CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

(EDISI INFO KESIHATAN SEMASA 2020/2021)

[Copy link]
 Author| Post time 1-12-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts


Info terkini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-12-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts



Bulan ni hari sambutan AIDS sedunia.  Semoga mereka yang melalui ni tabah. Dan kita x skeptical to those with HIV

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 1-12-2020 11:57 PM

Info untuk semua. Kluster Teratai antara penyumbang melebihi 50% untuk kes harian covid yg meningkat sekarang ni.

Now trend telah mula menular ditempat kerja khususnya kilang kilang... so please jaga diri and ikut SOP.

Selagi kita follow SOP paling tidak mampu mengelakkan dijangkiti atau spreading kan virus tu kepada org lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2020 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
KERJASAMA KKM DENGAN SEKTOR KESIHATAN SWASTA BAGI MENANGANI PANDEMIK COVID-19
Tarikh : 25 November 2020

Semenjak fasa awal pandemik COVID-19 ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah  bekerjasama dengan sektor kesihatan swasta iaitu hospital, klinik dan makmal swasta bagi menghadapi peningkatan kes. Kerjasama ini bertujuan antara lain bagi mengoptimakan sumber dan kemudahan kesihatan sedia ada dalam negara di pelbagai sektor seterusnya memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang disediakan untuk rakyat.


1. Kerjasama dengan hospital swasta

2. Kerjasama dengan makmal swasta

3. Saringan COVID-19 di fasiliti swasta termasuk kinik perubatan swasta

4. Bantuan sumber perubatan dan tenaga kerja dari sektor kesihatan swasta

https://www.facebook.com/410620456432736/posts/855115875316523/

Sumber: FB Program Perubatan KKM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak berhenti merokok bukanlah semudah berhenti minum sirap.

Perjalanan itu penuh liku-liku dan dugaan yang perlu ditempuhi bagi mencapai matlamat untuk bebas dari tabiat merokok. Untuk berjaya ke arah itu, talian Quitline Berhenti Merokok boleh membantu anda.

Hubungi 03-8883 4400 segera.

#speakout
#sihatmilikku
#walkthetalk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-12-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 4-12-2020 03:30 PM
Nak berhenti merokok bukanlah semudah berhenti minum sirap.

Perjalanan itu penuh liku-liku dan d ...

wahhh awesome... TQ!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 4-12-2020 03:33 PM
wahhh awesome... TQ!!!

Boleh ke I tumpang share info? I c&p from cprc telegram je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2020 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 4-12-2020 04:12 PM
Boleh ke I tumpang share info? I c&p from cprc telegram je

of coz u can, here lebih sesuai than thread borak.. so ramai boleh baca.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 4-12-2020 04:14 PM
of coz u can, here lebih sesuai than thread borak.. so ramai boleh baca.

Orite.. tq.. Will share more
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer bagi menjamin perolehan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal itu bagi 20 peratus rakyat Malaysia iaitu kira-kira 6.4 juta orang.

Vaksin itu akan diberikan kepada rakyat jika ia terbukti selamat dan berkesan, bermula tahun depan.

Data awal vaksin itu setakat ini menunjukkan tahap keberkesanan setinggi 95 peratus setelah melalui ujian klinikal fasa ketiga ke atas 43,998 orang di seluruh dunia meliputi kanak-kanak seawal 12 tahun sehingga warga emas berusia 85 tahun.

Kerajaan sentiasa bertegas untuk memastikan sebarang vaksin yang akan diberikan kepada rakyat adalah selamat dan berkesan dan kesemua vaksin perlu melalui proses penilaian melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan sebelum ia diberikan kepada rakyat.

Sumber: FB Khairy Jamaluddin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia akan berusaha memastikan mana-mana vaksin Covid-19 yang lulus didaftarkan dan dipasarkan di Malaysia adalah selamat, berkualiti, dan mempunyai keberkesanan yang optima mengikut keperluan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam dokumen yang telah diterbitkan iaitu ‘WHO Target Product Profiles for COVID-19 Vaccines’, April 2020.

1. Keberkesanan:

- Berdasarkan garispanduan “WHO Target Product Profiles for COVID-19 Vaccines”, vaksin tersebut haruslah menunjukkan tahap keberkesanan minima ‘dalam clinical trial’ sebanyak 50% point estimate (Vaccine Efficacy, VE). Walau bagaimanapun, point estimate sebanyak 70% adalah amat digalakkan (preferred).
- Vaksin tersebut seharusnya menjana antibodi yang dapat kekal dalam badan seseorang untuk sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan. Namun, Vaccine Efficacy (VE) adalah endpoint dalam kajian klinikal fasa 3. Buat masa ini, belum ada lagi keputusan kajian klinikal fasa 3 yang diterbitkan bagi vaksin COVID-19 yang boleh dinilai oleh pihak NPRA, KKM. Oleh itu, maklumat VE bagi setiap calon vaksin belum dapat dipastikan.

2. Keselamatan:

- Vaksin tersebut haruslah mempunyai profil keselamatan yang mencukupi supaya faedah yang diperolehi melebihi risiko (benefit/risk ratio analysis).
- Vaksin tersebut mempunyai kesan adverse yang ringan (mild) dan bersifat sementara (transient) dan tiada kesan adverse serius yang dilaporkan.

3. Kualiti:

Bukti Komplians kepada Amalan Pengilangan Baik
- Data perkilangan perlu menunjukkan kesemua sumber bahan yang digunakan dalam proses perkilangan adalah dikawal secukupnya mengikut piawaian antarabangsa. Sebagai contoh: “history and qualification of cell banks, virus banks, and identification of all animal derived materials used for cell culture and virus growth.”
- Data proses perkilangan yang perlu dikemukakan termasuk: “critical process parameters, critical quality attributes (for example purity, identity, potency of the vaccine), batch records, defined hold times, and the in-process testing scheme”.
- Spesifikasi bagi “drug substance” dan “drug product” perlu dikemukakan juga.
- Data bagi menunjukkan proses perkilangan yang konsisten, contohnya dokumen protokol, proses validasi dan laporan kajian.
- Data stabiliti yang menyokong jangka luput vaksin dan suhu optima yang dapat menjamin kualiti vaksin tidak terjejas jika digunakan dalam lingkungan suhu yang disyorkan.
   
Sumber rujukan:
1. WHO Target Product Profiles for COVID-19 Vaccines, Version 3-29 April 2020
2. Development and Licensure of Vaccines to Prevent COVID-19, Guidance for Industry, US FDA, June 2020

https://www.facebook.com/578835322140360/posts/3875756385781554/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengagihan vaksin COVID-19 yang bakal diperoleh Malaysia pada suku pertama tahun depan akan melibatkan individu berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Ia kerana penyelidikan untuk membangunkan vaksin oleh negara pengeluar hanya membabitkan golongan dewasa - Ketua Pengarah Kesihatan - Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah

Ujian terhadap keberkesanan penggunaan vaksin tersebut kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, belum digunakan.

Sekiranya vaksin diberi kepada kelompok tersebut, akan berisiko menyebabkan kesan sampingan.

Kerajaan bersedia membuat perolehan vaksin lebih daripada satu pengeluar, bagi memastikan bekalan vaksin mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, vaksin yang bakal diperoleh tahun depan, hanya dapat menjamin akses vaksin COVID-19 untuk 30% rakyat Malaysia sahaja.

Sumber : MKN & Berita RTM
Sumber Video: https://www.facebook.com/415121165218337/posts/3582785238451898/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Peranan jururawat dalam merawat pesakit Diabetes adalah

Membuat saringan awal untuk mengesan Diabetes agar rawatan segera dapat diberikan
Memberi latihan pengurusan diri dan sokongan psikologi bagi penghidap Diabetes untuk membantu mencegah komplikasi
Melakukan saringan komplikasi Diabetes secara berkala untuk mencegah dan mengesan awal komplikasi

Jururawat Nadi Perubahan.

#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sitting Disease merupakan kesan buruk akibat gaya hidup sedentari.

Individu yang tidak aktif dan duduk lebih 6 jam sehari adalah lebih berisiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti Diabetes dan kematian pramatang.

Jadi, kurangkan duduk dan bergerak aktif setiap hari.

#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2020 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Anda bercadang untuk buat rawatan estetik?

Pastikan 3 P baru pergi.

1 Prosedur : Kenal pasti prosedur invasive atau tidak dan hanya doktor yang berkelayakan dibenarkan untuk menjalankan prosedur invasive

2 Pengamal Perubatan (Doktor) : Pastikan pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan mempunyai Letter of Credentialing and Privileging (LCP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia

3 Premis : Pastikan prosedur yang invasive dijalankan di premis jagaan kesihatan berdaftar

#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 4-12-2020 04:40 PM
Kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer bagi menjamin perolehan vaksin COVID-19 kelua ...

ohhhh so kita pilih pfizer..... tq keypo
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 4-12-2020 07:45 PM
ohhhh so kita pilih pfizer..... tq keypo

But 4 days ago Pharmaniaga kata vaksin diorg will be ready by 1st quarter next year..


KHAS  Covid-19
Pharmaniaga sudah sedia edar vaksin Covid-19
30 Nov 2020


KUALA LUMPUR - Pharmaniaga Bhd telah menubuhkan satu pasukan petugas dan melakukan persiapan sewajarnya bagi pengedaran vaksin Covid-19 yang dijangka disediakan pada akhir suku pertama tahun depan.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata, usaha tersebut juga susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengenai langkah kerajaan memeterai perjanjian bagi pembelian vaksin Covid-19 Pfizer untuk 6.4 juta rakyat negara ini.


Pengumuman tersebut juga telah membuka laluan untuk kerajaan mewujudkan lebih banyak usaha sedemikian dengan pengeluar lain.

Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, teras kecekapan syarikat itu adalah aspek perkhidmatan logistik gred-farmaseutikal serta kemudahan kilang pengeluaran ubat-ubatan halal yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Menurutnya, anak syarikat milik penuh, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd mempunyai pengalaman selama 26 tahun dalam bidang logistik dan pengedaran seperti keperluan suhu konsisten -20 darjah celsius dan 2 hingga 8 darjah celsius.

Sehubungan itu, ia akan memberi keutamaan kepada pematuhan ketetapan suhu vaksin Covid-19 demi memastikan tahap kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang berterusan.

“Usaha pengangkutan vaksin ini bukannya seperti ubat-ubatan lain kerana sebarang masalah seperti kegagalan mematuhi keperluan suhu yang ditetapkan boleh menjejaskan keberkesanannya. Bagi menanganinya serta cabaran penghantaran ke kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak, Pharmaniaga telah bertindak menyempurnakan medium pengangkutan serta proses yang mematuhi ketetapan Amalan Pengedaran Baik (AEB).

“Setiap kotak akan diletakkan bersama peranti pemantauan suhu yang membolehkan pelanggan mengesahkan pematuhan berkaitan. Selain itu, setiap kenderaan yang digunakan turut dilengkapi dengan kemudahan internet pelbagai benda bagi membolehkan kami memantau pergerakannya, masa tiba serta suhu.

“Kami juga mendapati vaksin Pfizer memerlukan suhu ultra sejuk -70 darjah Celsius. Oleh itu, picagari yang siap diisi itu akan diletakkan dalam bekas terma berisi ais kering untuk mengekalkan suhu tersebut,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia bakal dibekalkan 12.8 juta dos vaksin

Zulkarnain berkata, kemudahan gudang sedia ada Pharmaniaga di Bukit Raja Shah Alam, Juru, Kota Kinabalu dan Kuching juga telah dilengkapi dengan kemudahan rantaian sejuk serta sistem pemantauan persekitaran dan tenaga sokongan bagi memastikan vaksin itu selamat untuk digunakan.

Kesemua gudang berkenaan telah mendapat lesen Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan selain sentiasa ditambah baik.

“Kami juga mengambil maklum terhadap kemungkinan stor-stor hospital berdepan kesukaran besar jika menerima vaksin yang jauh melebihi kapasiti simpanan sedia ada. Atas alasan ini, Pharmaniaga sedang meneliti sistem penghantaran bersesuaian bagi memastikan proses vaksinasi itu dapat dijalankan secara lancar, teratur selain menambah stok,” katanya. - Bernama

Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts


Berita berkenaan vaksin Covid-19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2020 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 5-12-2020 12:55 AM
But 4 days ago Pharmaniaga kata vaksin diorg will be ready by 1st quarter next year..



drug companies surely nak vaccine dia keluar dulu.. just hoping a new outlook lepas ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.840161 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list