akan datang jugak. produk2 beracun yang mengandungi merkuri bukan saja berbahaya pada kulit, tapi boleh juga meresap masuk ke dalam organ dalaman tau!
aku boleh menyokong produk lokal. tapi biarlah yang ada R & D nya. yang bahan2 nya tidak merbahaya dan berkualiti. bukan sekadar produk yang terhasil dari ketamakan sesetengah individu tanpa mengira kemudaratan yang akan dibawanya. sekian luahan aku. kalau korang pun ada nak share or luahkan atau apa2 saja di sini, bolehlah sama2. thanks.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg amek dr negara jiran.. Pil hormon gebu montok..ropenyer pil utk pondan.. Kot kene kanser kalau overdose..berhati2 la.. Sb dorg repack ltk nama local2 gitu..akak tak caya bende2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Biasala weh. Yg membeli satu hal,yg menjual satu hal. Yg membeli nk effect segera, terpengaruh dgn testimoni, yg menjual pulak tak jujur,nk cepat kaya sampai sanggup jual produk berbahaya takde rnd nih. Borong banyak2 tukar packaging and voila I hv my own skincare products! Tak peduli dh walaupun pengguna akan terdedah bahaya. Yg penting jd jutawan segera. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa makan supliment dr farmasi je los terkena sekali dl...lps tu beli satu ubat tuk demam panas elok tuk kecantikan gak...so skrg ni kalo nak je oder dr kawan coz kilang dia pun ada barang tu...banyak jimat tp x le meletup putih lg...yg pasti x la takut sgt bhn2 berbahaya |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah yg jual kosmetik ni semua kaya raya 
|
|
|
|
|
|
|
|
dah la mahal, produk tah dari mana2. baik iols beli pharmacy. at least it's a well known brand and ada R&D. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ambik pakej platinum tu tak leh blah untung sampai 90k...depa kaya raya...kulit customer kuar kayap.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesedaran pengguna masih di tahap yang menyedihkan
pantang nampak testimoni terus gatal nak membeli
testimoni pulak terang2 guna cam 360
gebu gebas pelik bangat
sedeh betul |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bole la tipu.. Skang ramai dah tau produk repack..byk bsepah kt ig,fb... Try sume..sume sepesen Sana je... Pembeli tertipu..duit pon lebur |
|
|
|
|
|
|
|
Customer yang jenis berangan nak cantik macam artis ni yg cepat terpengaruh. Ingat artis2 lawa tu pakai ke produk haprak macam tu. Huhuhuhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg buat iklan misleading, x boleh disaman ke ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn TT... Jiran saya kawan kpd emaknya ada ambil suplimen untuk putih memutih ni... Tak lama lepas tu ada racun dlm air kencing...takut dengar..
Biarlah beli suplimen yg mahal sikit tapi ada R&D bertahun2 untuk selamat...pendapat saya😊 |
|
|
|
|
|
|
|
Jujur cakap la kan...
Saya pun selalu juga terpengaruh dengan iklan ni semua.
Asal baca testimoni, memang rasa nak beli je.
Tapi selalunya saya terpengaruh dengan produk kurus atau kesihatan. Kalau produk kecantikan ni tak pernah rasa nak beli pun.
Tapi rasa terpengaruh je ye, belinya tidak.
Letak la gambar sebelum dan selepas. Dalam hati terus terdetik. Tipu. 
Sebab sepupu saya pun pengedar satu produk ni.
Tengok dia post setiap hari di FB, makan pil berbiji-biji, sehari kena makan tiga kali, setiap kali tu entah empat lima biji kena telan. Belum kira yang cecair punya yang dicampur dengan minuman.
Saya macam...
Dah macam orang sakit pun ada, bergantung hidup pada ubat-ubatan.
Niat nak cantik. Cantik kat FB je la, jumpa kat kampung muka tak putih jugak.
Niat nak kurus. Perut tetap berlipat dan pakai baju xxl.
Niat nak tolong suami, nak kaya. Tak apalah, ini bukan soal tak nak tolong sedara atau perniagaan Melayu, tapi saya tak sanggup tolong dengan menjahanamkan diri sendiri. Saya nak jaga kecantikan dan kesihatan saya dengan cara saya, tak rela keluarkan duit beratus ringgit tapi kesan jangka panjangnya...Nauzubillah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi berbeza dengan produk yang memang terbukti ada KKM, ada RnD...
Atau produk petua orang dulu-dulu yang tanpa bahan kimia.
Yang itu rasanya lebih yakin.
Tapi pelik jugak dengan pengguna ni.
Orang sekarang bijak-bijak. Ada Internet.
Takkan la tak ada kesedaran langsung bila baca kesan negatif pasal benda-benda ni.
Ke nampak, tapi tutup dua-dua mata sebab nak cantik punya pasal, kesan jangka panjang letak ke tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik.
Nanti nak mintak duit hantaran kahwin 7,000.
Lepas la nak buat modal untuk pakej basic 6,999.
Untung-untung dapat balik 8,000
Ceh.
Senang betul kan. Pikir nak kaya cepat je. Kesan kepada pengguna langsung tak nak fikir.
Entah-entah owner tu sendiri tak pakai produk dia tu. Pakai produk mahal yang dah kukuh, lepas tu tipu pengguna kata itulah kesan daripada produk yang diorang buat.
Tapi betul ke murah sangat tu?
No wonder la banyak produk tiba-tiba muncul di pasaran. Pakej basic tu kira pakej yang sangat murah dan ramai orang boleh bayar.
Hari tu baca kat CI, macam ada orang kata kalau ada 80,000, dah boleh buat produk sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
ai pun bukan nak condemn produk local.. support... pernah pakai hokay.. dari skincare, jamu hingga ke produk kurus...
yang sedih produk skincare ada merkuri, produk kurus ada sibutramine...
borak dgn sorang doktor tempat kerja ai.. dia kata merkuri ni akan mengaktifkan sel kanser.. sebab tu ramai org kena kanser.. bdn kita ni pun dah ada sel kanser. pemakaian skincare yg ada merkuri or hidrokuinon pun akan meresap ke dalam salur darah dan akan berkumpul di ovari.. sebab tu ada keputihan or cyst or apa2....
takut tau.. lagipun produk yang di hantar ke lab KKM sumer bebas dri sebarang kimia... dpt je NOT terus tepek kat sticker n jual x kisah ler ada brang dalam tu...
pompuan ni hidang jer dengan testimoni cantik.. haaa terus nak beli.. korang ingat penjual tu muka camne?? cuber COD mesti tak mampooo... diorg x pakai pun...
produk kurus plak yang aku rasa sensara skrg ni .... perut aku menipis... sensitif ada luka... produk yang menghakis... ai dah stop segala suplemen.. ai amik makanan sunnah jer... tp masih dlm rawatan doktor pakar... perut sensitif.. sampai amik pain killer yang kuat.. sebab merana skrg ni....
so skrg ai mmg pakai produk yg ada R&D saja.. kawan ai ckp 1 krim malam baru rega rm3.50 sebotol.. jual sampai RM50 ++ mana takboleh pakai lamborghini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takutnya baca pengalaman you.
Semoga you tabah dan kuat semangat menghadapinya.
Jaga diri elok-elok ya.
Berapa lama you pakai produk kurus tu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|