CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: generalsoap

Farid Kamil ♥ Diana Danielle - pregnancy test yesssza pg 50

   Close [Copy link]
Post time 2-12-2012 09:34 PM | Show all posts
pergh...untungla dpt adiah mewah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 09:47 PM | Show all posts
maybe ni sbb FK & DD bersanding siap ade PDRM




Gambar: Farid Kamil Hadir Ke Temuduga Sukarelawan Simpanan PDRM

Kelakar juga apabila ada peminat hiburan yang berspekulasi yang gambar di’sebelah ini menunjukkan yang Farid Kamil di’tahan pihak polis kerana filem PE3.

Farid Kamil berkongsi gambar terbaru beliau ini di Instagram tanpa sebarang penjelasan lanjut dan ia’nya telah mengundang spekulasi filem PE3 menimbulkan masalah buat beliau.

Sebenarnya, Farid Kamil telah menghadiri satu temuduga untuk pengambilan konstabel sukarelawan simpanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hujung minggu lalu.

Pihak PDRM sendiri mengesahkan perkara itu melalui Facebook rasmi mereka cuma kami sendiri kurang pasti apakah tujuan sebenar Farid Kamil menyertai polis? Hmm.

--->ROTIMISKIN.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 09:51 PM | Show all posts
maap soklan dari aku yang serba taktau ni.
jadik sukarelawan pdrm pun boleh kawen pakai uniform tu then bawah pedang bagai ke?
setau aku, yang pangkat pegawai je kan?
ke camne skang neh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:02 PM | Show all posts
DD punye event for nanowhite arini

DD asek pakai baju besar2 je skrg


Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:11 PM | Show all posts
poor DD..lom smpat terkenal dah kawen..habislah...nk tggu filem Almater U-WEI tu konon bakal meletopkan DD tp smpai ke sudah x kuar2....dah berkarat film tuh kan....rasa dh 3 tahun terperap....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 10:45 PM | Show all posts
Aku ingatkan michelle yeoh pegang mic.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2012 11:23 PM | Show all posts
terbaca goss kat kosmo td yg kata pelik 2 mgu dah leh tau jantina....kisah depa ni ker ek...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:31 PM | Show all posts
Bila baca macam-macam kenyataan FK tentang pregnancy dd, aku yang jadi keliru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2012 11:41 PM | Show all posts
skymania posted on 2-12-2012 09:34 PM
prot dh besar...bertabahlah jeh la..janji die nak kawen ngan DD gak..dr kes ngan ozlyn..anaya jeh. ...

yeke kes ngan O tu ?bukan ke O mmg dah kawen lama ngn johan katanya..aku igtkan selama ni itu cuma gosip shj
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:51 PM | Show all posts
nuhanis posted on 2-12-2012 09:51 PM
maap soklan dari aku yang serba taktau ni.
jadik sukarelawan pdrm pun boleh kawen pakai uniform tu  ...

Kalau askar simpanan yg iols tahu lepas cukup latihan, depa akan diberi pangkat pegawai muda (utk pemegang ijazah)..utk sukarelawan polis pun sama la kot..lgpun FK da gtau dia da g latihan pdrm n dia juga ada ijazah..so pangkat officer la tu, lehla kawen lalu bawah pedang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 11:51 PM | Show all posts
nampak sgt kan perot DD ni lg2 kalau ade gambar dari tepi..

tp DD cantek sgt...
FK mase nikah aku tgk cam hensem sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 12:43 AM | Show all posts
..kebetulan ade kwn yg kenal sedara FK ni..bila ditanya pasal DD nk sambung belajar tu..katanya, tk tentu lagi sebenarnya. Hari tu ckp mcm ye2 aje, kan? Tgk la nanti..kakau DD tak pegi pun australia atau mana2 utk further studies..lagi la something fishy
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 01:25 AM | Show all posts
nak speku jugak boleh??

inai kat tangan dia masa reception, sama design masa dia nikah.. and masih belum hilang.. pekat lagi..
so, kat tapak tangan mesti tak hilang jugak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 02:50 AM | Show all posts
apalah perasaan ibu bapa FK ni dgn gossip yg sgt mengaibkan ini? Terasa tebal muka kann? Simpati pulak dgn hal-hal gini, kalau rakyat jelata yg bukan retis pastinya tak ada sesiapapun persoalkan dgn calculator dan sebagainya, dah retis tu apakan daya, tersalah langkah menahan malu seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 03:13 AM | Show all posts
murasaki posted on 2-12-2012 10:02 PM
DD punye event for nanowhite arini

DD asek pakai baju besar2 je skrg

apesal kat pic belakang tu tulis Diana Danielle "Artis Antarabangsa"? sheol kembara kat mana jah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 03:14 AM | Show all posts
Jangan ungkit soal hamil awal



BELUM PUN majlis bermula, lebih 500 tetamu yang terdiri daripada kenamaan, keluarga, teman rapat dan media beberapa kali bergelap.

Bekalan elektrik yang terputus tambah mengharukan apabila berlaku sekali lagi ketika kedua-dua mempelai, Farid Kamil Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson melabuhkan punggung di pelamin seraya bacaan doa pembuka majlis dimulakan.


Sedikit terkilan dan terkejut dengan insiden tersebut, Farid, 31, memohon maaf atas kejadian yang tidak terduga itu. Dia juga berharap insiden yang sama tidak akan berulang untuk majlis resepsi sebelah lelaki pada 12 Disember ini di Jitra, Kedah.


"Kami memohon maaf atas kekurangan majlis pada kali ini, termasuk bekalan elektrik yang beberapa kali terputus dan makanan yang tidak mencukupi. Kami telah mencuba sebaik mungkin, namun perkara sebegini berlaku di luar jangkaan kami," katanya yang ditemui usai majlis resepsi tersebut.


Sambil ditemani Diana, Farid mengakui dia belum berasa lega selagi majlis di kampung halamannya di Kedah belum berlangsung. Kata Farid majlis itu akan bertemakan Kesultanan Kedah dengan memakai busana Melayu Tradisional, namun masih mengekalkan majlis perkahwinan dalam taman (garden wedding).


Berkongsi sedikit cerita mengenai impian majlis perkahwinan dalam taman yang selama ini diidamkan Diana, kelainan konsep yang dipilih pada malam 1 Disember lalu di Taman Ekuestrian Putrajaya, Selangor diserikan dengan sedikit elemen formaliti.


"Majlis ini masih mengekalkan konsep perkahwinan dalam taman. Saya sentiasa mahukan majlis yang ringkas dan tidak terlalu sarat dengan pelbagai acara. Cuma Farid yang menambah sedikit sebanyak kejutan supaya tidak terlalu hambar," ujar Diana.


Majlis pada malam itu dimulakan dengan perarakan Tean Paging 10 ekor kuda bersama sebuah kereta kuda berhias sekitar pukul 9 malam. Turut menyerikan majlis, persembahan berkuda daripada Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertontonkan kepada penonton.


Tegas pasangan itu, majlis persandingan kali ini tidak melibatkan sebarang penajaan, sebaliknya perbelanjaan keseluruhan dikeluarkan mereka sekadar termampu.


"Hanya ini yang mampu dilakukan dan kami tidak mengambil sebarang penajaan, sebaliknya ia dijalankan mengikut keupayaan kami sendiri.


"Bukan tiada penaja yang datang, cuma kalau boleh kami tidak mahu sebab takut setelah mengambil iktibar kejadian rakan-rakan artis sebelum ini apabila penaja menarik diri pada saat akhir.


"Sekali gus kami mahu membuktikan bahawa golongan artis tidak terlalu murah untuk terima tawaran penajaan sewenang-wenangnya," ulas pasangan tersebut.



FARID dan Diana mahu menjalani kehidupan rumah tangga secara normal seperti pasangan suami isteri yang lain.


Mengidam


Beralih topik perbualan yang terarah kepada berita gembira pengumuman pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi, Diana, 21, mendedahkan dia tidak mengalami sebarang alahan sebaliknya hanya mengidam.


"Saya lebih banyak mengidam makan macam-macam, tapi tidak pula mengalami alahan. Sebaliknya alahan itu telah pergi kepada Farid pula.


"Pada minggu-minggu awal dulu, Farid yang selalu muntah-muntah pada waktu pagi sampai apabila pergi berjumpa doktor, dia disyaki mengalami keracunan makanan," kata Diana.


Tempoh menempuh alam perkahwinan yang sudah genap sebulan itu dilalui Diana dan Farid dengan penuh getir apabila ramai pihak yang membuat pelbagai spekulasi mengenai usia kandungan Diana yang difahamkan melebihi angka dua minggu.


Jelas pasangan itu, tohmahan yang tidak berasas itu tidak mematahkan semangat mereka, sebaliknya membuat mereka lebih cekal untuk merencanakan perjalanan hidup sebagai suami isteri selepas ini.


"Pada awalnya, saya tidak terfikir untuk bakal mempunyai cahaya mata dalam tempoh terdekat, tapi apabila saya mendapati ada perubahan pada diri, saya membuat pemeriksaan dan Alhamdulillah saya mengandung!


"Oleh kerana terlalu gembira saya mengumumkan kepada peminat melalui Twitter, selepas itu baru terfikir balik akan kesannya.


"Ramai orang memberikan nasihat kepada saya dan saya sangat berterima kasih. Maknanya ramai yang mengambil berat akan saya.


"Bakal bergelar ibu muda, saya akui sedikit takut tapi saya tidak gementar malah terlalu teruja sebenarnya. Saya menerima rezeki Allah dengan tangan yang terbuka dan mahu membahagiakan suami saya sehabis baik," ujar pelakon filem Jiwa Taiko itu panjang lebar.


Sementara itu, Farid hanya memberi komen ringkas mengenai tindakan Diana mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini.


"Itu keterujaan seorang perempuan, selepas buat dia akan berfikir balik,"katanya ringkas.


Ditanya mengenai perancangannya untuk melanjutkan pelajaran di Australia seperti yang telah didedahkannya sebelum ini, Diana enggan mengulas lanjut. Katanya: "Insya-Allah saya akan sambung belajar, kita lihat bagaimana perjalanannya nanti."



PASANGAN pengantin baharu ini memohon doa dan restu daripada semua pihak agar perkahwinan mereka dilimpahi rahmat sehingga ke akhir hayat.


Lari


Selepas mengumumkan berita gembira tersebut kepada khalayak, ramai yang terasa hati apabila pasangan itu seperti melarikan diri daripada pihak media yang ingin mendapatkan kenyataan lanjut berhubung perkhabaran itu.


Jelas Diana tidak menafikan hal tersebut, lari dan cuba mengelak daripada berkongsi perihal peribadi memang sebahagian daripada dirinya.


"Saya sentiasa macam itu. Saya boleh berkongsi mengenai kehidupan dengan peminat, tapi tidak berlebih-lebih. Semua yang berlaku sepanjang tempoh ini adalah sangat personal bagi saya," jawab Diana.


Sebaliknya, kata Farid, mereka bukan melarikan diri, tapi mencari ruang untuk diri sendiri dan merancang perkara terbaik untuk masa akan datang.


"Kami juga perlukan masa untuk diri sendiri dan mencari peluang merancang perkara yang kami akan lalui kelak," jelasnya.

Sementara itu, Diana berkongsi perasaan ibunya, Norsiah Ramli, yang bakal bergelar nenek tidak lama lagi.


"Mama selalu bertanya macam mana rupa bakal cucunya nanti? Sebagai anak tunggalnya, pasti dia sangat teruja untuk melihat keturunannya kelak," jelas Diana.




Last edited by ahkiluz on 3-12-2012 03:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2012 03:20 AM | Show all posts
ayarkkkk... pic kemek??
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 03:23 AM | Show all posts
skymania posted on 2-12-2012 08:34 PM
prot dh besar...bertabahlah jeh la..janji die nak kawen ngan DD gak..dr kes ngan ozlyn..anaya jeh. ...

ala2 kes 'bini' sabah AC mizal..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 07:04 AM | Show all posts
Heran aku sukarelawan polis kawen siap sword bearer lgi...biar btik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 08:14 AM | Show all posts
Kalo tak silap aku selak2 blkg, perut dd mmg tak brp flat sblm kawin, maksud aku time dulu2 tu yg sbb baru 2 weeks nampak sbb mmg perut dd ..........?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 08:45 PM GMT+8 , Processed in 1.128970 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list