CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surfin_net82

[Tempatan] Gangguan bekalan elektrik. Hangat sungguh laa. Update #139

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:13 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-7-2022 07:39 PM
abih tu bos2 besar, ceo tnb sume tu nak campak mana? takde job la deme nanti


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts

Viral video Pencawang TNB di Johor mengeluarkan cahaya biru.TNB kata punca blackout,tapi netizen kata Electro,portal multiverse terbuka malah ada kata TERMINATOR muncul

Edited by YgBenar at 28-7-2022 08:27 AM




KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sejak 12.39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

TNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerosakan itu mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

Menurut TNB, bekalan elektrik di kawasan mengalami gangguan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada 3:02 petang yang mana kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku, hasil usaha berterusan pasukan teknikal syarikat utiliti itu.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini. Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 08:24 AM | Show all posts
tanda2 nak hapus subsidi api ke tuu???

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak tepek parr yang netizen ckp tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:07 AM | Show all posts
woww
nmpk cantik

serious la punca dr sini
tp mcmn blh jd gitu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Electro telanjang bulat kettewww?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 09:11 AM | Show all posts
api elektrik warna biru....mati kering kalau kena...heran kenapa protection tak bagi trip circuit?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:13 AM | Show all posts
10% pengguna yg terjejas katanya semalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 09:57 AM | Show all posts

Elektrik terputus: Pencawang rosak punca ‘bergelap’


Sesi sidang akhbar Bintang Sensasi Bollywood terganggu ekoran terputus bekalan elektrik di Kuala Lumpur semalam.

Elektrik terputus: Pencawang rosak punca ‘bergelap’

PETALING JAYA – Gangguan bekalan elektrik yang berlaku hampir tiga jam mulai pukul 12.39 tengah hari yang melibatkan kebanyakan negeri di Semenanjung berpunca daripada ke­rosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan semalam berkata, masalah itu telah me­ngakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2 gigawatt (GW) yang merupakan 10 peratus daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia.

Menurutnya, TNB telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik di semua kawasan yang mengalami gangguan pada pukul 3.02 petang semalam.

“Kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berte­rusan Pasukan Teknikal TNB,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, TNB memohon maaf kepada semua pelanggannya yang terganggu disebabkan masalah teknikal tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454.


suasana di sekitar pusat beli-belah Suria KLCC ketika bekalan elektrik terputus di Kuala Lumpur semalam.
– SHIDIEQIN ZON
Sementara itu, TNB memberi jaminan bekalan elektrik di negara ini adalah berdaya harap dan stabil yang mana gangguan bekalan mampu dipulihkan dalam tempoh segera, sepertimana dibuktikan dalam kejadian gangguan bekalan di beberapa kawasan tengah hari semalam.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din pula berkata, pihaknya dapat menyelesaikan masalah gangguan dalam tempoh wajar, malah ada kawasan pulih seawal 20 minit selepas terputus bekalan.

“Pemulihan bekalan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap hasil pelaburan secara berterusan TNB memodenkan grid termasuk mendigitalkannya agar rangkaian pembekalannya lebih stabil, fleksibel dan konsisten,” katanya.

Jelas beliau, kejadian yang berpunca daripada kerosakan di PMU Yong Peng North adalah kes terpencil dan kepantasan pemulihan bekalan menggambarkan tahap daya harap rangkaian sistem bekalan TNB.

Katanya, kerosakan di PMU Yong Peng North itu tidak melibatkan sebarang kebakaran dan PMU tersebut telah pun bero­perasi sepenuhnya.

Justeru, beliau memberi komitmen TNB akan terus menyediakan bekalan elektrik yang berdaya harap dengan sentiasa melaksanakan senggaraan dan membuat pelaburan bagi mening­katkan keupayaan sistemnya.

“Keupayaan kami memulihkan bekalan hari ini (semalam) adalah berikutan pelaburan besar dan berterusan TNB bagi menaik taraf sistem dengan sokongan Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,” ujarnya.


Beberapa pelanggan di sebuah kedai makan di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor terpaksa makan dalam keadaan panas akibat ketiadaan elektrik, hari ini- MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Mengimbas sejarah, kejadian seperti ini pernah dilaporkan pada tahun 1992, 1996 dan 2003.

Pada 1992, sebahagian besar penduduk Semenanjung berdepan gangguan bekalan elektrik dalam tempoh lama di antara enam hingga 10 jam.

Ia dikatakan berpunca daripada panahan kilat pada grid melibatkan empat talian kuasa antara Paka dan Teluk Kalong di Terengganu, sekali gus menyebabkan 12 stesen kuasa di pantai Barat Malaysia terputus bekalan elektrik.

Kejadian sama berulang lagi pada 3 Ogos 1996 pukul 5.17 petang yang mana ganguan hanya pulih sepenuhnya selepas tempoh 12 jam.

Kejadian yang berlaku di­sebabkan kerosakan pada jana kuasa di Paka, Terengganu itu disifatkan insiden paling terburuk direkodkan dalam kalendar sejarah negara.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... sak-punca-bergelap/

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:43 AM | Show all posts
Akak selalu dengar orang malaysia cakap tak ada air lebih perit daripada tak ada elektrik

tapi semalam kecoh juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.338642 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list