View: 4501|Reply: 33
|
[Tempatan]
Pelanggan Serbu Pejabat Rayani Air Dalam Keadaan 'Tidak Gembira'
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-IIN at 13-4-2016 03:16 PM
Seramai 600 pelanggan membanjiri ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air di Seksyen 15, Shah Alam, Selasa.
SHAH ALAM: Melihat orang ramai yang beratur panjang, anda mungkin terfikir bahawa mereka mahu mendapatkan telefon pintar keluaran terbaharu, tetapi barisan panjang itu sebenarnya terdiri daripada kumpulan pelanggan yang tidak gembira berada di situ.
Seramai 600 pelanggan membanjiri ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air di Seksyen 15 di sini, Selasa, menurut syarikat penerbangan itu.
Pelanggan-pelanggan itu berada di sini untuk menuntut bayaran balik dan kini perlu 'mencari jalan' baharu untuk sampai ke destinasi mereka selepas syarikat penerbangan itu digantung selama tiga bulan.
Bagi yang bernasib baik, mereka dapat duduk di kerusi dan meja untuk mengisi borang dalam pejabat Rayani Air bersaiz kecil itu, manakala yang lain terpaksa berpuas hati dengan lantai simen di luar pejabat yang terletak di tingkat dua bangunan.
Bagaimanapun, rata-rata yang datang ke situ memberitahu The Star bahawa mereka berpuas hati dengan perkhidmatan kakitangan syarikat penerbangan itu dalam membuat bayaran balik kepada mereka.
"Mereka menunjukkan kekesalan dan memohon maaf," kata seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Safuan.
Beliau telah menempah tiket untuk pulang ke Kota Kinabalu pada Hari Raya dan berkata beliau mungkin perlu menunggu sehingga 20 hari untuk syarikat penerbangan itu membuat bayaran balik.
"Mereka sangat sabar dan memahami. Tetapi jika anda tanya saya sama ada saya mahu terbang dengan mereka sekali lagi, mungkin tidak. Mereka telah menimbulkan banyak masalah kepada saya," katanya.
Bagi pelanggan Fazlee Abdullah, ini adalah kali ketiga beliau perlu bertemu dengan kakitangan perkhidmatan syarikat penerbangan itu berhubung masalah penerbangannya.
Bagaimanapun, beliau bersedia untuk memberi peluang lain kepada syarikat berkenaan.
"Mereka masih baru, jadi mungkin kita perlu faham," katanya.
Nik Azida Nik Mahmood dari Kelantan pula berang dan mendakwa perkhidmatan pelanggan di sini tidak akan membayar balik tiket RM750 dalam bentuk wang tunai seperti yang dijanjikan sebelum ini.
"Dalam berita mereka kata saya boleh dapat bayaran balik dalam bentuk wang tunai tetapi sekarang saya perlu menunggu selama 30 hari bagi untuk mereka memindahkannya ke akaun bank saya," katanya. - mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
simpati ngan bebudak baru keje yg kena maki hamun ngan pelanggan. |
|
|
|
|
|
|
|
bertabahlah staff rayani.. |
|
|
|
|
|
|
|
slmt gi ptg...xde la ramai sgt...tp kesian yg beli utk smpi belas2 pax tu...nk tulis nama setiap org dlm borg...jenuh...hakak dgr jah dorg merungut...perli2 bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
Raya ni tak boleh naik Rayani
|
|
|
|
|
|
|
|
huhu dah la ada beli tiket rayani air ni. tak tau ape nama nasib rayani slps 3 bln ni.
Ada sesape tau apa jdi pd kapal terbang rayani yg tersadai kat gate terminal tu, dah di alihkan ke belum?. since semua pilot dia mogok.
tapi serius, kesian pada staf2 rayani air. tak lama lagi bln puasa, mcm mana lah diaorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Zass... mantap tag line nganjing...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ade hikmah jugak rayani x beroperasi. Kalo x, xtau mcm mane nk cancel tiket.
#rayanitakdapatbalik |
|
|
|
|
|
|
|
Lucunya tajuk ni, iin..
Hehe serbu dalam keadaan tak gembira.. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian staff dia.. x pasal kena maki... |
|
|
|
|
|
|
|
servis Rayani Air x boleh harap |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tajuk iin tu.. mStar punya tajuk.. tajuk iin lain untuk portal CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
isi borg jah...blm lg...kne tgu 7-30 hari bekerja..
|
|
|
|
|
|
|
|
La hai..amik hati je ke tu.. nanti kalau dah dapat inform tau. risau dorang 'belok' sana sini plak
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah ler...tgu je la..ok..klu dpt la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian dia orang kena tunggu lagi 7-30 hari harap janji ditepati le |
|
|
|
|
|
|
|
pity those staff yang kena melayan maki hamun customer. sabar je la. hopefully rayani air ni recover balik. ada kawan cousin yang dulu kerja MAS...pastu after restructuring, dia dapat offer Rayani Air ni. tak tahu lah apa nasib dia sekarang.. dengan MAS pun problem dulu.. ni Rayani pulak |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk knela ringkas
contohnya
pelanggan meroyan di pejabat royani air |
|
|
|
|
|
|
|
Lol, that pun tho
|
|
|
|
|
|
|
| |
|